Jangan Sampai Gigi Anak Hancur, Terpaksa Dibedah Dan Dibuang–KARIES GIGI SUSU

Farah Waheda Wahid
1
KARIES GIGI SUSU

Kak Fa adalah salah seorang yang tergolong di dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah karies gigi susu sewaktu Kak Fa sedang membesar dulu. Memang terang-terang boleh lihat yang dua batang gigi hadapan atas Kak Fa perlahan-lahan berubah warna menjadi kuning, kemudian hitam. Busuk! Itu yang Kak Fa paling ingat tentang gigi atas Kak Fa yang dua ketul tu dulu. Waktu tu… Tak faham dan tak tau lagi yang sebenarnya itu adalah sebenarnya masalah karies gigi susu. Iyalah, kecil lagi kan? Mana nak tau… Cuma yang Kak Fa tau, nenek Firash beritahu Kak Fa yang itu sebenarnya berpunca sebab Kak Fa suka sangat minum air Ribena melalui botol susu walaupun Kak Fa dah berusia 5 atau 6 tahun. Tu jerlah yang tersemat di dalam benak dan jiwa Kak Fa ni sampai sekarang. Sebab selalu kan diberitahu macam tu… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Jadi bila dah ada anak, Kak Fa tak nak anak Kak Fa mempunyai masalah karies gigi susu seperti Kak Fa. Kalau boleh elak, Kak Fa nak elakkanlah… Semua sebab kesedaran sendiri apabila Kak Fa pernah membaca tentang karies gigi susu yang serius. Pesannya… jangan sampai gigi anak hancur, terpaksa dibedah dan dibuang – karies gigi susu.

Menurut perkongsian seorang ibu melalui artikel di SINI:

KARIES GIGI SUSU (3)
Kredit: Sumber dari Google

Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapa gigi Akil perlu dibuang? Saya kongsikan di sini supaya kita semua boleh mengambil iktibar. Sebenarnya bukan salah anak pun. Tetapi salah ibu bapa. Kenapa? Sebab gigi Akil rosak kerana kecuaian saya dan kekurangan ilmu tentang penjagaan gigi. Akil kena KARIES GIGI SUSU.

Giginya hancur kerana suka hisap botol waktu tidur, ditambah pula susah hendak menggosok gigi. Puas berperang. (Punca dari ibu bapa iaitu saya juga sebab tak dididik sedari bayi). Bila dia dah putus susu badan, kami beri susu formula. Mulanya terfikir juga nak bagi susu kotak jer, tetapi suami kata tak apa, kita bagi yang terbaik kepada Akil. In Shaa Allah, duit boleh dicari. Fikir kami saat itu. Maklumlah anak pertama dan tiada ilmu penyusuan. Rupanya sangkaan kami meleset jauh. Kalau kami teruskan niat bagi susu kotak, mungkin selamat gigi Akil sebab Akil tak boleh minum sambil tidur.

Bila bancuh susu di dalam botol, dia sedaplah bawa ke tidur. Dan Akil sangat kuat menyusu. Satu malam dua tiga kali bangun nak susu. (Antara punca saya tak cukup tidur juga). Banyak kesan buruk dari tabiat menyusu botol kuat. Pertama, bila dia kemam dalam mulut semalaman, bakteria mulut dan gula dalam susu akan jadi berasid lalu menghakis giginya. Kedua, Akil jadi tak selera makan makanan lain. Asyik minum susu jer. Ketiga, duit banyak habis beli susu. Bukan murah susunya.

Tambahan pula kami tidak mendidik Akil menggosok gigi sedari bayi. Bila dah besar memang susah nak paksa. Bila dia menangis meraung, saya lembut hati. Nampak tak, anak tak salah. Saya yang salah. Tapi, Alhamdulillah saya cepat sedar. Banyak kali saya bawa ke klinik. Akhirnya saya ke klinik pergigian kesihatan dan minta dirujuk ke hospital. Barulah nampak jalan untuk sembuhkan gigi Akil. Yang rosak teruk memang perlu dibuang. Dan saya berhentikan terus susu Akil. Ramai juga kata susu tak salah. Tetapi, pada saat ini, amat sukar kalau saya tak hentikan susu Akil. Makin parah giginya. Dan dah terlewat untuk didik ubah tabiat minum susu di waktu malam. Jalan terbaik, hentikan susu botol.


KARIES GIGI SUSU (4)
Kredit: Sumber dari Google

Hasilnya dia kuat makan dah. Jadi untuk anda semua, jom kita betulkan cara yang salah. Jom tambah ilmu tentang penjagaan gigi. Dan yang mana gigi anak dah rosak, cepat-cepatlah bawa ke klinik. Ikut nasihat mereka. Jangan tangguh-tangguh.

Sekian,
Mama Akil yang masih rasa bersalah.
P/S: Sebelum gigi Akil rosak, Akil memang tak makan coklat atau benda manis. Sepenuhnya susu. Dan jangan ingat susu botol sahaja, susu badan pun kalau anak kerap mengempeng boleh kena karies gigi susu juga. Jadi semua perkara kena bersederhana.

Setiap ibu, mempunyai pengalaman yang berbeza dan kita tak perlu nak tunding jari pada mana-mana ibu bapa lain atau memandang serong pada ibu bapa lain sekiranya anak-anak ibu bapa ini tergolong di dalam anak-anak yang mempunyai masalah karies gigi susu. Kak Fa percaya, ibu bapa atau anak-anak tu tak nak pun terjadi perkara seumpama itu. Tapi karies gigi susu di kalangan anak-anak memang satu perkara yang dah lama turun-menurun ada terjadi. Ada macam-macam sebab yang memungkinkan terjadinya karies gigi susu.

Sehingga ke saat ini, Firash masih boleh dikira bernasib baik dan hendaknya dijauhkan dari masalah karies gigi susu. Risau tu ada, sebab Firash memang masih menyusu botol pada waktu malam ketika dia tidur. Cumanya, Firash akan minta bila dia mahu menyusu dan melepaskan botol setelah habis susu di dalam botol. Dia tak simpan puting botol susu di dalam mulut. Still… risiko untuk terkena karies gigi susu tu tetap terbuka. Nak nak lagi, sekali sekala ada juga dia meminta untuk memakan coklat walaupun tidak kerap.

Cara Untuk Mencegah Karies Gigi Susu

Pemeriksaan Gigi Secara Berkala

Sila dapatkan pemeriksaan gigi anak secara berkala setiap 6 bulan sekali. Caj di klinik pergigian kerajaan sangat murah. Kak Fa sempat dapatkan caj-caj yang berkenaan melalui enjin carian Google seperti di bawah:

KARIES GIGI SUSU (5)
Kredit dari sumber dari Google

Mungkin kurang jelas tetapi masih boleh baca kan? Kak Fa akui yang Kak Fa sendiri memang belum lagi mula menghantar Firash untuk pemeriksaan gigi secara berkala. Cita-cita pung pang pung pang tu memang ada, tapi sampai ke la ni tak terhantar-hantar, entah apa yang disibukkan sangat pun Kak Fa tak taulah. In Shaa Allah, nak kena cari satu hari satu masa juga ni untuk hantar Firash ke klinik pergigian untuk pemeriksaan ni. Menangis? Takut? Tu dah tentu dah tu. Ada dalam genetik tu… Ha ha ha… Open-mouthed smile Kalau dia ikut Kak Fa lah…Waktu kecil dulu Kak Fa paling takut dengan doktor gigi!

Konsisten Di Dalam Aktiviti Pembersihan Gigi

Kak Fa memang latih Firash tentang kebersihan gigi sedari dia bayi lagi. Sewaktu Firash bayi, Kak Fa gunakan tuala lembut yang basah untuk membersihkan gigi Firash. Bila dah semakin banyak gigi, Kak Fa gunakan berus gigi silikon yang boleh dimasukkan ke jari telunjuk tu. Ermmm, sekejap Kak Fa tunjukkan contoh Silicone Finger Toothbrush yang Kak Fa gunakan pada Firash dulu. Sekejap ya, kena godek dulu entri lama-lama. Ha ha ha… Open-mouthed smile

KARIES GIGI SUSU (6)

KARIES GIGI SUSU (6)

KARIES GIGI SUSU (6)

Sehinggalah sekarang ni, bila dah semakin membesar, dah jadi preschooler dah pun, Kak Fa masih lagi meneruskan aktiviti memberus gigi Firash. Sekarang ni dah pakai berus gigi lah. Tapi Kak Fa masih simpan lagi Silicone Finger Toothbrush ni. Sebab anak ni angin tak menentu, ada masa mood ok, ada masa mood tak ok, bila mood tak ok Kak Fa terpaksa gunakan Silicon Finger Toothbrush ni. Kak Fa jadikan yang menggosok gigi adalah satu aktiviti yang wajib pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Mesti gosok gigi, tak boleh skip langsung. Tak berperang? Tipu! Ada masa Kak Fa berperang juga dengan Firash. Tapi Kak Fa memang keras hati… Hu hu hu… Kak Fa tetap akan gosok juga walau dia tantrum macam mana sekalipun. Memang kepoh bilik air kadang-kadang. Bila Firash dah terbiasa, sekarang ni, dia agak rajin gosok gigi sendiri sambil menyanyi-nyanyi lagu… Note Bangun pagi, gosok gigi…

Salah Susu Ke?

Ada juga Kak Fa dengar-dengar orang menyalahkan susu. Susu formula tu kandungan gula tinggi katanya… Kak Fa tak pandang salah susu, tetapi Kak Fa mencari, adakah semua kanak-kanak yang minum susu formula yang sama mempunyai masalah karies gigi? Faham tak apa yang Kak Fa cuba sampaikan? Rasanya… Tak perlu tunding jari pada susu formula semata kot? Faktor pemakanan yang lain pun boleh jadi punca. Jujur Kak Fa katakan yang Kak Fa memang kawal intake gula pada Firash. Ibarat menyelam sambil minum air… Kak Fa kawal intake gula tu bukan sebab apa, nak elakkan sugar rush – dahlah memang aktif Firash tu… dan dalam masa yang sama, untuk jaga gigi dia juga. Mujur dia jenis yang tak sukakan sesuatu yang manis-manis sangat. Pihak sekolah Firash pun tak galakkan makanan yang manis-manis untuk anak murid mereka. Macam air manis ke apa… Memang disarankan air suam.

Macam yang Kak Fa kata di dalam ayat Kak Fa di atas tadi, sehingga ke hari Firash masih bernasib baik sebab belum lagi mempunyai masalah karies gigi susu. Akan datang Kak Fa tak berani nak jamin yang Firash tak akan kena ya? Kita tak tau perkara yang akan datang. Tapi harapan Kak Fa memang besar supaya tidak. Mungkin, walaupun Firash menyusu botol di waktu malam, selepas setiap kali minum susu di botol tak kira siang atau malam, sedari kecil, Firash perangainya suka bilas semula dengan air suam sebotol (air suam yang diletakkan di dalam botol susu). Mungkin juga sebab tu, gigi Firash masih selamat sehingga sekarang. Kak Fa rasa sebab tulah mungkin.

Apa pun, bagi Kak Fa, karies gigi susu di kalangan anak-anak ni, janganlah kita jadikan sebagai satu lagi topik perdebatan dan perang alam maya di antara ibu bapa ya? Salahkan yang itu, salahkan yang ini. Tunding jari pada yang itu, tunding jari pada yang ini. Tak mengapa kalau anak-anak dah terkena karies gigi susu, masih belum terlewat dan masih ada jalan pembaikpulihan. Masih boleh diselamatkan lagi, asalkan ada inisiatif ke arah penambahbaikan ya tak? Perkongsian ini, sekadar sebagai satu awareness kepada semua ibu bapa dan mungkin pada yang mana-mana selama ini terlepas pandang boleh mula untuk menjaga gigi anak-anak dengan lebih baik? Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kinah pun selalu berperang dengan Thahirah dalam bilik air. Ikut mood jugak dia tu. kita kena jadi hati batu untuk kesihatan gigi anak kita juga

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !