Acara Riang Ria Menang Bersama Hang Tarik F & N

Farah Waheda Wahid
1
Acara Riang Ria Menang Bersama Hang Tarik F & N

F & N siapa yang tak kenal kan? Sedari Kak Fa kecil sehinggalah dah jadi mak orang ni ha… Masih wujud dan teguh berdiri jenama F & N ni di kalangan masyarakat Malaysia. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Tak mati ditelan zaman. Smile. Mana-mana pergi, memang merata senang jer nak nampak jenama F & N ni ha… Terutama Krimer Manis dan juga Krimer Sejat F & N yang menjadi bahan utama untuk menghasilkan teh tarik yang sangat sedap dan umphhh! Kak Fa memang suka dengan produk keluaran F & N dan disebabkan suka tu lah yang membawa Kak Fa ke acara kemuncak peraduan Hang Masuk Hang Menang di Giant Hypermarket Batu Caves yang dinamakan sebagai Acara Riang Ria Menang Bersama Hang Tarik F & N.

Sebenarnya peraduan Hang Masuk Hang Menang  tersebut telah dilangsungkan selama dua(2) bulan baru-baru ini yang menawarkan peluang kepada pemenang hadiah utama untuk mengaut sebanyak mungkin wang tunai sehingga RM 50,000 di dalam masa yang ditetapkan di dalam acara Sabtu lepas. Peraduan Hang Masuk Hang Menang merupakan lanjutan kempen Hang Tarik F & N yang dilancarkan sempena Aidilfitri pada tahun 2017 bagi memperkenalkan cara terbaik membuat Teh Tarik Ori yang sempuna dengan Susu Pekat Manis F & N serta Susu Sejat F & N. Sempena kempen berikut, ramai rakyat Malaysia telah diperkenalkan dengan cerita Hang Tarik yang menyatukan masyarakat melalui minuman kegemaran ikonik Malaysia.

Pengurus Pemasaran Kanan F&N Beverages Marketing Cik Eileen Chan berkata,

Riang, Ria, Menang Bersama Hang Tarik F & N dianjurkan berikutan kejayaan kempen Hang Tarik F & N yang dilancarkan bersama iklan raya Aidilfitri tahun lepas. Acara ini merupakan usaha F & N  berkongsi dan menghargai pengguna setia F & N seara ikhlas. Demi menjamin kesinambungan warisan mencipta detik citarasa teristimewa dalam kalangan rakyat Malaysia, F & N beriltizam mendorong rakyat Malaysia mencapai piawai emas dalam penyediaan Teh Tarik Ori sempurna dengan kemanisan “secukup rasa” yang lemak berkrim dan berbuih.

Seronok juga sesekali turun padang menyertai acara sebegini. Rasanya macam tak sia-sia jer Kak Fa turun padang Sabtu lepas sebabnya memang betullah temanya riang ria… Riang ria sungguh acara sewaktu hari Sabtu lepas tu. Pembukaannya adalah merupakan persembahan kemahiran aksi penyediaan Teh Tarik yang menakjubkan oleh Hang Tarik serta Raja Tarik, Azlin. Cuba tengok paparan video di bawah yang sempat Kak Fa kongsikan di dalam laman Instagram Kak Fa tempoh hari.


Ha ha ha… Open-mouthed smile Tengok tu, kalau Kak Fa lah, memang Kak Fa tak mampu nak berpusing-pusing dan berjoget-joget macam tu semata-mata nak menghasilkan teh tarik. Mau tumpah semuanya ke lantai dan tak jadi minum kan? Smile with tongue out.

Kemeriahan disambung lagi dengan aksi rancak pemenang utama, En. Zaiful Syawwari Bin Zakaria yang anda nampak di dalam paparan video di bawah yang bersungguh-sungguh untuk menyambar wang kertas yang berterbangan di sekitarnya di dalam Wind Chamber yang futuristik.

Acara Riang Ria Menang Bersama Hang Tarik F & N (4)

Acara Riang Ria Menang Bersama Hang Tarik F & N (5)



Kak Fa pun berpeluang tau untuk masuk ke dalam Wind Chamber tersebut dan masuk bukan keluar dengan tangan kosong. Alhamdulillah, rezeki Kak Fa dan keluarga, selepas keluar jer dari Wind Chamber tu, Kak Fa telah memenangi baucar Giant untuk kegunaan kami sekeluarga berbelanja di Giant Hypermarket pada hari yang sama. Winking smile. Tak sia-sia oiii turun padang… Sekurang-kurangnya dapat juga buah tangan untuk kami sekeluarga.

Sebelum acara pada Sabtu lepas, enam peserta bertuah telah memenangi sebuah motosikal masing-masing. Di samping itu, 240 hadiah mingguan berupa selendang Fareeda Edisi Terhad turut dihadiahkan kepada para peserta sejak permulaan peraduan Hang Masuk Hang Menang F & N.

Oh ya.. Sebelum Kak Fa tutup cerita ni, En. Zaiful Syawwari telah berjaya menggumpulkan sebanyak RM 1,680.00 wang dari Wind Chamber dan ini menjadikan jumlah wang yang dimenangi oleh beliau secara keseluruhannya berjumlah RM 26,680.00. Tahniah diucapkan kepada En. Zaiful Syawwari.

Acara Riang Ria Menang Bersama Hang Tarik F & N (6)

Acara Riang Riang Bersama Hang Tarik F & N

Acara Riang Ria Menang Bersama Hang Tarik F & N (2)

Apa yang Kak Fa nampak sewaktu menghadiri acara Sabtu lepas adalah F&N telah berjaya di dalam penganjurannya di mana ianya telah berjaya memupuk semangat perpaduan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.

Acara Riang Ria Menang Bersama Hang Tarik F & N (3)

*Kalau nak Teh Tarik yang sedap… gunakan gabungan Susu Pekat Manis F & N serta Susu Sejat F & N. Sila layari www.fn.com.my

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !