Ilmu Asas Tentang KERETA Untuk Kaum Hawa

Farah Waheda Wahid
1
ILMU ASAS TENTANG KERETA UNTUK KAUM HAWA
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Nak kata pandai tu, taklah berapa nak pandai… Tetapi setakat sikit-sikit tu bolehlah. Smile. Kenal lah jenis-jenis minyak, kenal lah jenis-jenis barang dalam bonet hadapan kereta tu… Tau lah juga kemungkinan-kemungkinan disebabkan apa jika berlaku sesuatu pada kereta… Yang tak tau tu adalah… Tak tau nak baikpulih sendiri… Ha ha ha… Open-mouthed smile Masih kena hantar bengkel untuk dibaiki sekiranya berlaku apa-apa. Setakat yang asas-asas tu, Kak Fa boleh klasifikasikan boleh tahanlah juga yang Kak Fa tau. Tapi tak hebat tau… Setakat asas… Asas sahaja. Bagi Kak Fa, kalau tak tau banyak pun, ambil tahu sikit-sikit pun dah cukup dah tu. Senang cerita, dalam entri kali ni, Kak Fa ringkaskan ilmu asas tentang KERETA untuk kaum Hawa. Kaum Adam kalau terbaca, kalau ada salah silap tolong jangan gelak tetapi sila betulkan ok? Winking smile

Minyak Hitam

Penjagaan MINYAK HITAM. First thing first, this is the most important part di dalam nadi sesebuah kereta. Lambat tukar kalu, inilah punca fuel consumption meningkat. Ada banyak jenis minyak dan jenama di luar sana. Ada 3 based minyak Fully Synthethic, Semi Synthetic, Mineral. Kak Fa selalunya gunakan yang Fully Synthetic. Kalau untuk daily use dan kau bukan kaki tekan, suggested untuk menggunakan 10w-30 Mineral untuk penjimatan kos. Harga lebih kurang RM 40.00 sehingga RM 60.00 untuk 4 liter, jangka hayat 5000km. Ohhh, jangan lupa tukar OIL FILTER sekali ya?

Air Radiator

Penjagaan AIR RADIATOR. Ini pun penting juga. Sebelum anda kena keluar duit beribu-ribu disebabkan kereta overheat, check cepat air radiator anda. Fungsi radiator ini adalah untuk menyejukkan enjin kereta yang sangat panas. Untuk lebih efektif, biasanya air dicampurkan dengan Coolant Radiator. Sebotol Coolant Radiator berharga RM 15.00 sehingga RM 30.00.

Tekanan Udara Tayar

Penjagaan TEKANAN UDARA TAYAR. Alaaa… yang macam dalam iklan Shell dulu tu. Kekurangan angin pada tayar boleh menyebabkan tayar lebih senang nipis (botak) dan peningkatan fuel consumption. Anda boleh lihat dekat kawasan pintu pemandu. Di situ ada informasi berapa PSI yang perlu untuk tayar standard factory anda.

Alas Brek

Penjagaan ALAS BREK (BRAKE PAD). Alas brek nipis boleh menyebabkan sistem brek tidak berfungsi dengan baik dan juga boleh menyebabkan piring brek (DISC BRAKE) rosak. Berdasarkan pengamatan, benda ini yang selalu orang terlepas pandang. Jangka hayat alas brek ini bergantung pada cara pemanduan anda.

Penapis Udara

Penjagaan PENAPIS UDARA. Penapis udara terletak di atas enjin, kotak berwarna HITAM kebiasaannya. Penapis udara yang kotor boleh menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak sempurna. Kebiasaannya, penapis udara ini, orang akan tukar selepas 20,000km. Tapi, kalau bawa ke bengkel kebiasaannya orang bengkel takkan tukar pun melainkan kalau anda beli spare part sendiri penapis udara ni. Harga bergantung kepada kereta. Kalau memang authorised dealer and authorised service center tu rasanya mereka akan tukarkan.

Minyak Kotak Gear (GEARBOX)

Penjagaan MINYAK KOTAK GEAR (GEARBOX). Antara perkara mustahak yang perlu diberikan perhatian lebih. Kena jaga ni sebelum merana… Hu hu hu. Minyak kotak gear terbahagi kepada dua. Minyak Auto Transmission Fluid (ATF) untuk gear auto dan minyak kotak gear manual. Untuk minyak ATF jangka hayatnya 20,000 km, sementara minyak kotak gear manual 60,000 km.

Bateri

Penjagaan bateri. Ini antara masalah yang paling banyak berlaku. Kerap kali kereta tersadai di bahu jalan gara-gara bateri “weak”. Bateri kereta terbahagi kepada dua, sel basah dan sel kering. Info mengenai bateri boleh rujuk entri lama Kak Fa yang bertajuk perbezaan antara bateri sel kering & bateri sel basah

Tak perlu master, cukup sekadar tahu asas pun dah kira ok. Nak dapatkan sebiji kereta bukannya petik jari jer oiii….Kannn? Lainlah kalau petik jer dapat kereta, petik jer dapat kereta. Kalau dah dapat tu, rasa macam berharga sangat… Pada Kak Fa lah…. Fikir nak pakai long-term, kenalah jaga dan ambil tahu serba-sedikit kan? At least, if emergency occurs , we can handle it on our own kalau-kalau at that point of time kebetulan tak ada sesiapa yang available untuk membantu kita kan? kan? kan? Winking smile

Kredit dan Bahan Bacaan Rujukan: SINI

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !