Home » , , , , » Jom? HALAU LIPAS DALAM KERETA Dengan Cara Paling Efektif!

Jom? HALAU LIPAS DALAM KERETA Dengan Cara Paling Efektif!

TIPS HALAU LIPAS DALAM KERETA

Crying face Stress! Minggu lepas Kak Fa jumpa dua bersaudara ni main kejar-kejar atas passenger seat kereta. Selama kinilah… Sebelum-sebelum ni, tak pernah sekalipun nampak kelibat lipas dalam kereta. Alih-alih, minggu lepas boleh main kejar-kejar atas passenger seat. Firash siap sebut lagi… “Mommy… Baby cockroach main atas seat…” … Baby tak baby, yang penting ianya mesti dihalau atau dihapuskan dengan kadar segera. I is cannot lah! Selagi tak resolve kes lipas ni selagi tu rasa macam tak best. Nak kata tak jaga kereta, tak bersihkan kereta… It’s a big no no… Kak Fa paling tak selesa kalau kereta tak bersih dan tak kemas. Setiap minggu Kak Fa basuh sendiri, Kak Fa kemas segala benda yang ada kat dalam serta keluarkan mana yang tak pakai, setiap minggu Kak Fa vacuum tau tak? Alaaa… Jom? Halau lipas dalam kereta dengan cara paling efektif! Semangat ni semangat… Walaupun dua ekor jer anak lipas yang kelihatan tetapi tak mustahil boleh beranak pinak kan? kan? kan? Jadi sebelum melarat, eloklah Kak Fa selesaikan. Open-mouthed smile

Lipas ni bukannya dikisahnya kereta tu dah lama ke? Kereta tu masih baru ke? Kalau rasa berminat nak bermaustatin, dia akan muncul di mana-mana saja. Tapi… Mungkinlah, mungkinlah kan, bila ada anak yang sedang membesar duduk di dalam kereta, terkadang tu ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal. Jadi tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas. Kak Fa ada baca, ada juga sesetengah kereta yang bersih tetapi masih menjadi kegemaran lipas. Puas halau, masih muncul juga selepas beberapa hari. Huuuu…. Sabar jap! Kak Fa bukan nak kata Kak Fa tak nak mengaku kereta semak ke apa ke sampaikan lipas boleh menghuni… Tapi betullah…Kereta Kak Fa tak banyak barang pun… Tak adalah semak pun… Tak percaya… Jom ajak Kak Fa jumpa… Wakakaka…Open-mouthed smile Nanti Kak Fa tunjuk bukti yang kereta Kak Fa tu memang betul-betul tak banyak barang. Kalau ada pun, kasut-kasut Kak Fa ada 3 pasang kot? Satu letak dekat bawah passenger seat. Satu dalam bonet belakang dan satu lagi of course lah Kak Fa pakai. Ha ha ha…. Lepas tu, apa jer yang ada? Baby seat Firash adalah…

Minggu ni rasanya Kak Fa nak cuba petua atau tips yang pernah jadi viral seketika tak berapa lama dulu. Apa tu?

PETUA HALAU LIPAS DALAM KERETA
Kredit dari sumber dari SINI

Memandangkan hari ni hari Jumaat dan esok Sabtu, rasa-rasanya molek sangatlah kalau Kak Fa jalankan eksperimen ni malam ni. Bahan-bahan pun jenis yang senang dapat. Tiga bahan jer pun. Marjerin, minyak masak dan susu pekat manis. Cuma Kak Fa nak kena cek sama ada marjerin ada ke tidak dekat rumah dan susu pekat manis tu masih ada stok berbaki ke tidak dekat rumah. Kita cubalah kan? Mana tau kot-kot menjadi pula petua ni. Eh… Kalau tak menjadi masakan jadi viral ya tak? Ok ok, nanti Kak Fa cuba dan tengok sama ada betul ke tidak hasilnya menjadi seperti gambar di bawah ini:

PETUA HALAU LIPAS DALAM KERETA (2)
Kredit dari sumber dari SINI

Antara lain, melalui satu artikel yang Kak Fa baca di SIRAP LIMAU di SINI, ada 9 petua semulajadi untuk menghalau lipas yang berparti di dalam kereta.

Daun Pandan

Serius weiii! Dulu Kak Fa cukup tak suka kalau Papa Kak Fa letakkan daun pandan dalam kereta. Bukan apa, bau daun pandan tu bila blend dengan udara dari penghawa dingin kereta macam buatkan Kak Fa sakit kepala. Tapi rupa-rupanya inilah salah satu cara yang paling mudah sebabnya baunya yang kuat dan wangi tu sangat dibenci oleh lipas. Caranya cuma cuci daun pandan terlebih dahulu untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan di dalam beg kain berjaring yang halus. Kalau nak ikatkan dan terus letak dalam kereta pun boleh tetapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput sebab nanti susah nak cuci. Nanti silap-silap haribulan boleh tarik minat serangga lain pula kan?

Daun Durian Belanda

Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan. Tapi, ada orang kata ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering. Sesiapa yang minum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.

Semburan Serai Wangi

Merupakan satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang di dalam kereta. Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan di dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya kepada bahagian karpet. Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.

Baking Soda

Bukan sahaja toksik kepada lipas tetapi boleh membantu untuk menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta. Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum menvakumnya semula.

Glue Trap

Dah macam nak tangkap tikus pula weii. Perangkap gam atau glue trap banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi. Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas hilang sepenuhnya.

Perangkap Botol Minuman

Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dilakukan oleh Puan Sharifah. Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar. Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas terperangkap di dalamnya. Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.

PETUA HALAU LIPAS DALAM KERETA (3) 

Listerine

Salah satu petua menghalau lipas yang boleh dicuba adalah dengan menggunakan Listerine. Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta termasuklah di bahagian tersembunyi.

Minyak Aromaterapi

Bagi sesiapa yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea-tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas daripada terus bersarang dalam kereta. Tetapi… Jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.

Cuba Kak Fa oiii… Jangan tak cuba… Tapi mula-mula dulu Kak Fa nak cuba teknik viral tu dulu. Tengok nanti apa jadi. Siapa ada masalah lipas beranak pinak dalam kereta tu boleh turut mencuba. Setakat ni Kak Fa baru juga dua bersaudara tu jer. Tu punnn… Dah pening-pening tak senang duduk nak halau dua bersaudara tu dah.
Terimakasih telah membaca artikel Jom? HALAU LIPAS DALAM KERETA Dengan Cara Paling Efektif!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

  1. thanks kongsi petua. Nanti nak try la juga walau tak pernah nampak lipas dalam keta.. agak2 nya kalau menjadi, sanggup tak nak angkat buang bekas ada lipas tu haa??

    ReplyDelete
  2. memang stress la kalau ada lipas dalam kereta..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.