Katanya…BOOM EYEWEAR–Bagus Tapi Murah!!! - Kedai Optik 7 Hari Seminggu Sehingga 11.00 Malam Yang Pertama Di Malaysia!

Farah Waheda Wahid
1
Jika ada yang pernah terbaca omelan rasa tidak berpuas hati Kak Fa di pautan entri Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear! Ni Kak Fa nak sambung tumpang meluah sedikit pada anda… Huuu… Kak Fa kan sebenarnya kan, masih tidak boleh nak move on dengan BOOM Eyewear! Eee… BOOM Eyewear ni kan… Sangat-sangat menduga kesabaran dan ketabahan Kak Fa betul! Katanya… BOOM EYEWEAR – Bagus tapi murah!!!- Kedai Optik 7 Hari Seminggu Sehingga 11.00 Malam Yang Pertama Di Malaysia! 

KATANYA...BOOM EYEWEAR - BAGUS TAPI MURAH!!! 

Bagi yang sedang di dalam fasa perlu ganti kaca mata baru, bagi yang sedang mencari kaca mata gelap untuk dipakai sewaktu cuaca panas terik dan bagi yang mencari kanta lekap yang berkualiti tetapi ingin berjimat di zaman ekonomi serba tak menentu ni, Kak Fa ada satu berita baik yang Kak Fa nak kongsikan dengan anda semua. Tak perlu pening-pening pusing pusat atau kedai optik sana, pusat atau kedai optik sini mencari yang murah tetapi berkualiti… Bazir masa jer! Percayalah apa yang Kak Fa kongsikan ni. Sebabnya… memang tak ada lain lagi dah selain dari BOOM Eyewear. Semurah-murah yang anda jumpa, belum tentu berkualiti tinggi. Semurah-murah yang anda jumpa belum tentu sama dengan BOOM Eyewear. Trust me! I’ve bought the t-shirt, wore it and burn it… Dalam banyak-banyak pusat atau kedai optik yang Kak Fa pernah survey, yang Kak Fa pernah tempah kaca mata serta dapatkan kanta lekap bulanan Kak Fa, BOOM Eyewear is unbeatable in terms of quality, pricing and service.

Kak Fa rasalah kan, wujudnya BOOM Eyewear ni sememangnya untuk memenuhi keperluan orang-orang yang sentiasa menjaga bajet seperti Kak Fa ni ha. Sebabnya… Di samping menjaga bajet para pelanggan, BOOM Eyewear ni kalau Kak Fa kajilah… Kalau Kak Fa kaji dengan teliti, bukan memikirkan keuntungan di dalam perniagaan sahaja tetapi mereka memikirkan kepuasan pelanggan. Macam yang Kak Fa katakan berulang-ulang dari dulu sampailah sekarang… BOOM Eyewear menawarkan harga yang murah tetapi berkualiti. Tak cukup dengan itu sahaja, kakitangan di BOOM Eyewear semuanya terlatih dan BOOM Eyewear diwujudkan serta didatangkan khas dengan juru optik yang bertauliah yang berpengalaman selama lebih daripada 30 tahun. Mana nak cari lagi pakej lengkap dengan harga berbaloi macam ni zaman sekarang?

Kebetulan dah buka cerita tak boleh nak move on dengan BOOM Eyewear ni, terbaru… Kak Fa nak kongsikan kepada anda semua bahawasanya sekarang ni BOOM Eyewear sedang menjalankan promosi yang betul-betul BOOM sepanjang bulan Mac 2018 ni. Setiap para pelanggan BOOM Eyewear pada bulan Mac 2018 ini berpeluang untuk memenangi rebat tunai sehingga RM 688.00! Yang berkaca mata tu, anda maklum kan? Betapa tingginya kos nak menempah kaca mata pada zaman sekarang ni? Tambahan lagi kalau-kalau banyak benar spesifikasi yang anda perlukan atau inginkan. Contohlah contoh seperti cermin Blu-Ray, anti-silau, high-index glasses dan sebagainya. Silap-silap haribulan kalau tak salah-salah hemat boleh cecah ribuan ringgit ooo! Jadi nak berjimat, Kak Fa syorkan anda ke BOOM Eyewear.

Kak Fa tak cerita kosong jer tau… Sebab Kak Fa sememangnya pengguna kaca mata yang ditempah khas di BOOM Eyewear. Setakat ni memang Kak Fa rasakan ianya adalah satu investment untuk penglihatan Kak Fa yang paling berbaloi daripada semua pusat atau kedai optik yang Kak Fa pernah berurusan. Dulu… Sebelum-sebelum ni, memang susah nak tengok Kak Fa berkaca mata di tempat umum. Most of the time memang dengan kanta lekap sahaja. Apa jua keadaan. Akan tetapi sekarang semenjak Kak Fa menggunakan kaca mata dari BOOM Eyewear, Kak Fa dah rasa sama imbangan tahap keselesaannya bila memakai kanta lekap dan juga kaca mata. Kalau dulu… ada-ada sahaja masalah Kak Fa. Contohnya macam bila pakai kaca mata lama sedikit jer mesti rasa sakit kepala atau kepala berpinar. Tetapi dengan kaca mata yang dihasilkan oleh BOOM Eyewear semua masalah tu dah tak wujud lagi dah.

Dah merata dah Kak Fa pakai kaca mata jika situasi atau keadaan tidak mengizinkan Kak Fa untuk memakai kanta lekap. Dulu Kak Fa paling concern kalau Kak Fa harus tampil di mana-mana dengan kaca mata. Rasa macam tak best! Ha ha ha… Open-mouthed smile. Tetapi dengan BOOM Eyewear, Kak Fa boleh pakai sehingga ke set penggambaran secara langsung di kaca televisyen baru-baru ini. Nampak tak? Nampak tak permainannya di situ? Kak Fa dah tak kisah pun nak appear di public dengan kaca mata semenjak Kak Fa memakai kaca mata BOOM Eyewear. Serius! Ini buktinya cebisan rakaman siaran langsung Kak Fa di kaca televisyen bulan Februari yang lepas.


KATANYA...BOOM EYEWEAR - BAGUS TAPI MURAH!!! (2)

Dipanggil LUCKY EGGS SPINNER
  • Jika anda berbelanja sehingga RM 226.00 ke atas - 1 Lucky Egg Spin.
  • Jika anda berbelanja sehingga RM 555.00 ke atas – 2 Lucky Egg Spin.
  • JIka anda berbelanja sehingga RM 888.00 ke atas – 3 Lucky Egg Spin.

Yang mana hadiah-hadiah yang menarik menanti anda. Senang cerita, sesiapa yang membelanjakan RM 226.00 atau ke atas akan mempunyai sekurang-kurangnya satu peluang Lucky Spin. Sehingga 31 Mac 2018 sahaja ya? Jadi cepatlah!

Murah memang murah!

KATANYA...BOOM EYEWEAR - BAGUS TAPI MURAH!!! (3)

Promosi RM 66.00 dengan power kini kembali! (Power dari rabun +6.00 hingga –6.00 silau –0.25 sehingga –2.00). Hanya di BOOM Eyewear sahaja ok? Bukannya tempat lain!

KATANYA...BOOM EYEWEAR - BAGUS TAPI MURAH!!! (4)

KATANYA...BOOM EYEWEAR - BAGUS TAPI MURAH!!! (5)

Melopong pandang skrin komputer atau telefon pintar lagi kenapa? Berangan lagi kenapa? Kalau rasa-rasa nak ganti kaca mata, nak cari kaca mata hitam atau perlu memakai kaca mata… Tunggu apa lagi? Cepat-cepat ke BOOM Eyewear sebelum semua promosi ni berlalu pergi meninggalkan anda begitu sahaja. Rugi kan? Rugi kan? Kalau tak ambil peluang keemasan ini? Winking smile … Jangan risau… In Shaa Allah, kalau ada informasi terbaru atau terkini mengenai promosi di BOOM Eyewear nanti Kak Fa kongsikan lagi… Tapi promosi bulan Mac 2018 ni memang terbaik Kak Fa rasa… Rugi kalau biarkan jer!

Peta Lokasi ---> https://her.is/2wTgzHg
Platinum Walk
No.67-G, No.2, Jalan Langkawi
Danau Kota
53300 Kuala Lumpur



No.Telefon: +603 4131 9753



Waktu Operasi:
11.00 pagi  - 11.00 malam (Setiap Hari)

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Rasanya mmg dah smpi waktu kena pakai cermin mata ni walaupun tak suka. Tak sedar diri tu dah rabun haha.. bolehlah nanti ke sini. Tak jauh juga lokasi tu.. thanks sharing :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !