Tadika Aktif.Bijak.Santun (ABS) Sebagai Opsyen Buat Anak-Anak Seluruh Malaysia?

Farah Waheda Wahid
0
TADIKA ABS (3)

Orang berbudi kita berbahasa… Betul tak? Tapi zaman sekarang ni yang banyaknya, budi bahasa bukan budaya kita. Maaflah kalau ada yang tak berapa nak senang dengan kenyataan Kak Fa yang satu ini. Sebabnya… Terlalu banyak dah Kak Fa perhatikan pada zaman sekarang ni ramai yang tak berbudi bahasa dari yang berbudi bahasa. Dari sekecil-kecil anak sehinggalah ke sematang-matang usia. Dari rumah sampailah ke jalan raya sampailah ke media sosial. Flirt male Budi bahasa nampaknya dilihat semakin tidak menjadi budaya masyarakat khususnya dalam media sosial. Boleh lihat apa? Yang sekarang ni … tohmahan, fitnah, kata-kata kesat digunakan secara meluas tanpa segan silu. Kepesatan teknologi menjadikan kita hilang budi bahasa yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Risaunya! Bila memikirkan, situasi sebegini sebenarnya sangat berisiko untuk berjangkit dengan jayanya kepada anak-anak kecil kita di rumah tu. Tak mustahil kan? Ibarat virus yang merebak dengan cepat… Apatah lagi kanak-kanak itu adalah ibarat span yang menyerap segala apa yang ada di persekitaran mereka dengan sangat cepat serta tangkas. Mencabar! Memang mencabar! Tugas ibu bapa lah tu kan? Bagi memastikan virus itu tidak merebak kepada anak masing-masing. Tapi! Janganlah ibu bapa rasa terbeban pula…. Ibu bapa jer tak cukup dan pada Kak Fa lah kan, ianya masih boleh dibantu oleh persekitaran yang lain. Contohnya… Macam menjadikan Tadika Aktif.Bijak.Santun (ABS) sebagai opsyen buat anak-anak seluruh Malaysia? Haaa… yang ni ibu bapa kena beri perhatian ni apa yang Kak Fa nak kongsikan ni. Apa kaitan Tadika ABS dengan budi bahasa?

TADIKA ABS (4)

Kak Fa nak tanyalah kan…ada tak sesiapa yang pernah atau sedang menghantar anak-anak masing-masing ke Tadika ABS? Ataupun ada tak sesiapa yang pernah terlihat di mana-mana atau membaca di mana-mana sumber mengenai Tadika ABS? Kak Fa sebelum-sebelum ni, pernahlah terlihat di enjin carian Google tapi Kak Fa tak pernahlah pula membaca secara terperinci. Cuma baru-baru ni, sewaktu Kak Fa mencari bahan untuk penulisan maya Kak Fa di Bubblynotes.Com, Kak Fa sempat meluangkan masa untuk membaca mengenai Tadika ABS dan Kak Fa terpanggil untuk berkongsi dengan mereka-mereka yang sudi singgah di blog Kak Fa yang tak seberaa ini untuk membaca entri-entri Kak Fa berkenaan dengan Tadika ABS. Lagipun, ini adalah merupakan salah satu topik yang berkaitan dengan niche Kak Fa sebagai parenting blogger kan? kan? kan? Winking smile Relevanlah kiranya kalau Kak Fa nak mengomel tentang ni kan?

Mula-mula tadi, sewaktu di permulaan entri, Kak Fa menyentuh tentang budi bahasa. Kalau nak tau, budi bahasa ni adalah merupakan satu unsur yang sangat berkait-rapat dengan Tadika ABS. Nama panjangnya pun dah Tadika Aktif.Bijak.Santun kan? Anak-anak akan saling hormat-menghormati, berbudaya tinggi dan peka dengan persekitaran. Bukan hanya mereka sahaja yang berakhlak baik, malah seluruh keluarga akan terbawa-bawa dengan budaya tinggi yang dibawa pulang. Itu adalah antara didikan yang dibawa oleh Tadika ABS yang mahu “anak-anaknya” bukan bersikap bersaing tetapi berlumba-lumba membantu sama lain supaya setiap orang berjaya ke garisan penamat.

TADIKA ABS (5)

TADIKA ABS (6)

Pendekatan yang digunakan di dalam proses pembelajaran dan pendidikan yang membawa kepada tujuan mengembalikan peradaban yang berbudaya tinggi yang digunakan oleh Tadika ABS adalah perkataan SANTUN itu sendiri. Bila sebut SANTUN, pasti ramai yang terbayang yang it’s all about sopan santun macam tu kan? Dan segala yang berkitar dengannya. Akan tetapi sebenarnya SANTUN tu adalah teras kepada Tadika ABS di mana, apa yang ibu bapa perlu tahu:

TADIKA ABS (1)

Thumbs up Guru-guru dilatih untuk mengaplikasikan penggunaan bahasa dengan susunan ayat yang baik. Yang mana, ianya sebenarnya mampu untuk mempengaruhi anak-anak untuk bercakap dan bertutur di dalam bahasa yang baik. Anak-anak juga akan lebih memahami arahan dan patuh kepada guru, sekaligus melatih mereka untuk bercakap baik kepada ibu bapa.

Thumbs up Guru-guru dilatih untuk menjadi biasa dan untuk membudayakan kata-kata dorongan positif yang diambil dan disususn berdasarkan skrip aplikasi Teknik Nabi. Yang mana, guru menutup mata kepada kesalahan anak-anak dan fokus kepada kebaikan yang dilakukan oleh mereka walaupun perbuatan itu nampak biasa-biasa sahaja. Teknik Pujian yang digunakan ini, mampu untuk diaplikasikan oleh anak-anak kepada rakan-rakan mereka juga.

Thumbs up Program berstruktur dengan modul berbentuk aktiviti komunikasi dan pertuturan disediakan dengan jadual pemantauan di tadika. Modul rujukan disediakan kepada guru-guru mengikut silibus dan masa yang ditetapkan berdasarkan KSPK.

Thumbs up Program tambahan sebagai bimbingan aplikasi komunikasi yang positif disediakan untuk sesi melatih kemahiran asas Bahasa Inggeris. Apabila anak-anak sudah menguasai bahasa ibunda, kemahiran menguasai bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris juga akan dilatih supaya mereka dapat menghormati bahasa ibunda / negara lain.

TADIKA ABS (8)

TADIKA ABS (10)

Thumbs up Skrip dan pendedahan kepada budaya dan cara bermasyarakat dimasukkan secara langsung di dalam modul ARAF dan Sains Bercerita Little Ibnu Sina. Anak-anak dilatih menggunakan skrip ketika melakukan jual beli di dalam modul ARAF dan bagaimana menyantuni pelanggan dan mereka yang menerima sedekah. Di dalam modul Little Ibnu Sina pula, subjek Sains yang disampaikan di dalam bentuk penceritaan, mengajar anak-anak hidup bermasyarakat dan penuh dengan nilai-nilai budaya yang baik.

Menariknya Tadika ABS adalah di mana, Tadika ABS tidak menekankan pembelajaran semata-mata melalui pensel, pen dan buku sahaja. Tumpuan mereka adalah pembelajaran melalui pengalaman kerana Tadika ABS percaya apabila anak-anak memahami dan mendalami konsep yang mereka sampaikan , anak-anak sendiri akan menjadi terdorong untuk membuat keputusan dengan sendiri untuk membuat kebaikan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, dekat mana sebenarnya Tadika ABS ni kan? Bagi yang tak pernah taulah maksud Kak Fa. Untuk makluman anda, Tadika ABS yang ditubuhkan pada tahun 2013 ini telah berkembang kepada 75 buah tadika di seluruh Malaysia iaitu di Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Perak , Kedah dan Sabah. Senarai lengkap Tadika ABS boleh diperolehi daripada pautan di SINI. Bukan ratus jumlah murid Tadika ABS tetapi sejumlah 2,491 murid di seluruh negara. Ramai kan?

Bila dah tanya lokasi, tentu nak tanya struktur yuran pula kan? Ihiksss…Biasalah mak-mak, ayah-ayah… Memang macam tu… Kak Fa taulah sebab Kak Fa pun seorang ibu juga… Kak Fa pun melalui perkara yang sama juga…. Untuk semua persoalan, pertanyaan, teka-teka dan apa sahaja yang bermain di minda anda semua tu… Anda boleh merujuk serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tadika ABS melalui:

TADIKA ABS (12)



TADIKA ABS (13)

*Pendaftaran Sesi Mac 2018 kini dibuka! Jadi bolehlah ibu bapa mula menghubungi Tadika ABS sekiranya berminat ya? Winking smile

AKTIF BIJAK SANTUN : “Perjuangan Mengembalikan Peradaban Yang Berbudaya Tinggi.”

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !