Jika Anda Rasa Anda Mempunyai ANAK KINESTETIK… Tolong Baca Ini!

Farah Waheda Wahid
1
ANAK KINESTETIK

My mind is almost more than 80% believing that my son is a KINESTHETIC CHILD and guess what? This was part of the conversation that I had with his class teacher few weeks ago. Tak malu ke mengaku anak sendiri ANAK KINESTETIK? Nak malu apa?  Sikit pun tak! Nerd smile Walaupun ANAK KINESTETIK atau tidak boleh duduk diam selalunya akan dilabel sebagai nakal, suka main sahaja dan tak suka belajar. If you dive in about ANAK KINESTETIK dan betul-betul faham you will note that yang tuduhan tu tidak berasas sama sekali. Jangan mudah melabel dan membawang ya? Nak tanya sikit… Sudahkah anda mengenal pasti dan memahami karakter anak anda sendiri? Winking smile. Jika anda rasa anda mempunyai ANAK KINESTETIK… Tolong baca ini! Sebab, Kak Fa nak kongsikan kepada anda tentang ANAK KINESTETIK.

Kak Fa memang dah lama mencari informasi ni sejak Kak Fa bercakap-cakap dengan class teacher Iman Firash hari tu. Kak Fa nak tahu, Kak Fa nak belajar dan Kak Fa nak faham sebetul-betulnya tentang ANAK KINESTETIK. Tup tup tup hari ni, akhirnya Kak Fa terserempak dengan artikel mengenai ANAK KINESTETIK dari majalah online PA & MA melalui pautan di SINI. Honestly, Kak Fa memang rasa artikel yang telah dimuatnaik tersebut sangat-sangat berguna untuk Kak Fa. Peringatan dan pesanan yang sangat berguna kepada Kak Fa sebagai seorang ibu adalah, bila anda tahu anak anda ANAK KINESTETIK, janganlah meletakkan harapan untuk dia duduk diam di dalam tempoh masa yang lama dan buat aktiviti yang memerlukan daya fokus. Anda perlukan approach yang berbeza untuk tackle mereka supaya suka belajar atau membuat sesuatu aktiviti.

Perkongsian daripada Puan Ilyani Munsarikh, seorang pendidik dan Pengasas Loppy (Islamic Learning Circle for Kinesthetic Children) mengenai cara tepat tackle anak-anak bersifat kinestetik mesti dijadikan panduan oleh semua ibu bapa.

7 Tips Memahami Kanak-Kanak Kinestetik. Mereka Selalu Disalah Faham, Tidak Suka Belajar, Suka Main Sahaja. Tidak Dapat Fokus, Selalu Mahu Habis Cepat.


Sukar duduk lama untuk table task. Sebenarnya mereka perlukan approach yang berbeza.

1. Belajar dengan baik melalui projek. Buat banyak-banyak projek seperti kapal terbang, kereta dan sebagainya daripada bahan kitar semula.
2. Suka aktiviti hands on berbanding melihat saja atau mendengar saja. Contoh eksperimen untuk faham sesuatu.
3. Biasanya mereka gifted dengan kemahiran bersukan, menari dan pergerakan fizikal.
4. Apabila mereka buat sesuatu secara praktikal, baru mereka mudah faham dan ingat.
5. Suka bergerak-gerak semasa belajar berbanding duduk saja.
6. Suka sentuh sesuatu berbanding lihat saja atau dengar.
7. Bagus koordinasi tangan dan mata.

Harapannya, selepas anda mengenalpasti jenis anak anda maka mudahlah untuk didik dan ajar mereka menggunakan cara yang berbeza. Kena ingat, setiap anak itu tidak sama karakter mereka, jadi approach yang sama tidak boleh digunakan untuk semua anak. Winking smile

Kak Fa tak nafikan yang semua yang tersenarai di atas adalah menggambarkan Iman Firash dan bagaimana Firash belajar. Walaupun tak reti nak duduk diam setempat, Firash senang serap ilmu yang diajarkan dan dia senang untuk melontarkan kembali apa yang diajarkan. Tipulah Kak Fa kata tak ada risau yang terbit dalam hati ni bila lihat cara dia belajar macam tu, but I keep on telling my self to stay calm and go with the flow. Kak Fa bukan nak puji anak sendiri, Kak Fa bukan nak up anak sendiri, so far yang Kak Fa observe Kak Fa dapat lihat, he is clever, he knows about things, he knows what is this and what is that, he has the effort to memorize, he is good at his hand and eyes coordination. Cuma masalah dia satu jer! Tak suka duduk setempat berlama-lama. Dia mesti nak ada pergerakan. And this, diakui oleh class teacher dia sendiri ya? Class teacher dia bukannya just a teacher… She knows. She has an experience in this and that’s why I trust that Firash is on a safe hand whenever he is at school.

Kak Fa dapat lihat sendiri perkembangan positif Firash dari semasa ke semasa with the effort of his class teacher and teachers. Kak Fa dapat lihat effort yang teachers put on him bila Kak Fa dapat lihat hasil approach all the teachers as well as all the project and hands on activity yang dia bawa balik ke rumah. They now that my son is a kinesthetic child and that’s why they know how to handle him well. Alhamdulillah… As Kak Fa said, nak malu apa? Ianya bukannya satu kesalahan if he is really a kinesthetic child… Setiap kanak-kanak berbeza. In Shaa Allah… Kena cara approach, kena gaya didik, everything would be fine kan?

*If you observed that your child is a kinesthetic child, tak perlu rasa malu dan rasa risau yang melampau-lampau… Sebaliknya, belajar cara approach yang betul untuk anak jenis kinestetik untuk membantu mereka. Smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !