Tanda Anak Mempunyai Gangguan Mata

Farah Waheda Wahid
1
TANDA ANAK MEMPUNYAI GANGGUAN MATA
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Bila dikenang-kenangkan cerita di sebalik kehidupan Kak Fa yang bergantung dengan cermin mata dan juga kanta lekap – Kak Fa rasa menyesal pun ada! Asalnya, Kak Fa tak ada masalah penglihatan pun sewaktu Kak Fa di Darjah 6 dahulu. Akan tetapi disebabkan teruja tengok ada di antara kawan-kawan yang bercermin mata pada waktu tu – Kak Fa pun teringin nak bercermin mata. Sebab perasaan teringin tulah yang membawa Kak Fa kepada keterbergantungan dengan cermin mata dan juga kanta lekap dari Darjah 6 sehinggalah dah berusia 35 tahun ni. Dari kuasa cermin mata hanya 50, semakin meningkat usia semakin meningkat-ningkat kuasa cermin mata Kak Fa sekarang. Sekarang ni dah 700 dah kuasa cermin mata Kak Fa. Dah jatuh kategori boleh menjalani prosedur lasik dah ni. Huuuu… Teringin juga, tapi tak ada kemampuan poket dan juga tak ada keberanian serta kekentalan jiwa untuk melalui prosedur lasik tu. Takut! Mula-mula seronoklah memakai cermin mata sewaktu kuasa cermin mata masih rendah, tapi lama-kelamaan bila dah semakin meningkat kuasa cermin mata tu, dah jatuh tak selesa dan lebih selesa memakai kanta lekap. Tulah orang pesan… jaga mata elok-elok, kalau boleh jangan sampai tahap bercermin mata. Mata Kak Fa dah kira gone case dah… Sekarang ni, bila dah ada anak, sebab dah lalui pengalaman bercermin mata dan juga berkanta lekap, Kak Fa rasa Kak Fa bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan mata dan ambil tahu tentang tanda anak mempunyai gangguan mata untuk anak Kak Fa.

Kesedaran melalui pengalaman orang kata… Nerd smile. Kalau boleh, secara peribadi, Kak Fa tak nak Firash bercermin mata, tetapi kalau dah terpaksa, Kak Fa tak boleh nak kata apalah kan? Harapnya tidaklah kan? In Shaa Allah, mudah-mudahan… Amin. Sama seperti Kak Fa, Kak Fa rasa ibu bapa lain di luar sana perlu ada ilmu dan perlu ambil tahu tentang tanda anak mempunyai gangguan mata. Bukan apa, anak-anak yang masih kecil tidak sedar bahawa terdapat gangguan pada mata mereka. Jarang-jarang ada anak kecil yang mengadu pada ibu bapa bahawasanya mereka mengalami gangguan mata. Atas alasan ni, Kak Fa rasa konkrit kot kalau ibu bapa seperti Kak Fa dan anda melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk mengidentifikasikan sekiranya anak mengalami gangguan mata?

Sambil-sambil mengulit anak, sambil-sambil memantau anak, sambil-sambil mendidik serta mengasuh anak, jomlah kita sama-sama memerhatikan tanda-tanda berikut:

Menggosok Mata

Menggosok mata apabila baru bangun dari tidur itu dikatakan normal atau biasa. Ianya bagi merangsang mata untuk bekerja setelah semalaman tertutup. Tapi, tolonglah beri perhatian yang lebih sedikit kalau anak dah mula menggosok mata mereka sepanjang hari. Mungkin ada gangguan pada mata anak.

Sakit Kepala

Mata adalah merupakan pancaindera yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan sistem saraf di otak. Disebabkan itu, sakit kepala juga boleh menjadi satu tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena di bahagian mata. Kalau anak-anak dah kerap mengadu mereka sakit kepala, lepas tu sering berlanjutan, cuba-cubalah bawa-bawa anak-anak tu melalui pemeriksaan mata dengan yang pakar.

Melihat Dengan Satu Mata Dan Mengecilkan Mata

Bagi orang yang ada masalah rabun seperti Kak Fa, kalau Kak Fa tak bercermin mata atau berkanta lekap, bila Kak Fa nak lihat sesuatu tu, Kak Fa akan kecilkan mata ataupun cuba lihat dengan satu mata supaya penglihatan Kak Fa jelas. Yang ini, Kak Fa jadikan satu aras tanda mengenai masalah melihat dengan jelas. Jadi pada Kak Fa bolehlah Kak Fa jadikan sebagai satu tanda untuk Kak Fa memeriksa atau memantau mata Firash. Caranya mudah sahaja, ketika anak-anak membaca buku atau menonton televisyen ataupun sedang melihat objek yang jauh, perhatikan sama ada anak-anak akan melihat dengan satu mata ataupun mengecilkan mata mereka.

Tidak Selesa Dengan Cahaya Terang

Cahaya terang boleh menimbulkan gangguan pada penglihatan sekiranya ada masalah pada mata. Kebiasaannya, cahaya terang akan mengakibatkan bintik-bintik ketika anak-anak melihat dengan cahaya terang seperti di bawah sinar matahari. Selalunya anak yang mempunyai masalah gangguan mata akan cuba mengelakkan diri dari berada di kawasan yang terlalu terang.

Posisi Kepala Yang Tidak Normal

Anak-anak yang sering mengiringkan kepala ketika sedang melihat adalah merupakan tanda masalah gangguan penglihatan. Posisi kepala yang mengiring ke kanan, mengiring ke kiri ataupun mendongak merupakan cara yang digunakan oleh mereka untuk melihat dengan lebih selesa.

Melihat Terlalu Dekat

Ibu bapa perlu sentiasa alert ketika anak-anak menonton televisyen, bermain gajet ataupun membaca buku. Ianya boleh menyumbang kepada kerosakan mata. Melihat terlalu dekat juga merupakan tanda anak-anak mempunyai masalah untuk melihat sesuatu objek dengan jelas. Makanya, mereka memilih untuk menonton televisyen, bermain gajet ataupun membaca buku dengan jarak dekat.

Gerakan Bebola Mata

Bukan senang nak perhati gerakan bebola mata anak terutama jenis yang tak reti duduk diam macam Iman Firash. Ha ha ha…. Open-mouthed smile Tai kena perhatikan juga dengan jelas gerakan bola mata anak tu. Jika anak-anak sering atau terlalu banyak menggerakkan mata, berkemungkinan besar mereka sedang cuba untuk mengurangkan rasa tidak selesa di dalam mata mereka.

Solusi? Kenalah jaga mata anak-anak dengan sebaiknya dengan memantau pemakanan serta memastikan anak cukup vitamin. Ya…ya… ya… Kak Fa tau, cakap senang tapi bukan semudah tu nak lakukan. Sedangkan kita sendiri kadang-kadang pun terbabas dalam pemakanan kita kan? Ahaksss… Tapi demi kebaikan, kena cubalah juga ya tak? Harap-harapnya… Entri ni dapatlah berikan at least some knowledge to parents out there berkenaan dengan gangguan mata atau gangguan penglihatan pada anak-anak. Kalau dah nampak tanda-tanda yang tersenarai di atas yang Kak Fa dah penat-penat taip dalam entri kali ni tu… Makanya, cepat-cepatlah ambil tindakan susulan yang sepatutnya dilakukan… Jangan tunggu-tunggu lagi…

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. uihh kene tgk jugak yash nanti
    kene jaga dr pemakanan.. xmo la ikot jejak langkah mami dia
    perasan dia sllu kedip2 mate byk2 kali je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !