Home » , , , , , , , , , » Rumah Anda Berbalkoni? Tolonglah Pastikan Keselamatan Anak–Tolong Baca Boleh?

Rumah Anda Berbalkoni? Tolonglah Pastikan Keselamatan Anak–Tolong Baca Boleh?

RUMAH ANDA BERBALKONI_TOLONGLAH PASTIKAN KESELAMATAN ANAK_TOLONG BACA BOLEH
Kredit: Gambar Sumber dari Google

Sempatlah Kak Fa merasa tinggal di rumah yang berbalkoni selama 9 bulan sebelum ini dan sempat jugalah Kak Fa merasa tinggal di rumah yang ada kolam renang seketika kan? Smile. Satu pengalaman, satu kisah dan juga ada satu perasaan yang mana Kak Fa kan sebenarnya kan… Huuuu… Always have this negative and bad imagination about balcony. Rumah anda berbalkoni? Tolonglah pastikan keselamatan anak – Tolong baca boleh? Pernah terjadi ya dalam Malaysia ni! Kalau tak percaya atau kalau tak ingat sila rujuk paparan berita oleh Utusan Malaysia Online di pautan Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Jatuh Balkoni dan paparan berita di Berita Harian Online di pautan Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Jatuh Balkoni. Secara jujur, Kak Fa memang always trauma and phobia bila mengenangkan kaitan balkoni dan anak kecil.

Selalu Pastikan Pintu Balkoni Dikunci

RUMAH ANDA BERBALKONI_TOLONGLAH PASTIKAN KESELAMATAN ANAK_TOLONG BACA BOLEH (2)
Kredit: Gambar dari Sumber dari Google

Sesetengah orang, apabila berada di rumah, suka sangat nganga sliding door balkoni macam paparan gambar yang di atas ni ha. Boleh jer… Tak ada sesiapa pun kata tak boleh. Hak masing-masing, rumah masing-masing. Syok juga dapat rasa angin menderu masuk ke dalam rumah kan? Kalau tutup senantiasa sahaja pun, rasa macam terpengap dan rasa macam entah tak cukup udara pula. Tu yang Kak Fa rasalah… Cumanya, bila rumah mempunyai anak kecil, kalau nak buka sliding door balcony tu boleh. Pemerhatian kena ekstra! Dan sila pastikan kita sentiasa memantau pergerakkan anak-anak kecil kita. Terutama yang dah pandai menyulur, merangkak, berjalan, bergerak sana sini, aktif semacam kan?

Hal yang paling penting, kalau tak ada keperluan, kalau kita sibuk dengan kerja-kerja rumah atau kerja-kerja lain dan rasa-rasa tak dapat nak ada 24/7 di kawasan berhampiran balkoni atau di balkoni… Rasanya elok sangatlah kalau sliding door di balkoni tu dikunci. Ada sesetengah anak-anak kecil ni disebabkan sel-sel otak sedang berhubung dan bijak tahap heavy metal, mereka akan cuba berusaha untuk membuka sliding door yang dikunci sendiri. Jadi kalau setakat kunci tanpa menggunakan kunci tu, tak berapa nak cukup kot pada Kak Fa. Pastikan kunci dengan menggunakan kunci dan letakkan kunci sliding door tu di tempat yang tidak boleh dicari atau dicapai oleh anak kecil di dalam usaha mereka nak jadi Mc Gyver. Ha ha ha… Open-mouthed smile

Jangan Letakkan Perabot Atau Tinggalkan Perabot Di Balkoni

RUMAH ANDA BERBALKONI_TOLONGLAH PASTIKAN KESELAMATAN ANAK_TOLONG BACA BOLEH (3)
Kredit: Gambar sumber dari Google

Yes! Cantik memang cantik! Itu Kak Fa akui. Kak Fa pun suka kot kalau ada balkoni yang cantik macam ni yang boleh jadi tempat berehat dan bersantai-santai sambil ambil angin sepoi-sepoi bahasa. Cumanya… Kalau ada anak kecil dan kita tak mampu nak kawal seratus peratus pergerakkan anak kecil yang macam belut tu…. Yang lebih pantas dari kita tu… Rasanya lupakanlah hasrat nak melawa dengan balkoni tu dulu. Huuuu… Budak-budak kalau dah nampak benda yang boleh dipanjat…Memang akan memanjat… Tak boleh nak kata apa lagi dah… Worst case scenario, kadang-kadang anak-anak kecil ni nak bereksperimentasi… Buang atau campak permainan ke bawah lepas tu cuba panjat perabot di balkoni yang diletakkan oleh ibu bapa sebab nak ambil permainan yang dibuang atau dicampak sebelum tu. Hishhh! Scary kan? Bila mengenangkan?

Pasangkan Pagar Tambahan Untuk Keselamatan

RUMAH ANDA BERBALKONI_TOLONGLAH PASTIKAN KESELAMATAN ANAK_TOLONG BACA BOLEH (5)

RUMAH ANDA BERBALKONI_TOLONGLAH PASTIKAN KESELAMATAN ANAK_TOLONG BACA BOLEH (6)
Kredit: Gambar dari Sumber dari Google

People might say that it looks ugly! Bila mana, balkoni yang dah cukup cantik terpaksa dipasangkan pagar tambahan ataupun aksesori tambahan sepertimana paparan gambar di atas. Tapi… What to do? Jika dah terpaksa demi keselamatan anak-anak kecil kita yang tersayang… Cantik ke? Tak cantik ke? Kehadiran pagar tambahan tu… Tetap kena pasang juga. Supaya anak tak boleh masukkan kepala di celah-celah pagar balkoni, supaya anak tak boleh nak memanjat sesuka suki hati. Selain pagar tambahan seperti gambar di atas, boleh juga kalau dipasangkan perspex glass. Nak tau bagaimana rupa perspex glass for balcony tu… Sila Google… Melambak-lambak gambar yang akan keluar nanti. He he he… Smile

Selalu Pantau Aktiviti Anak Kecil

Those early years are the days yang mana ibu bapa perlu betul-betul memantau pergerakkan dan juga keselamatan anak di dalam rumah. Macam-macam risiko yang boleh berlaku. Children are open for safety hazards di mana-mana sahaja. Even at our own crib. Malang tak berbau dan kalau nak terjadi tu, sekelip mata jer boleh terjadi. Jadi kalau rumah dah berbalkoni dan kena pula tinggal di level yang agak tinggi, memang nak kena senantiasa perhatikanlah anak tu.

Mungkin ada yang menganggap apa yang Kak Fa cuba pesan dan cerita ni adalah satu perkara yang remeh ke apa. Tapi perkara ni penting pada Kak Fa. When it comes to child safety, Kak Fa boleh dikatakan memang sangat concern dan sangat-sangat mempunyai pelbagai trauma dan juga imagination. Makanya… Kak Fa harap sangatlah pada those parents yang tinggal di rumah yang berbalkoni untuk selalu perhatikan anak-anak kecil di rumah terutamanya bila mereka berada di kawasan balkoni atau berdekatan dengan sekitar balkoni.
Terimakasih telah membaca artikel Rumah Anda Berbalkoni? Tolonglah Pastikan Keselamatan Anak–Tolong Baca Boleh?. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. takut bila baca bnyk kes budak-budak jatuh dari balkoni

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.