Home » , , , , , , , , , , , , , » 99 WONDERLAND PARK Selayang– Masuk PERCUMA Sehingga 13 April 2018

99 WONDERLAND PARK Selayang– Masuk PERCUMA Sehingga 13 April 2018

Kredit: Laman Web 99 Wonderland Park

Agak terlewat untuk tahu… Tapi masih belum terlewat untuk masuk ke 99 WONDERLAND PARK secara PERCUMA! Open-mouthed smile Ha ha ha… Nampak sangat yang semenjak Kak Fa kurang sihat, semua perkara Kak Fa ketepikan dulu. Ini progressing untuk sembuh barulah mula aktif kembali. Winking smile. Ok, ok… Sempat lagi ni kalau nak ke 99 WONDERLAND PARK bawa Iman Firash ni sebabnya… 99 WONDERLAND PARK Selayang – Masuk PERCUMA Sehingga 13 April 2018. Tapi apa tarikan yang ada di situ ya? Let see… Apa yang Kak Fa dapat godek melalui hasil pencarian Kak Fa hari ini.


99 WONDERLAND PARK (1)


Secara ringkasnya, inilah peta lokasi di 99 WONDERLAND PARK Selayang yang Kak Fa pinjam dari laman web rasmi 99 WONDERLAND PARK. Kelihatan seperti terdapat banyak tarikan untuk aktiviti riadah keluarga di hujung minggu di situ. Kira pada Kak Fa ok-lah tu kalau tak ada sebarang perancangan nak berjalan jauh dan sekadar nak menghabiskan hujung minggu di kawasan yang berhampiran sahaja bagi penduduk di Kuala Lumpur dan juga Selangor seperti Kak Fa ni. Dari hasil pembacaan, besar juga kawasan 99 WONDERLAND PARK tu… ianya berkeluasan 9.2 hektar. Mak aiii… Besarnya! Macam tak mampu jer Kak Fa nak habiskan dalam masa sehari berjalan dalam tu! Macam kena buat pecahan jer… Open-mouthed smile Minggu ni pergi section ni, minggu depan pergi section tu… Ha ha ha… Ya ke macam tu? Entahlah… Nak cerita lebih-lebih, Kak Fa sendiri pun tak turun padang dan lihat lagi macam mana actual location kan?

Cumanya… Untuk tarikan di 99 WONDERLAND PARK, ada banyak sangat!

99 WONDERLAND PARK (3) 99 WONDERLAND PARK (4)

  1. Sky Fountain
  2. T-Rex Ring
  3. Magical Bridge
  4. 2 Colourful Water Fountains
  5. Bird Square
  6. Ostrich Farm
  7. Deer Yard
  8. Duck Lagoon
  9. Golden Waterfall
  10. 12 Zodiac Walkway
  11. Boardwalk
  12. Bird Island
  13. Hatching and Incubator Room
  14. I Love BN Sculpture
  15. 1 Malaysia Sculpture
  16. 99 Jetty & 99 Cruise
  17. Mara House

Semua yang Kak Fa highlight di dalam senarai di atas semuanya berkaitan dengan anak-anak. Smile. Untuk memudahkan semua, berikut adalah peta lokasi 99 WONDERLAND PARK sebagai rujukan:

99 WONDERLAND PARK (6)

Semua info-info ni Kak Fa gali daripada laman web rasmi mereka dan berapakah nilai tiket masuk ke 99 WONDERLAND PARK Selayang ni, buat masa dan ketika ini, ianya masih lagi belum diketahui… Kak Fa dah cari tapi tak jumpa. Mungkin masih belum diumumkan lagi kot? Mungkin selepas 13 April 2018 barulah harga tiket diumumkan kepada umum. Harapnya, harga tiket yang bakal diumumkan adalah harga mampu bayar oleh rakyat Malaysia-lah ya? Nerd smile. Senang ibu bapa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor nak bawa anak-anak beriadah di hujung minggu.

Nak cerita lebih sendiri tak jejak kaki lagi, tetapi jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi:

\
Alamat:
99 WONDERLAND PARK
Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara
68100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

No. Telefon:
+60361381899

E-mel:

Waktu Operasi:
Isnin sehingga Khamis, 6.00 petang sehingga 9.30 malam
Jumaat sehingga Ahad, 6.00 petang sehingga 10.00 malam
Cuti Umum, 6.00 petang sehingga 10.00 malam



* Ada ke di antara anda yang membaca entri Kak Fa kali ini yang dah jejakkan kaki ke 99 WONDERLAND PARK ni? Seronok tak? Kalau ada, bolehlah kongsi-kongsikan pengalaman ya? Winking smile

Kredit: Laman Web 99 Wonderland Park
Terimakasih telah membaca artikel 99 WONDERLAND PARK Selayang– Masuk PERCUMA Sehingga 13 April 2018. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.