Panduan Penjagaan Sakit Mata Untuk Anak Kecil

PANDUAN PENJAGAAN SAKIT MATA UNTUK ANAK KECIL
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Bersambung-sambung kisah kesihatan Iman Firash di tahun 2018 ni. Smile. Tak habis lagi yang benarnya cerita mengenai kesihatan Firash. Baru jer reda dari Nasal Vestibulitis, malam semalam timbul pula cerita sakit mata. Ini adalah pertama kali Firash diserang konjunktivitis ataupun dalam bahasa mudahnya sakit mata. Belum sampai tahap mata merah macam biji saga lagi, tetapi di peringkat permulaan di mana mata putih kelihatan merah dan kelopak mata sudah mula kelihatan membengkak sedikit. Kak Fa bukan doktor pakar kanak-kanak ataupun cuba-cuba nak menjadi doktor pakar kanak-kanak, tak ada kelayakan pun…. Ha ha ha… Open-mouthed smile Tapi dah tau sangat dah itu sakit mata sebab semua ciri-ciri gejala sakit mata tu dah ada pada Firash. Bila dah macam tu… Kenalah cepat-cepat bertindak sebelum menjadi lebih teruk. Seksa oiii sakit mata… Sedangkan Kak Fa yang terkena infeksi kanta lekap hari tu pun dah sengsara menahan, inikan pula betul-betul sakit mata pada anak kecil kan? Tentu-tentu dia rasa tak selesa… Menjaga anak demam dengan menjaga anak sakit mata adalah pendekatan yang agak berbeza… Gigih Kak Fa cuba susun ayat untuk kongsikan panduan penjagaan sakit mata untuk anak kecil di Bubblynotes.Com. Iyalah…manalah tahu… sekurang-kurangnya dapat juga membantu mana-mana ibu bapa sekiranya sakit mata melanda anak-anak kecil masing-masing kan?

#1: Dapatkan Rawatan Dari Pakar Perubatan

Perkara pertama yang Kak Fa nak pesan adalah… bila ada simptom-simptom atau tanda-tanda gejala sakit mata pada anak-anak kecil, cepat-cepat dengan tangkas bawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan dari pakar perubatan yang bertauliah. Di klinik ataupun hospital, doktor akan membekalkan ubat-ubatan seperti ubat alergi/alahan serta ubat titis dan juga ubat sapu. Memang perlukan support ubat-ubatan ni kalau nak anak cepat sembuh. Ada cara alami, tapi Kak Fa belum sempat Google lagi dan belum sempat menelaah lagi cara alami perubatan bagi sakit mata di kalangan anak-anak. In Shaa Allah… Bila Kak Fa sempat nanti, Kak Fa akan kongsikan di Bubblynotes.Com. Buat masa sekarang kita fokus kepada panduan penjagaan sakit mata untuk anak kecil ni dulu. He he he… Open-mouthed smile

Untuk Kak Fa… Nak beri Firash makan ubat tu tak susah, tetapi yang seksanya adalah bila Kak Fa nak titiskan ubat mata tu. Huuuu… Firash takut! Punyalah seksa nak kepit kaki tangan dia dengan kaki dan dalam masa yang sama nak titiskan ubat mata tu. Kak Fa tak terkejut pun dia takut bila nak dititiskan ubat mata sebab sewaktu Kak Fa kecil-kecil dulu ketika Kak Fa sakit mata, Kak Fa punya perasaan yang sama seperti Firash. Cumanya, nak tak nak… memang kena titiskan juga ubat tu. Suka tau tak, menangis atau tak, seksa tak seksa tetap kena titiskan ubat. Nak baik kan? Ok…Nak pesan juga… Sila ikut preskripsi yang diarahkan oleh doktor dengan sebetulnya.

#2: Jangan Biarkan Anak Menggaru, Menggosok Atau Menyentuh Mata Merah Mereka

Some people will tend to say… Ingat tak ada kerja lain ke? Asyik nak menghadap anak 24/7 just to ensure yang mereka tak menggaru, menggosok atau menyentuh mata mereka mereka? Well…That’s parenting… Sometimes you have to just to let go some of other things just to focus on your child. Kena sacrifice. Kalau tak boleh sangat… Memang kena dapatkan someone untuk pantau anak-anak dan dekat dengan anak-anak ketika anak sedang menghadapi sakit mata. Tolong, jangan biarkan anak-anak kecil menggaru, menggosok atau menyentuh mata mereka kerana ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Nak-nak lagi kalau digaru, digosok atau disentuh oleh tangan mereka yang belum tentu bersih.

#3: Asingkan Peralatan Yang Digunakan Oleh Anak Kecil

Ini nak elakkan daripada berjangkit kepada ahli keluarga lain di dalam rumah, terutamanya kepada adik-beradik anak kecil anda sekiranya anda mempunyai anak lebih dari seorang. Bila berlaku keadaan sebegini semua peralatan yang digunakan oleh anak kecil perlu diasingkan dari ahli keluarga yang lain seperti ubat titis mata, bantal, tuala dan sebagainya.

#4: Jangan Berenang

Sama juga… nak elakkan daripada berjangkit kepada orang lain. Jangan bawa anak-anak kecil ke kolam-kolam umum sehingga anak-anak kecil betul-betul sembuh dari sakit mata mereka. Bukan setakat nak elakkan daripada berjangkit kepada orang lain tetapi juga untuk elakkan keadaan anak-anak kecil bertambah parah akibat terkena air kolam yang sudah terkontaminasi.

#5: Jangan Hantar Ke Sekolah

Fikirkan tentang orang lain juga, fikirkan tentang anak-anak orang lain juga. Bila dah ada tanda-tanda anak terkena sakit mata, tak payahlah berdegil masih nak hantar anak ke sekolah. Sakit mata berjangkit… Nanti tak pasal-pasal anak-anak orang lain terkena sakit mata dari anak kita. Tak naklah jadi penyebab kannn? Disebabkan itu, Kak Fa maklumkan pada pihak sekolah, Firash akan bercuti bermula sedari hari ini sehinggalah dia benar-benar sembuh iaitu sekurang-kurangnya selepas perayaan Tahun Baru Cina.

#6: Sentiasa Bersihkan Mata Anak Dengan Tuala Basah Yang Lembut

Bila sakit mata, memang banyak discharge dari mata seperti air mata yang meleleh ataupun taik mata yang banyak. Untuk bantu anak rasa selesa, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah sentiasa bersihkan mata anak dengan tuala basah yang lembut dengan cara yang lembut. Ini nasihat dari doktor sendiri pada Kak Fa. Jadi anda juga boleh melakukan perkara yang sama. Sekurang-kurangnya, kita membantu mereka untuk rasa lebih selesa walaupun sebenarnya sakit mata tu memanglah tak selesa kan?

#7: Pantang Makan

Telur, ayam, udang – segala jenis makanan yang diklasifikasikan sebagai gatal WAJIB dielakkan. Kalau tak, takut-takut keadaan semakin buruk.

#8: Kurangkan Aktiviti Luar Dan Elakkan Terdedah Kepada Pancaran Sinaran Matahari

Nak buat macam mana? Kenalah kuarantin sekejap kan? Nak cepat baikkan? Memang kena kurangkan aktiviti luar rumah dan memang kena elakkan anak-anak dari terdedah kepada pancaran sinaran matahari. Perit wehhh kalau kena pancaran sinaran matahari. Siapa yang dah kena sakit mata tu, memang taulah macam mana rasa perit terkena sinaran matahari tu. Huuu… Samalah juga, anak-anak kecil lagilah tak tahan kalau kena.

Konjunktivitis atau sakit mata memang tak ganggu penglihatan sangat tetapi sebagai ibu atau bapa yang tahu bagaimana rasanya sakit mata, kalau boleh tak nak anak sakit mata. Heeee…. Sendiri pun rasa tak sanggup kalau sakit mata. Orang kata, titiskan susu ibu yang paling berkesan… Dalam kes Firash… Ha ha ha… Open-mouthed smile Terkecuali… Susu ibunya memang nan hado sepanjang masa dari dulu sampai sekarang. Makanya terpaksalah bergantung kepada ubat-ubatan dari klinik atau hospital. Apa pun… Semoga Iman Firash cepat sembuh… Mommy doakan… Winking smile
Terimakasih telah membaca artikel Panduan Penjagaan Sakit Mata Untuk Anak Kecil. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.