GENIUS AULAD Nature Adventure 2018

Farah Waheda Wahid
0
GENIUS AULAD NATURE ADVENTURE 2018 (1)

Sakit-sakit badan tak hilang lagi ni! Open-mouthed smile Punyalah lama nak recover… Penangan bertawaf satu padang bersempena dengan sukan pertama Iman Firash di GENIUS AULAD Nature Adventure 2018. Habis satu padang kami sekeluarga tawaf weiii… Sebabnya konsepnya ala-ala Explorace, ibu bapa pun terlibat sama. Jap… Pembetulan… Untuk Iman Firash bapa jer terlibat… Sambil-sambil Kak Fa tukang support dan tukang tolong sikit-sikit… Ha ha ha… Nyah-Nyah Al-maklumlah bab-bab sukan ni sememangnya Kak Fa sedari kecil sampailah remaja sampailah dah jadi mak budak memang Kak Fa akui Kak Fa kurang minat. Entah… tak tau kenapa… Tapi tulah Kak Fa… Tapi tak adalah tak minat semua, ada bahagian-bahagian yang Kak Fa minat juga. Maksud Kak Fa yang Kak Fa kurang dan kekurangan Kak Fa adalah jenis sukan olahraga. Kalau gimnasium tu… Kak Fa minatlah… Itupun dah lama ke laut weiii…. Entah bilalah nak make time for gimnasium lagi ni. Tu sebabnya sakit-sakit badan… Tak fit! Kak Fa mengaku tu, Kak Fa mengaku.

Tarikhnya 21 April 2018, waktunya 7.30 pagi bertempat di padang Sekolah Rendah yang berhampiran dengan Genius Aulad di mana Firash belajar. Psssttt… Firash pagi tu sebab terlalu awal … Nyah-Nyah Mandi dua gayung jer… Alasan yang diberi sejuk! Gosok gigi sikit dan mandi dua gayung tak bersabun sebab sejuk… Bagilah kelonggaran sedikit kan? Balik dari sukan memang kena sental-lah jawabnya.

GENIUS AULAD NATURE ADVENTURE 2018 (7)

Acara pertama di pagi hari, sila daftarkan diri anda di kaunter pendaftaran dan teka jumlah kilo buah di dalam hamper seperti yang terpapar di dalam gambar di atas. Kak Fa teka 9.5kg… Jawapan salah! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Jawapannya hampir-hampir kepada 8 kg macam tu. Awal-awal dah salah dah tu… Pagi kot? Mamai lagi kot? Ekekeke….

Dengan berkonsepkan Explorace, ada banyak task yang perlu dilaksanakan pada hari yang berkenaan. Mula-mula kena lengkapkan task selfie/wefie.

GENIUS AULAD NATURE ADVENTURE 2018 (6)

Salah lagi! Open-mouthed smile Ini adalah selfie/wefie yang salah. If you notice, angka tahun tu salah. Yang Kak Fa ni, confident ya amat pergi selfie di station tu. Dah sah-sah salah. Memang kena pergi station yang betul untuk selfie sekali lagi. Mula-mula tak perasan, tetapi bila nak mula game baru terperasan bila teacher kata salah. Muahahaha… Nampak sangat pagi-pagi fokus tu entah lari ke mana entah. Nyah-Nyah. Nampak sangatlah Kak Fa ni masih mamai dan teringat katil, tilam, bantal dan selimut. Weekend kan? Faham-faham ajerlah.

Task-task yang perlu diselesaikan di dalam Explorace bersempena dengan Sports Day 2018 ni adalah seperti Selfie/Wefie, Corn Tower, Balance The Fruit, Coconut Bowl, Gunny Sack Run, Tarik Upih, Peanut in Powder, Meraut Lidi, Pass The Water dan Musang Berjanggut. Yang Kak Fa involve cuma Musang Berjanggut jer. Ha ha ha… Open-mouthed smile Kepakaran orang perempuan kan? Alaaa… game yang asing-asingkan bahan masakan tu macam dalam cerita Musang Berjanggut P.Ramlee tu… Ingat kan? Ingat kan? Ingat kan? Sebab? Sebab yang itu tak memerlukan Kak Fa untuk berlari sana sini dan tak perlukan Kak Fa gagah mencuba untuk mencapai. Kan Kak Fa kurang sikit sukan-sukan ni?

GENIUS AULAD NATURE ADVENTURE 2018 (4)

Yang gigih bersuka-ria dan memupuk semangat kesukanan bersama adalah Iman Firash dan Babah. Terima kasih banyak-banyak Babah sebab sudi bekerjasama dengan Firash bagi menjayakan aktiviti Explorace Firash ni ha. Dapat lihat dengan jelas kegembiraan serta keceriaan terpancar di riak wajah Firash. Seronoklah dia bila dua-dua Babah dan Mommy ada turut serta hadir memeriahkan hari sukan dia. Mostly semua aktiviti Babah yang tolong, Mommy tolong sikit-sikit jer.

GENIUS AULAD NATURE ADVENTURE 2018 (5)

Penat weiii…nak bergerak dari satu station ke satu station yang lain. Tawaf satu padang sekolah kot? Dah lama dah tak bertawaf satu padang sekolah. Iman Firash pun surrender juga. Ada tu dia dah tak mampu, duduk mencangkung atas padang. Air toksah cakaplah, satu botol mineral tu habis dia kerjakan. Muka pun merah padam. Hu hu hu… Takper takper, rasa pengalaman. Mommy dengan Babah dulu masa sekolah dah jenuh rasa semua ni dah. Sekarang giliran Firash pulak rasa ya? Sikit baru ni… Winking smile Tunggu masuk Sekolah Rendah nanti. Ha ha ha… Lagi lah macam-macam jenis aktiviti ko-kurikulum dan sukan kan?

GENIUS AULAD NATURE ADVENTURE 2018 (3)

Dapatlah medallion pertama dalam hidup yang akan menjadi kenangan indah dan manis buat Iman Firash di Genius Aulad. Akan datang In Shaa Allah, dapat lagi… Tapi tunggu tahun depan punya sports day pulalah.

GENIUS AULAD NATURE ADVENTURE 2018 (2)

Merasa jugalah Mommy pegang medallion anak. Sendiri punya? Ha ha ha… Sijil banyak… Medallion memang nan hado! Tapi kannn… huuu… memang lain macam rasa bila dah lama tak tawaf satu padang tiba-tiba kena tawaf satu padang… Tangkap semua sendi!

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !