Home » , , , , , , , , , » Jenis-Jenis Janji Manis Masam Pahit Ibu Bapa Sering Gunakan Pada Anak

Jenis-Jenis Janji Manis Masam Pahit Ibu Bapa Sering Gunakan Pada Anak

Jenis-Jenis Janji Manis Masam Pahit Ibu Bapa Sering Gunakan Pada Anak
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Bukan nak kata sesiapa pun… Kak Fa sendiri mungkin sedar tak sedar terlajak menggunakan segala bagai janji manis masam pahit pada anak Kak Fa. Well… Walaupun Kak Fa ni bergelar parenting blogger, niche blog pun parenting, tidak semestinya Kak Fa ni seorang yang tip top atau perfect serba serbi di dalam parenting my own son. Nak-nak lagi Firash adalah my first baby dan belum pernah berpengalaman mendidik anak sebelum ini. Just to note that… Kak Fa belajar. Kak Fa belajar mengenai parenting melalui words of mouth, pembacaan serta apa jua medium yang available. Tu Kak Fa akui. Semakin Firash membesar, semakin banyak perkara yang Kak Fa belajar mengenai parenting dan semakin banyak perkara yang Kak Fa experience. Indeed, it is a challenging world but fun. Memang mencabar sangat oiii… Termasuklah bab bila berjanji dengan anak. Bila anak akalnya dah bercabang-cabang, now… I feel the heat of parenting challenge. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Nak tau apa jenis-jenis janji manis masam pahit ibu bapa sering gunakan pada anak? Baca entri ini sepenuhnya.

Kak Fa dapat tau pun daripada Facebook Puan Maryam Jamadi yang merupakan seorang Occupational Therapist. Perkongsian Puan Maryam ini adalah berdasarkan konsep “Operant Conditioning” di dalam teknik mengawal tingkah laku seseorang. Bukan kanak-kanak sahaja boleh guna, orang dewasa pun banyak menggunakan kaedah in tanpa disedari. Sebenarnya, terdapat 4 jenis janji ibu bapa kepada anak iaitu:

Positive Reinforcement (Tambah Sesuatu Yang Disukai)

Contohnyalah kan?
Kalau kemas mainan, Mommy belikan mainan baru
Jenis ini selalunya paling selalu kita lakukan tanpa sedar tapi jenis ini juga paling membuatkan anak-anak sedih kalau janji tidak ditunaikan.

High motivation equals to High Frustration.

Sebab itu, kalau kita teragak-agak untuk tunaikan janji jenis ini dinasihatkan jangan cakap langsung pada anak! Positive reinforcement ini bukan sahaja dengan cara beri “reward” barangan sahaja, pelukan, pujian, perhatian kita pun adalah salah satu hadiah buat anak. (Untuk anak bawah 3 tahun berkesan lagi, kalau 3 tahun ke atas biasanya dah tak berapa laku dah).

Kalau nak guna janji jenis ini dalam mengawal tingkahlaku anak boleh cuba cara “reward system” berbanding reward setiap hari. Contohnya, kalau anak dapat 10 bintang, kita akan bagi hadiah ala-ala sistem kupon Aeon dapat beli pisau murah tu. Kaedah ini paling disukai oleh Puan Maryam sebab selalunya anak akan lebih bersemangat untuk dapat “reward” yang dijanjikan.

Negative Reinforcement (Tolak Sesuatu Yang Tidak Disukai)

Contohnya:
Kalau mandi sekarang, badan tak berbau
Jenis ini mungkin jarang ibu bapa guna sebab bila kita guna negatif tak seronok sangat berbanding positif. Elakkan guna ugutan ataupun menakutkan guna hantu ya? Guna hantu sebagai ugutan pun termasuk dalam jenis ini.

Positive Punishment (Tambah Sesuatu Yang Tidak Disukai)

Contohnya:
Kalau tak kemas mainan, Mommy buang semua mainan
Jenis ini pun selalu digunakan oleh ibu bapa tanpa sedar ala-ala ugutan nak anak takut dan ikut cakap kita. Ada “cause-and-effect” kalau anak tak ikut. Tapi kalau apa yang “dijanjikan” walaupun ianya janji tak manis masih boleh menyebabkan anak jadi langsung tak ikut serta makin hilang kepercayaan kepada kita ya.

Dinasihatkan jika nak beri hukuman jenis ini kena agak-agak juga  boleh buat atau tidak. Contohnya buang mainan, memang rasanya impossible la kan nak buang. Jadi elakkan beritahu hukuman yang keterlaluan yang kita pun tak pasti sama ada kita dapat lakukan ataupun tidak. Rotan pun termasuk di dalam kategori ini ya.

Dulu-dulu cikgu sekolah selalu guna jenis ini, contohnya:
Kalau tak buat kerja sekolah, kena berdiri atas kerusi.
Ihikss ada sesiapa pernah kena?

Negative Punishment (Tolak Perkara Yang Disukai)

Contohnya:
Kalau tak kemas mainan, tak boleh ikut pergi taman
Kalau anak tak kemas, janganlah keluar. Jenis ini kita tarik benda yang anak suka. Yang ini pun selalu digunakan oleh ibu bapa. Kalau dekat tempat kerja pun ada juga guna jenis ini, contohnya penggunaan bonus ataupun elaun kedatangan. Kalau ada isu apa-apa, tak dapat bonus dan sebagainya.

Semua jenis pun ada kebaikan dan keburukan di dalam membentuk tingkah laku yang diingini. Pandai-pandailah kita sebagai ibu bapa memilih mengikut kesesuaian. Setiap anak berbeza-beza, pendekatan pun berbeza-beza. Ada yang tak lut kalau begini, ada yang tak lut kalau begitu. Lebih berkesan begini dan lebih berkesan begitu. Yang penting apa yang kita cakapkan kepada anak-anak BUKAN CAKAP KOSONG.

*Kak Fa rasa lah kan… Kak Fa gunakan almost everything yang tersenarai di dalam senarai jenis-jenis janji tu…. Winking smile

Kredit juga diberi kepada sumber di SINI
Terimakasih telah membaca artikel Jenis-Jenis Janji Manis Masam Pahit Ibu Bapa Sering Gunakan Pada Anak. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.