Basuh Drum Mesin Basuh Untuk Mesin Tahan Lebih Lama

Farah Waheda Wahid
0
BASUH DRUM MESIN BASUH UNTUK MESIN TAHAN LEBIH LAMA

Yewwww! Geli-geleman Sick smile Kak Fa bila melihat hasil pencucian drum mesin basuh yang selama kini tak pernah dibasuh! Keladak… Ya ampunnn…. Daki… Ya ampunnn…. Kotornya! Tu baru setahun tu tak pernah cuci langsung-langsung drum mesin basuh tu. Semenjak dari mula beli sehinggalah hari Kak Fa decide nak basuh drum mesin basuh tu. It all happens bila Kak Fa ada terbaca some time ago di satu posting di Facebook mengenai tips penjagaan mesin basuh iaitu Basuh Drum Mesin Basuh Untuk Mesin Tahan Lebih Lama. Kalau rasa-rasa tak larat nak silih berganti mesin basuh beberapa tahun sekali, berkemungkinan anda juga boleh mencuba tips yang telah Kak Fa cuba ni.

Kak Fa cuci drum mesin basuh ni, before Kak Fa jatuh sakit tempoh hari. Sempatlah kiranya Kak Fa luangkan sedikit masa sebelum betul-betul terdampar disebabkan tak sihat kan? Winking smile. Macam mana Kak Fa lakukan? Apa yang Kak Fa gunakan untuk cuci drum mesin basuh Kak Fa tu?

1. Dapatkan Power Max Wash Drum Cleaner

BASUH DRUM MESIN BASUH UNTUK MESIN TAHAN LEBIH LAMA

Ini namanya Power Max Wash Drum Cleaner ya kawan-kawan. Smile. Digunakan sebagai bahan detergen untuk mencuci drum mesin basuh. Boleh didapati di mana-mana cawangan Farmasi Cosway dengan harga RM 15.90 untuk bukan ahli. Kalau ahli Cosway boleh dapat harga yang lebih murah. Berapa? Kak Fa tak pasti sebab Kak Fa tak tanya. Tapi kalau nak jadi ahli boleh jer, tak silap Kak Fa lah kan, RM 50.00 plus plus macam tu kalau nak jadi ahli. Kak Fa tak nak jadi ahli, jadi Kak Fa belilah dengan harga RM 15.90. Yang ni Kak Fa beli di Farmasi Cosway di Bukit Jelutong, Shah Alam. Kalau anda nak cari di mana lokasi Farmasi Cosway, mungkin anda boleh Google untuk mendapatkan jawapannya. Ngeee… Open-mouthed smile

2. Masukkan 1 Paket Power Max Wash Drum Cleaner Pada Waktu Malam

Basuh Drum Mesin Basuh Untuk Mesin Tahan Lebih Lama (3)

Sekotak ada 600g serbuk Power Max Wash Drum Cleaner. So logically, di dalam sekotak ada 2 paket yang seberat 300g each. Tak perlu gunakan kedua-dua paket. Gunakan sepaket sahaja sudah memadai. Kak Fa masukkan serbuk Power Max Wash Drum Cleaner ni pada jam 10.00 malam pada hari Jumaat.

3. Masukkan Air Ke Dalam Mesin Basuh Sehingga Ke Paras Maksimum

Basuh Drum Mesin Basuh Untuk Mesin Tahan Lebih Lama (7)

Basuh Drum Mesin Basuh Untuk Mesin Tahan Lebih Lama (6)

Langkah yang seterusnya, setelah memasukkan serbuk Power Max Wash Drum Cleaner tadi, masukkan air ke dalam mesin basuh sehingga ke paras maksimum dan biarkan sahaja terendam begitu semalaman. Tidur dulu ya? Winking smile.

4. Lengkapkan Satu Kitaran Basuhan

Keesokan paginya, iaitu pagi Sabtu setelah bangun dari tidur, Kak Fa terus putarkan mesin basuh untuk melengkapkan satu kitaran basuhan. Wash, Rinse and Spin. Setelah selesai, nak lihat tak bagaimana hasilnya?

Basuh Drum Mesin Basuh Untuk Mesin Tahan Lebih Lama (5)

Keladak, daki, karat semua ada…. Semua pakat keluar. Open-mouthed smile Ha ha ha… Ini setahun punya… Bayangkanlah kalau dah bertahun-tahun? Macam manalah rupa gayanya kan? Mesti lagi banyak dari ni. Ini baru kitaran yang pertama ni! Oh ya, ada yang tanya Kak Fa, bagaimana nak bersihkan keladak, daki, karat tu semua. Boleh kutip dengan tangan sendiri. He he he… Open-mouthed smile, kalau geli boleh pakai sarung tangan ataupun boleh jer gunakan kain towel bersih yang dibasahkan serta dilembapkan untuk mengutip segala keladak, daki dan karat tu.

Basuh Drum Mesin Basuh Untuk Mesin Tahan Lebih Lama (4)

Tak cukup dengan tu, jangan lupa cabut penapis dalam mesin basuh tu. Buka dan cuci ya? Sebab hasil pembersihan, macam nilah yang Kak Fa dapati di dalam penapis tu. Yewwww! Geli aihhh! Memang geli sangat-sangat. Selama ni fungsi Tub Hygiene tak bantu pun untuk bersihkan sebegini rupa. Tak cukup sekadar Tub Hygiene tu sahaja. Buang air jer tu…. Baiklah buat kaedah ni. Memang bersih habis mesin basuh ok?

Kak Fa ikut seperti saranan pada posting di Facebook yang Kak Fa baca tempoh hari. Kak Fa lengkapkan 5 kitaran basuhan untuk pastikan mesin basuh benar-benar telah bebas dari sebarang keladak, daki dan karat sepertimana yang dapat dilihat di dalam gambar yang Kak Fa paparkan pada entri ini. Kalau mengikut kepada arahan di kotak produk, rutin ni boleh dilakukan sebanyak sebulan sekali. Pakaian dah tentu-tentu terjamin lebih bersih dan wangi.

*Terfikir dua perkara, satu, kalaulah dari dulu Kak Fa lakukan rutin pembersihan drum mesin basuh sebegini, agaknya mesin basuh yang lama tu masih bertahan sehingga kini dan tak perlu beli mesin basuh baru sebagai ganti. Perkara keduanya adalah, terbayang pulang dobi layan diri…. agak-agaknya diaorang servis mesin-mesin basuh dan pengering mereka sampai macam ni sekali ke tak ek? Kalau bersihkan kan… bayangkan betapa berapa banyak baju bajan orang-orang yang dah masuk dalam mesin tu dan berapa banyaklah agaknya keladak, daki dan karat yang telah ditampung oleh mesin-mesin basuh di dobi layan diri tu…. Huuuu….

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !