Home » , , , , , , » Kenapa Kak Fa Suka ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION?

Kenapa Kak Fa Suka ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION?

ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION (1)

Hari tu, ada seorang kawan Kak Fa ni, dia beritahu Kak Fa yang dia suka sangat duduk dekat dengan Kak Fa sebab Kak Fa ni selalu berbau wangi! Send a kiss Yang cakap tu kawan perempuan lah… Lepas tu dia tanya lagi, Kak Fa pakai perfume jenis apa? Ok, Kak Fa mengaku yang Kak Fa memang hantu perfume. Perfume yang Kak Fa suka ada banyak. Banyak sangat-sangat, kalau nak disenaraikan memang tak habis cerita Kak Fa ni nanti. Dari ke Chanel No.5 sampai ke Issey Miyake sampai ke Elizabeth Arden sampai ke Paco Rabbane … Ha ha ha … Open-mouthed smile Nanti merepek-merepek jadinya cerita Kak Fa kali ni karang. Jadi tak perlu Kak Fa cerita panjang lebar tentang senarai perfume tu semua. Cumanya Kak Fa just nak beritahu jer… Memanglah Kak Fa hantu perfume tetapi tak adalah setiap hari Kak Fa sembur perfume dekat baju dan badan Kak Fa ni. Tak mampulahhh… Perfume bukannya harga seringgit dua kan? Sayang nak belasah pakai perfume selalu melainkan ada apa-apa acara atau majlis atau mesyuarat penting jer Kak Fa sembur perfume. Hari-hari lain, Kak Fa tak mandi perfume pun! Kak Fa cuma sapukan ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION jer! Kenapa Kak Fa suka ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION? Mestilah ada sebab kan? Kalau nak tau sebab apa… Meh sini… Baca entri Kak Fa tentang losyen ni sampai habis! Winking smile

Ini adalah alasan-alasan Kak Fa memilih ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION as my companion for my days:

Kekal Wangi Sepanjang Hari

Rahsia Kak Fa selalu berbau wangi yang kawan Kak Fa tanya tu adalah disebabkan oleh sapuan ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION ke kulit dengan serata sebagai rutin harian Kak Fa setiap hari selepas mandi. Setiap hari… without fail memang Kak Fa akan pastikan yang Kak Fa tak lupa untuk menyapukan ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION. Bau yang ada dari ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION tu dapat membangkitkan mood Kak Fa pada setiap hari. Bila badan bersih dan wangi, kita pun rasa happy. Betul tak? Winking smile. Self-confidence pun tanpa dipaksa muncul. Even Kak Fa melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari pun, bau wangi dari ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION akan tetap kekal bersama Kak Fa.

Melembapkan Kulit

Dengan cuaca di Malaysia yang panas terik ya amat sejak kebelakangan ni, kulit akan cepat terasa kering. Tapi dengan adanya ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION, ianya sangat-sangat membantu Kak Fa untuk mengekalkan kelembapan kulit Kak Fa. Tak ada masalah kulit kering langsung! Winking smile.

Mudah Meresap Dan Tidak Melekit

Dengan ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION, rasa berminyak atau melekit-lekit selepas menyapu losyen memang tak pernah terjadi pada Kak Fa. Sapulah sebanyak mana pun… Ianya tetap mudah meresap dan tidak melekit pada kulit. Nak pegang apa, nak buat apa semuanya mudah. Tak ada masalah pegang itu terasa licin, pegang ini terasa tak selesa.

Kulit Terasa Halus Bak Sutera

Ecewahhh… kulit terasa halus bak sutera… Halus bak sutera kau! Tapi betullah… Kalau konsisten dengan ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION… Memang anda akan dapat rasa perbezaan kulit tu… Memang terasa halus dan licin jer…. Kalau tak percaya, cuba konsisten untuk pakai ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION.

ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION (3)

Yang paling Kak Fa suka adalah bila mana terdapat kepelbagaian di dalam seleksi losyen ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION. Macam-macam bau ada… Pilih jer yang mana satu bauan yang suits you. Yang anda paling suka. Di dalam rangkaian ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION terdapat variasi:

  • Enchanteur Perfumed Body Lotion Romantic 24 Hours Moist
  • Enchanteur Perfumed Body Lotion Charming 24 Hours Moist
  • Enchanteur Perfumed Body Lotion Alluring 24 Hours Moist
  • Enchanteur Perfumed Body Lotion Alluring Radiant White
  • Enchanteur Perfumed Body Lotion Stunning Satin Smooth

Kegemaran Kak Fa adalah ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION Alluring 24 Hours Moist! Red heart Bau wangian Alluring memang kelas! Sila cuba dan Kak Fa rekomendasikan anda untuk mencuba!

ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION (2)

Harga pun tak adalah mahal mana… Sangat-sangat mampu milik… Setiap botol ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION yang bersaiz 220 ml boleh didapati di semua pasar raya utama dan juga farmasi dengan harga RM 11.90. Murah dan tahan lama!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION sila ke Laman Web Enchanteur Malaysia atau Laman Facebook Enchanteur serta Instagram Enchanteur Malaysia.
Terimakasih telah membaca artikel Kenapa Kak Fa Suka ENCHANTEUR PERFUMED BODY LOTION?. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

3 komentar:

  1. baca entri kak fa, baru teringat yang losen alluring enchanteur saya pun dah habih.. huhuhu... tapi alluring nih memang sedap je bau dia kan.. soka.. saya dari dulu memang pakai satu set mandian dengan losen dari enchanteur ni... wangi..!!

    ReplyDelete
  2. Enchanteur ni merupakan jenama dah alam wujuk di pasaran. Reputasi syarikat ini memang boleh dipercayai.
    Eratuku

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.