Susah Nak Jelaskan Konsep Kematian Pada Anak Kecil? Baca 4 Tips Ini!

Farah Waheda Wahid
3
SUSAH NAK JELASKAN KONSEP KEMATIAN PADA ANAK KECIL_BACA 4 TIPS INI!
Kredit: Gambar sumber dari Google

Genap seminggu pemergian arwah Kak Rozi… Situasinya masih sama – rasa kehilangan! Bukan Kak Fa sahaja yang terkesan dengan sangat-sangat mendalam tetapi Firash pun turut sama agak teruk terkesan. Sepanjang seminggu yang berlalu ini, pertamanya Firash memang ragam tak tentu – sekejap ok sekejap tantrum tak tentu pasal, keduanya nama Mama Ji memang tak pernah lekang dari sebutan di bibir Firash – setiap kali dia sebut Mama Ji setiap kali tu jugalah Kak Fa minta Firash bacakan surah Al-Fatihah (since dia pun dah boleh baca Al-Fatihah kan? Biar dia sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Mama Ji dia – didik dari kecil) dan ketiganya setiap kali lalu sahaja di kawasan perumahan arwah Mama Ji dia, dia akan minta Kak Fa membelok masuk ke kawasan perumahan arwah Mama Ji – Allahu memang dugaan dan cabaran betul. Firash masih tidak faham tentang konsep kematian. Susah nak jelaskan konsep kematian pada anak kecil? Baca 4 tips ini! Apa yang Kak Fa cuba praktikkan pada Firash.

Jangan Cuba Mengelak Pertanyaan Anak

Perasaan serba tak kena pasti akan datang pada anak-anak kecil jika seseorang atau haiwan peliharaannya tiba-tiba hilang. Kebiasaannya, sepertimana yang dialami oleh Kak Fa pada masa sekarang ni, anak-anak kecil akan mula bertanya apakah yang terjadi, ke manakah perginya dan kenapa seseorang atau haiwan peliharaan itu pergi. Ketika pertanyaan seumpama ini datang kepada anda sebagai ibu bapa, jangan cuba mengelak pertanyaan anak. Jangan juga meminta atau menyuruh anak untuk berhenti bertanyakan tentang kematian kerana anak-anak kecil akan merasa semakin tidak senang. Apa yang perlu dilakukan adalah, cuba jawab pertanyaan tentang kematian dengan tenang dan jelas. Sejajarkan pandangan mata dengan anak-anak kecil dan berikan jawapan dengan jelas.

Berikan Penjelasan Dengan Padat Dan Singkat

Anak-anak kecil belum mempunyai pola pemikiran yang matang sehinggakan mereka tidak akan memahami apabila kita menjelaskan kepada mereka dengan panjang lebar. Sebab itulah, elakkan dari menggunakan istilah dan analogi yang kompleks atau rumit sewaktu menjelaskan istilah kematian kepada anak-anak kecil. Sebaliknya, adalah lebih efektif sekiranya ibu bapa menggunakan penjelasan yang padat dan singkat supaya anak-anak kecil tidak kebingungan ataupun salah faham mengenai kematian.

Terus-terang sahaja berikan penjelasan kepada anak-anak kecil akan penjelasan kenapa seseorang boleh meninggal dunia, seperti akibat jantung berhenti ataupun terdapat luka di dalam tubuh badan – (contohnya). Tak jadi apa pun kalau anak-anak kecil langsung tak memahami, jawab sahaja pertanyaan yang diajukan dengan padat dan juga singkat. Dengan cara macam tu, anak-anak kecil akan lebih cepat memahami dan boleh mendapatkan gambaran lebih jelas. Mula-mula mungkin tak faham tetapi lambat-laun, In Shaa Allah, anak-anak kecil akan mampu hadam dan memahami.

Fokus Pada Perasaan Anak Kecil

Sewaktu anak-anak kecil sedang bersedih kerana kehilangan anggota keluarg atau haiwan peliharaan mereka, cuba ajak anak kecil untuk fokus pada perasaan mereka. Tanyakan pada anak-anak kecil apa yang dia rasakan dan berikan penjelasan jika bersedih atau menangis adalah merupakan satu hal yang wajar. Pakar psikologi kanak-kanak, Claire Rerner mengatakan bahawa anak-anak kecil tidak akan bersedih secara berpanjangan. Mereka akan mengalami kesedihan secara berperingkat seiring dengan tidak hadirnya seseorang yang telah meninggal dunia atau haiwan yang telah mati tersebut.

Untuk peringkat usia awal dan permulaan, tidak perlu dulu untuk ibu bapa menjelaskan dengan terperinci bagaimana proses kematian boleh berlaku kerana sememang-memangnya anak-anak kecil masih belum boleh hadam. Lebih baik fokus pada perasaan anak kecil dan bantu anak kecil untuk mengatasi rasa sedih yang berkenaan. It’s a tough job that I could say… Tapi tetap perlu dilakukan. Phewww….

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati

Setiap yang hidup pasti akan mati. Beritahu pada anak-anak kecil yang kematian adalah sebahagian daripada kehidupan. Contohnya, ibu bapa boleh beritahu pada anak-anak kecil, cepat atau lambat manusia atau haiwan peliharaan pasti akan meninggal dunia atau mati. Bolehlah tokok tambah sedikit dengan menjelaskan kepada anak yang kematian membuatkan seseorang tidak dapat makan atau bermain lagi untuk selamanya. Dengan cara macam tu, anak-anak kecil sedikit sebanyak akan memahami intipati daripada konsep kematian secara sederhana.

Cepat ataupun lambat, anak-anak kecil pasti akan bertembung dengan peristiwa yang berkaitan dengan kematian. Secara peribadi, bila dah melalui sendiri pengalaman itu pada kali ini, Kak Fa belajar untuk memahamkan Firash dengan konsep kematian dan mungkin selama ini Kak Fa masih belum lagi berkesempatan berkongsi tentang apa itu kehilangan kepada Firash. Apa yang berlaku, semestinya kami sangat-sangat merasai kehilangan arwah Kak Rozi tetapi di dalam masa yang sama, Kak Fa dapat mula mendidik Firash mengenai kehilangan di dalam kehidupan.

Rujukan Semasa: https://www.orami.co.id/

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Memang agak sukar nak memahamkan anak kecil tentang kematian ni, tapi dengan adanya tips macam ni boleh lah dipraktikkan

    ReplyDelete
  2. Memang susah kak..kita je rasa nak menangis bila fikir, budak apatah lagi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !