Home » , , , , , , , , , , » Kenapa Pecinta Durian Mesti Ke DURIANBB PARK?

Kenapa Pecinta Durian Mesti Ke DURIANBB PARK?

DURIANBB PARK (6)

Hantu durian tetapi bukan hantu tempoyak! Salah seorang individu di dalam kategori itu adalah Kak Fa. Nerd smile. Pantang ada musim durian – Kak Fa lah yang paling sibuk terliur, teringin dan segala ter disebabkan durian. Kak Fa paling suka durian yang isinya berwarna kuning pekat atau keemasan. Kak Fa paling suka isi durian yang tebal, biji kecil dan isi durian yang digelar sebagai kucing tidur. Hantu durian digelar sebagai pecinta durian. Smile. Hantu durian juga boleh dikatakan agak pakar di dalam bab definisi kepuasan sebenar di dalam aktiviti menikmati buah durian. Hanya orang yang betul-betul cintakan, sukakan, gemarkan durian yang faham erti kepuasan menikmati durian yang Kak Fa maksudkan. Ngeee… Open-mouthed smile. Tapi kalau nak puas serba-serbi bila melibatkan bab durian – sukalah kiranya Kak Fa nak ajak semua rakyat jelata yang membaca entri Kak Fa pada kali ini ke DurianBB Park! Kenapa? Apa yang Kak Fa nak kongsi ni? Kenapa pecinta durian mesti ke DurianBB Park? Bacalah dulu… Pasti tak menyesal… Winking smile

Kak Fa kan… Tak pernah tau wujudnya DurianBB Park ni sebenarnya. Sehinggalah pada satu hari tu, Kak Fa ternampak feed di wall Facebook Kak Fa penuh dengan kawan-kawan blogger yang menghadiri majlis pembukaan DurianBB Park. Bila Kak Fa tengok… Macam best jerrr… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Ada jugalah tertanya-tanya kenapa macam Kak Fa tak dapat pun invitation. Ha ha ha… Open-mouthed smile Nampak tak unsur-unsur rasa sedih sebab tak dapat turut serta majlis yang berkaitan dengan durian? Nampak tak permainannya di situ? Betapa Kak Fa sukakan durian? Semak punya semak… Alahaiii… Sebenarnya ada jemputan untuk Kak Fa. Tetapi! Masuk SPAM! Ok bukan rezeki! Tak rasa dengki dengan rezeki orang lain pun! Tapi sebenarnya dalam diam, Kak Fa berazam nak juga jejakkan kaki ke DurianBB Park satu hari nanti. Bukan sebab kawan-kawan blogger lain dapat pergi Kak Fa terlepas. Bukannnn…. Tapi sebab Kak Fa nak rasa dan nak tau… Sedap sangat ke durian di DurianBB Park? Apa yang istimewa sangat DurianBB Park berbanding tempat-tempat lain? Sungguhkah bagai dikata kan? Winking smile

Secara ayat puitisnya… hari berganti hari… Akhirnya hari yang dinanti pun tiba… Ada rezeki Kak Fa nak jejakkan kaki di DurianBB Park Sabtu yang lepas ni tadi disebabkan oleh tak tau nak buat apa pada petang Sabtu tu. Ahaksss… Tak sedar diri tu tak sihat lagi dengan pakej lengkap demam, batuk dan selesema…Masih sibuk dengan durian! Carilah aktiviti lain kan? Tunggulah dah sihat baru ke DurianBB Park. Ini tidak. Cinta kepada durian itu mengatasi segalanya. Sewaktu enjin kenderaan dimatikan, bila Kak Fa berdiri jer di perkarangan DurianBB Park, Kak Fa jadi kagum! Belum pernah lagi Kak Fa pergi ke tempat menjual dan tempat makan durian yang macam ni! Suka dengan konsep dan juga tata rias sekeliling di DurianBB Park. Santai jer!

DURIANBB PARK (14)

Dengan angin sepoi-sepoi bahasa di petang Sabtu, dengan susun atur kerusi meja dan juga semua peralatan yang kemas. Memang rasa damai jer. Selesa! Bagi Kak Fa, ini bukan tempat menjual durian dan tempat makan durian yang biasa-biasa ni! Ini adalah something yang extraordinary! Kalau nak buat diskusi atau perbincangan perniagaan mahupun apa sahaja jenis perbincangan, sesuai sangat ni! Nak dating makan durian pun boleh! Open-mouthed smile Ha ha ha… Ok apa? Lain daripada kebiasaan. Tak adalah boring sangat kan? Asyik-asyik dating pergi makan dekat restoran, asyik-asyik dating tengok wayang. Sesekali ubah selera dan suasana begini ok juga! Tapi kalau tengah panas hati, jangan ok? Ha ha ha… Open-mouthed smile

DURIANBB PARK (1)

Yang menjadikan DurianBB Park extraordinary lagi adalah bilamana terdapat kabin yang dikhaskan untuk majlis peribadi yang dibuka untuk sewaan. Kalau nak cipta kelainan sambutan ulangtahun kelahiran, aktiviti makan-makan syarikat – memang boleh sangat-sangat dah ni. Kabin khas yang lengkap dengan segala fasiliti yang diperlukan. #ehhh macam best jer! Kalau nak anjurkan majlis hari jadi Firash di sini pun macam ok jer? Ekekeke….

Ok, Kak Fa cover dah part persekitaran di DurianBB Park yang Kak Fa lihat dengan mata kepala Kak Fa sendiri. Yang Kak Fa alami sendiri. Sekarang Kak Fa nak kongsi bahagian-bahagian menarik di DurianBB Park sepanjang Kak Fa berada di sana.

Durian Tasting Platter

DURIANBB PARK (13)

Ini dinamakan sebagai Durian Tasting Platter. Harga normal seunit Durian Tasting Platter ni adalah RM 49.00. Buat masa sekarang ni, sehingga 31 Mac 2018, promosi Durian Tasting Platter sedang dilangsungkan di DurianBB Park dengan harga RM 39.00 seunit. Apa yang istimewa sangat mengenai Durian Tasting Platter ni?

DURIANBB PARK (1)

Di dalam satu platter, dihidangkan 5 jenis durian iaitu Special Guest Durian Kampung, D101 Red Meat, D13 Golden Bun, D24 XO dan D197 Musang King yang dihasilkan dari pokok yang berusia 30 tahun. Ini bermaksud anda berpeluang untuk merasa kesemua jenis durian di dalam satu hidangan. Konsep yang sangat-sangat menarik bagi Kak Fa. Tidak terhad kepada satu rasa durian jer. Tapi boleh rasa durian dari pelbagai jenis. Bukan durian rasa sama jer ke? Surprised smile Taklah, setiap jenis durian mempunyai rasa yang berbeza. Tak sama ok? Ok, sila ingat apa yang Kak Fa ajar hari ni mengenai rasa durian. Ekekeke…. Winking smile

DURIANBB PARK (5)

Bila anda makan Durian Tasting Platter ni, bukan main hentam keromo makan macam tu jer. Ada cara makannya. Sebabnya kalau salah cara makan sememangnya tak ada point anda cuba merasa pelbagai jenis durian dari jenis yang berbeza. Cara untuk makan Durian Tasting Platter ni adalah bermula dari durian yang paling kurang rasa sehingga ke rasa yang paling pekat! Bermula dari kiri ke kanan. Bermula dari durian kampung, mengikut turutan sehinggalah ke akhirnya Musang King. Ikut gambar yang Kak Fa kongsikan di atas. Ingat tau! Bila ke DurianBB Park nanti, ikut apa yang Kak Fa ajar ni. Winking smile.

Pelbagai Jenis Durian

DURIANBB PARK (8)

Kalau tak puas makan Durian Tasting Platter, bolehlah beralih arah kepada durian yang dijual sebiji-sebiji untuk lebih puas. Pilih jer dari rak display yang ditempatkan di pondok durian tu. Nak jenis yang mana? Semua ada dilabelkan. Bila hantu durian makan durian, mana nak puas dengan Durian Tasting Platter ye tak? Kurang-kurang mestilah nak kopek sebiji dua lagi. Baru umphhh!

DURIANBB PARK (12)

Seperti yang Kak Fa katakan, pilih jer mana yang nak. Makanlah sepuas-puasnya.

DURIANBB PARK (11)

Yummeh! Dapat isi macam ni! Tebal-tebal, cantik-cantik tanpa ulat, biji kecil jer… Rasa cukup… Siapa yang tak gembira sampai rasa nak buat Panama Dance weiii! Memang kegemaran Kak Fa sangatlah ni!

DURIANBB PARK (2)

Tengok tu! Tengok tu! Betapa nikmatnya Kak Fa menikmati durian di DurianBB Park. Ini kalau suami lalu belakang pun boleh jadi tak perasan ni! Open-mouthed smile Ha ha ha…. Tak habis? Jangan risau… Selalunya kalau beli durian atau makan durian di tempat-tempat lain, bila bawa balik ke rumah habis berbau satu kereta ya tak? Ada orang memang tak gemar kalau bau durian melekat dalam kereta! Haaa… Inilah sesuatu yang semua orang perlu tau, di DurianBB Park, kalau anda bercadang nak membungkus durian untuk dibawa balik ke rumah, mereka menggunakan kaedah vakum.

DURIANBB PARK (3)

Memang mampat, padat sehinggakan bau durian memang tak ada langsung. Unik kan? Dengan cara ini, kereta pun tak berbau! Tak perlu sibuk ikut petua nak letak arang segala bagai bagi menghilangkan bau durian. Smile. Oh ya! Harga durian adalah mengikut kepada harga pasaran semasa ya.

Musang King Bar

DURIANBB PARK (10)
Tidak terhad kepada buah durian sahaja. Di DurianBB Park terdapat beberapa produk yang lain selain dari buah durian. Kalau rasa-rasa tak nak makan durian. Anda boleh mencuba untuk menikmati Musang King Bar yang berharga RM 10.00 setiap satu.

DURIANBB PARK (4)

DURIANBB PARK (9)

Mungkin ada yang menyangka yang Musang King Bar ni adalah lebih kurang sama dengan aiskrim biasa. Takkkk! Lain! Musang King Bar tidak mengandungi sebarang campuran bahan-bahan lain. Sememangnya isi durian Musang King yang dijadikan di dalam bentuk bar dan kemudiannya disejukkan. 100% durian! Sedap sangat! Sebenarnya satu tak cukup untuk Kak Fa, tetapi Kak Fa cuba kawal diri sebab nak makan benda-benda lain lagi kan? Smile with tongue out. Nanti tak terkawal mau badan panas semacam. Dahlah waktu tu demam, batuk dan selesema. Memang mengundanglah kan jawabnya?

Inovasi Produk-Produk Dari Buah Durian

DURIANBB PARK (7)

DURIANBB PARK (2)

Macam-macam rupanya produk yang boleh dihasilkan daripada durian ni. Maksud Kak Fa selain daripada Durian Crepe lah kan? Nak tau apa yang ada? Meh-meh sini meh… Kak Fa kongsi lengkap dengan harganya sekali.

Musang King Puree: RM 15.00
Boleh digunakan sebagai sapuan roti, inti kek dan kuih

RM 30.00 Setiap Satu – 4 Kotak : RM 100.00
- Freeze Dried Musang King
- Musang King Nougat (Ball Packaging)
- Musang King Eggrolls (Paper Box Packaging)
- Musang King Milk Tea / Musang King Coffee

RM 50.00 Setiap Satu – 2 Kotak : RM 100.00
- Musang King Chocolate
- Musang King Dodol / Musang King Nougat (Tin Packaging)
- Musang King Eggrolls (Tin Packaging)

Jadinya, kalau nak buat buah tangan ke? Atau nak hadiahkan kepada sesiapa ke? Memang boleh sangatlah. Something unique bagi Kak Fa.

Serius Kak Fa rasa, semua pecinta durian patut dan perlu ke DurianBB Park. Bagi Kak Fa, ianya adalah sesuatu yang sangat berbaloi-baloi jika dibandingkan dengan tempat-tempat menjual durian dan makan durian yang lain. Semua pun anda boleh rasa di situ. Ada kepelbagaian dengan konsep yang begitu unik.

Tak perlu tunggu musim durian baru nak dapat makan durian. Sentiasa ada! Di DurianBB Park bekalan durian sentiasa ada! Jika setahun ada 365 hari, 365 harilah durian akan ada di DurianBB Park. Bekalan durian di situ memang tak akan putus. Sebabnya? Sebab mereka mempunyai ladang mereka sendiri di Raub, Pahang. Harga yang mampu milik dan mampu makan untuk semua!

Lokasi DurianBB Park:
No.15, Jalan Kamuning, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
(Walking Distance jer di antara KLCC dan juga Pavillion)


Waktu Operasi:
Setiap Hari dari 12.00 Tengah Hari sehingga 10.00 Malam

FREE Transportation Service!
Terdapat Pick-Up Service Secara PERCUMA dari Lokasi Terpilih. Cuma perlu telefon +60126785445




Tel: +60321103475
Terimakasih telah membaca artikel Kenapa Pecinta Durian Mesti Ke DURIANBB PARK?. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. Durian buah-buahan kegemaran saya. Tapi kebelakangan ini tidak berani makan banyak, sbb nampak banyak kawan yg dapat penyakit lepas makan ngan banyak. Kena control sikit.

    eratuku

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.