Experience The Simplicity of Beauty with ALTHEA Bare Essentials

Farah Waheda Wahid
0
ALTHEA BARE ESSENTIALS

Sebelum-sebelum ni, Kak Fa dah banyak berkongsi tentang produk-produk kosmetik yang Kak Fa suka dari ALTHEA. Boleh dikatakan, banyak kali jugalah Kak Fa menaip tentang ALTHEA di Bubblynotes.Com. Selalunya, memang tentang kosmetik. Belum pernah lagi tentang rangkaian produk penjagaan kulit wajah dari ALTHEA. Jadi, disebabkan tak pernah, kali ni Kak Fa nak stop dulu bergossip tentang kosmetik dari ALTHEA tetapi sebaliknya Kak Fa nak bergossip tentang produk keluaran ALTHEA sendiri iaitu ALTHEA Bare Essentials. Set penjagaan wajah ringkas dengan 3 langkah saja iaitu ALTHEA Bare Essentials. If you want to experience the simplicity of beauty with ALTHEA Bare Essentials, then you should read this gossip people! Sebab tak semua orang istiqomah di dalam melakukan rutin penjagaan wajah yang kompleks serta banyak step setiap hari. Mula-mula mungkin ok, tapi lama-kelamaan mungkin kelaut. Betul tak? Jadi nak mudah, nak cepat, nak ringkas – ALTHEA Bare Essentials could be the one for you!


Itu nak pakai, ini nak pakai... Semua nak pakai... 😂 Mula2 rajinlah... Lama2 kelaut! 😜 Most of us macam tu... Don't deny it! Come to Mommy baby! Here I got my #unboxing video of #AltheaKorea #BareEssentials by @altheakorea. Their Althea In-House #skincare regime. Complicated skincare steps make your skin tired! So? So... Simplify and give your skin what it really needs with Althea 3-steps skincare. Can't wait to give it a try! More details soon will be live on www.bubblynotes.com... 😉 #beauty #beautygeek #beautyfreak #kbeautyfreaks #kbeautyjunkies #beautiful #pretty #bubblynotesdotcom #parentingblogger #parentingbloggermalaysia #lifestyleblogger #lifestylebloggermalaysia #myparentingandlifestyleblogger #malaysiaparentingandlifestyleblogger #malaysianblogger #blogger #bloggermalaysia #bloggerMY #mommyblogger #mommybloggermalaysia
A post shared by Bubblynotes Dot Com (@farahwaheda) on


Might be, some of you yang mengikuti Kak Fa di social media networks seperti Instagram dan Facebook dah nampak dah the above unboxing video dari Kak Fa approximately about a week ago. So… Now is the time yang Kak Fa nak cerita secara lebih mendalam tentang each of the ALTHEA Bare Essentials family member so that you’ll get a clearer picture on what each products is all about.

Step 1: Contour Cleanser (RM 23.00 – 50g)

ALTHEA BARE ESSENTIALS (4)

Contour Cleanser dari rangkaian produk ALTHEA Bare Essentials didatangkan khas dengan kapsul mikro yang akan bertindak dengan air untuk menghapuskan dan menanggalkan segala bentuk kotoran dari kulit wajah. Bila diurut dengan perlahan di kulit wajah, Kak Fa dapat rasakan biji-biji halus yang seolah-olah bertindak sebagai skrub muka dan jika urutan telah dilakukan untuk seketika, secara perlahan-lahan Kak Fa dapat rasa yang kulit wajah Kak Fa berangin seperti sejuknya gula-gula berperisa mentol. Smile. Berfungsi untuk detoks kulit wajah dan juga membantu membentuk wajah yang lebih rapi. Bahan-bahan utama di dalam Contour Cleanser ini adalah Ice Plant, Lemon dan Verbana Leaf.

The best part of this Contour Cleanser, even Kak Fa tak sapukan make-up remover sebelum mencuci wajah, Contour Cleanser mampu untuk menanggalkan solekan dengan bersih sebersih-bersihnya. Skip dah satu step kan? Ini sangat memudahkan dan sangat convenient pada sesiapa yang selalu jer culas atau malas nak gunakan make up remover. Nahhh… Penyelesaian dah ada depan mata dah ni! Nak tunggu apa lagi kan? Cuma RM 23.00 sahaja untuk 50 gram Contour Cleanser dah jadikan hidup seorang wanita senang! Winking smile

Step 2: Primer Water (RM 43.00 – 200 ML)

ALTHEA BARE ESSENTIALS (2)

Dahlah bau wangi dan lembut. Lepas tu soothing jer bila disapukan atau dap atas kulit wajah. Sangat-sangat memberikan rasa selesa kepada Kak Fa. Primer Water dari rangkaian produk ALTHEA Bare Essentials ni adalah merupakan langkah kedua di dalam rutin penjagaan kulit wajah ALTHEA yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 sebagai toner dan juga primer. Diperbuat daripada patented dewdrop technology, ia mampu membantu semua orang untuk merasai pengalaman kulit yang halus dan tona kulit yang sekata serta memberikan kulit seri awet muda. Bahan utamanya adalah Snow Lotus dan Patented Dewdrop Technology.

Apa yang Kak Fa dapat rasakan upon a week – secara konsisten menggunakan Primer Water ni, ketika Kak Fa nak sapukan bedak asas di wajah, sapuan menjadi lebih mudah dan hasil sapuan bedak asas lebih rata. Kak Fa tak perlu gunakan bedak asas di dalam kuantiti yang banyak atau tebal demi nak meratakan here and there supaya nampak semengah dah. Cuma sapuan tipis dah memadai sebab Primer Water ni dah membantu sapuan bedak asas tu.

Step 3: Fixer Cream (RM 50.00 – 50g)

ALTHEA BARE ESSENTIALS (3)

Fixer Cream ni best! Memang meresap habis ke dalam kulit wajah dan tak berminyak pun! Kak Fa paling tak suka dan paling takut kalau sapu apa-apa krim di wajah lepas tu nanti wajah Kak Fa jadi berminyak-minyak. Memang benci betul kalau keadaan jadi macam tu. Tapi Fixer Cream ni tidak. Fixer Cream meresap dengan baik ke dalam kulit selama sehingga 24 jam yang memberikan kulit kuantiti kelembapan yang sememangnya diperlukan. Bila sapu Fixer Cream, ia membantu kulit wajah Kak Fa untuk rasa jauh lebih segar dan kelihatan bermaya sepanjang hari. Bahan utama di dalam Fixer Cream ini adalah Trehalose, Green Tea dan Baobab Tree.

Dengan 3 langkah ringkas ni, terpulang sama ada lepas tu anda nak bersolek atau tidak. 3 langkah ni jer pun dah cukup untuk kulit wajah. Kalau tak bersolek pun, wajah tak adalah kelihatan kusam atau tidak berseri sebab all the nutrients and what your skin needs dah ada di dalam rangkaian produk ALTHEA Bare Essentials. Nama pun Bare Essentials kan? So… Secara logiknya sememangnya nak membantu semua orang kelihatan anggun walau tanpa sebarang solekan. Winking smile. Sekurang-kurangnya tak adalah rasa rendah diri atau tak confident bila tak bersolek dan keluar rumah dengan ALTHEA Bare Essentials ni. Ha ha ha… I know, some of us inclusive myself sometimes memang fikir banyak kali nak keluar rumah tanpa solekan. Tapi dengan ALTHEA Bare Essentials, mungkin dah tak berfikir banyak kali kot?

ALTHEA BARE ESSENTIALS (1)

Harga pun mampu milik… Tak adalah mahal mana pun…. Masih di dalam range kemampuan poket untuk penjagaan diri. Jika dihitung jumlahnya, satu set lengkap jumlahnya adalah RM 116.00. Boleh dapatkan dengan kadar segera di ALTHEA. Owh… sebelum tu, Kak Fa nak info yang tadi sewaktu Kak Fa cuba buka pautan yang Kak Fa maksudkan ni, laman web ALTHEA sedang di dalam proses renovasi. Mungkin memakan masa sehari dua kot? Nanti anda cubalah ya… Kak Fa pasti pihak ALTHEA takkan ambil masa yang sama untuk selesaikan proses renovasi laman web jualan atas talian mereka ni. Tak pun, anda boleh mencuba aplikasi telefon pintar ALTHEA yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store ataupun Apps Store. Mungkin, aplikasi telefon pintar berfungsi seperti biasa. Winking smile. Kalau tak juga… Sabar jap ya? In Shaa Allah, nanti ok tu…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !