Parenting On The Next Stage–Expect The Unexpected…

Farah Waheda Wahid
2
PARENTING ON THE NEXT STAGE_EXPECT THE UNEXPECTED
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Hati pernah berkata-kata yang “It will happen and it will happen soon”… Smile. Memang kenyataan dan memang itulah pun fitrahnya bagi kebanyakkan kanak-kanak. Cuma bila masanya akan berlaku jer yang tak boleh nak dipastikan. Kalau tak cepat lambat, kalau tak lambat cepat. Cuma nak kongsi pengalaman sendiri, yang bila mana anak semakin meningkat usia, bermaksud kita akan melalui satu lagi anjakan paradigma sebagai ibu bapa. Parenting on the next stage – expect the unexpected. Winking smile. Bersiap-sedia jerlah dengan pelbagai lontaran soalan dari mulut berbibir comel anak-anak masing-masing. Bersiap-sedia jerlah dengan pelbagai lontaran soalan yang ada kalanya tidak tercapai akalmu itu. And… this is what actually happening to me at the moment with my 4 years 3 months old boy.


Kena faham yang sewaktu usia 2 tahun: pemahaman atau kefahaman bahasa anak-anak kecil sedang berkembang dan selalunya mereka akan bertanyakan soalan-soalan yang bercorak untuk mengidentifikasikan sesuatu seperti “Itu apa?”. Jawapan dari ibu bapa akan memperkayakan lagi kosa kata atau vocab mereka. Usia 3 tahun: seiring dengan perkembangan otak anak-anak, pertanyaan akan upgrade kepada satu tahap lagi dengan soalan “Mengapa?” dan “Kenapa?”. “Kenapa malam tu gelap?”. Dalam usia 3 tahun, jawapan dari ibu bapa seharusnya membantu anak-anak untuk memahami. Usia 4 tahun ke atas: Anak-anak mula menyedari ada dunia di luar pengalaman sensorik mereka sendiri. Contohnya: Zaman dahulu ada dinosaur, kenapa sekarang sudah tidak ada dinosaur lagi?. Makanya, soalan-soalan yang dilontarkan oleh mereka akan berkembang kepada pertanyaan-pertanyaan yang lebih kompleks yang mana selalunya ianya berkaitan dengan bagaimana mekanisme sesuatu itu terjadi atau bekerja. Lagi contoh? “Bagaimana kereta boleh berjalan?”. Haaaa… Jawab jangan tak jawab! Open-mouthed smile… Kadang-kadang boleh sampai migraine kan? Sebab nak cari dan berikan jawapan yang terbaik supaya anak-anak faham dan mendapat jawapan apa yang diperlukan.

Teknik Menjawab Lontaran Pertanyaan Anak Yang Bersambung-Sambung


Mendengar, Memahamkan Dan Menjawab Dengan Berhati-hati

Always bear in mind yang semua ibu bapa perlu mendengar, memahamkan dan menjawab setiap pertanyaan anak-anak kecil dengan penuh berhati-hati. Maksudnya, gunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan perkembangan semasa anak-anak.

Berikan Penjelasan Bukan Jawapan Singkat

Soalannya… “Kenapa daun-daun di pagi hari basah, sedangkan hari tidak hujan?”…. Haippp… Jangan malas layan soalan anak-anak kecil yang sedang belajar banyak perkara! Jangan sekadar jawab… “Sebab ada proses berlakunya embun”. Memang bersedia jerlah dengan lanjutan soalan selepas itu. Sebabnya, anak-anak tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Mereka rasakan jawapan tu seolah-olah tidak lengkap dan tidak menjawab apa yang mereka ingin tahu. Sikap ingin tahu akan drive mereka untuk bertanya lebih lanjut. Sampai bila? Sampai mereka rasa puas hati dan mereka rasa mereka faham dengan apa yang kita jelaskan. Well, it could be tricky though…. Ha ha ha… Open-mouthed smile Macam dalam kes Kak Fa… Kenapa bawang berwarna ungu? Tu diaaa…. Mati kutu sekejap nak cari jawapan yang bersesuaian. Ha ha ha… Open-mouthed smile

Jangan Suka-Suka Main Hentam Berikan Jawapan

Ada dua sebab, bila kadang-kadang ibu bapa main hentam berikan jawapan kepada soalan-soalan anak. Pertamanya mungkin malas nak melayan ataupun keduanya mungkin otak tak boleh nak hadam dan nak proses jawapan kepada soalan beraras tinggi anak-anak tu. Macam Kak Fa kata, expect the unexpected. Dalam usia giat berekplorasi, anak-anak boleh keluar dengan soalan yang kita tak pernah jangka kita kena jawab pun. Kadang-kadang tu memang langsung-langsung tak pernah mendengar pertanyaan pelik seperti itu. Tak dengar dari orang lain tetapi dengar dari anak sendiri soalan pelik beraras tinggi sebegitu. Ha ha ha… Smile with tongue out. Jawapan yang nak diberikan tu haruslah tepat dan tidak boleh asal jawab jer kerana itulah asas atau dasar anak dalam memahami sesuatu perkara itu.

Kalau tak ada jawapan ataupun masih ragu-ragu nak menjawab sebab tak pasti dengan jawapan sendiri, terus-terang jer mengaku dengan anak yang kita tak tau jawapan kepada soalan mereka tu dan untuk menjadikannya lebih menarik, ajak jer anak cari jawapan sendiri. Macam kes Kak Fa terkena dengan Firash semalam… Ha ha ha… Ego! Tak nak mengaku yang Kak Fa tak tau jawapan soalan pelik dia tu… Kenapa bawang berwarna ungu? Sekali… Hamik! Who me? Mendapat dengan anak sendiri… Good try Mommy. Try harder next time. Dia tau ok? Dia tau yang sebenarnya Mommy dia tak boleh nak jawab soalan dia tu… Game! Elehhh… Macamlah dia tau jawapannya kan? Dia pun tanya Mommy! Ha ha ha… Open-mouthed smile

Berbalas Soalan Bersama Anak

Sebenarnya kan…. Ini boleh jadi langkah selamat juga untuk lepaskan diri… Ha ha ha… Open-mouthed smile Bila tak tau jawapan, cuba duga anak dengan bertanya kembali kepada mereka soalan yang sama. Apa agak-agaknya jawapan mereka? Smile with tongue out Ataupun cuba tanya soalan lain yang berkaitan. Kata two way communication anak beranak. Ha ha ha…Barulah komunikasi dua hala yang efektif. Ini juga boleh jadi satu medium untuk menduga kefahaman seseorang anak. Contohnya… Dalam kes Kak Fa lagi… Firash tanya bawang tu warna apa? Kak Fa sengaja jawab tak tau sebab Kak Fa nak dia berikan jawapan kepada soalan yang dia dah tahu jawapannya. Boleh tahan juga si kecil molek ni duga menduga dengan Mommy dia. Huuuu….

Kak Fa rasa bangga pada Firash sebab kotak pemikirannya kritis dan itu tandanya dia sedang belajar. Sebagai ibu bapa, Kak Fa perlu persiapkan diri Kak Fa untuk menghadapi fasa-fasa indah yang tidak akan berulang ini dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan. Ngeee…. Winking smile

*Bagus juga melalui fasa ni… kurang-kurang boleh jadi self-reminder kepada diri sendiri yang tak semua jawapan kepada semua persoalan itu ada jawapannya yang boleh kita jawab. Dalam masa yang sama, cukup menyedarkan diri sendiri yang masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan hidup ni memang senantiasa kena belajar kerana ilmu yang kita ada tu ibarat setitis air di lautan. Masih perlu belajar lagi… At the same time? Ini penting… sangat penting… dalam situasi anak bertanya, anak itu menyedarkan kita yang jangan mendabik dada dengan ilmu di dada dan jangan rasakan kita ni adalah manusia yang pandai serba-serbi sebab masih ada soalan-soalan di luar kotak pemikiran dan jangkaan kita yang tidak mampu untuk kita berikan jawapan. Ya tak? Anak-anak belajar dari kita, kita juga belajar dari anak-anak… Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !