NASAL VESTIBULITIS–VESTIBULITIS HIDUNG Di Kalangan Kanak-Kanak

Farah Waheda Wahid
0
NASAL VESTIBULITIS–VESTIBULITIS HIDUNG Di Kalangan Kanak-Kanak (5)

Jika anda terperasan – di sekitar kawasan hidung Firash tu ada terdapat seakan-akan kesan radang yang berwarna kemerah-merahan. Itu kira dah ok sikit dah tu. Sebelum tu, kondisi Firash agak teruk sedikit berbanding dengan paparan gambar yang anda lihat. Sewaktu mula-mula, Kak Fa cuma sangkakan itu adalah kesan luka disebabkan Firash suka tonyoh hidung dia bila dia selesema. Memang sebelum tu dia ada selesema sedikit. Akan tetapi, bila selesema telah hilang dan lubang hidung sebelah kiri seolah-olah kelihatan luka dan ada kesan radang di sekitar kawasan hidung, Kak Fa dah mula rasa tak tenang. Kak Fa teringatkan Impetigo… Adakah mungkin itu Impetigo? Atau saja Hand Feet and Mouth Disease? (HFMD)… Tapi Kak Fa cuba sedapkan hati Kak Fa sendiri. Sehinggalah bila Kak Fa dah tak boleh tahan hati, Kak Fa ambil sedikit dari waktu pejabat dan bawa Firash ke klinik. Selagi tak selesai dan dapat tahu apakah puncanya selagi tu Kak Fa takkan tenang! Biasalah ibu-ibu kan? Siapa yang akan rasa senang hati atau boleh duduk diam bila anak tak sihat atau sesuatu yang tak kena dengan anak kan? Perkongsian Kak Fa kali ni, bukan mengenai Impetigo ataupun bukan mengenai HFMD – sebaliknya adalah berkenaan dengan NASAL VESTIBULITIS – VESTIBULITIS HIDUNG di kalangan kanak-kanak.

NASAL VESTIBULITIS–VESTIBULITIS HIDUNG Di Kalangan Kanak-Kanak
Kredit: Gambar dari Google

Nampak kan? Paparan gambar di atas yang Kak Fa pinjam dari Google? Haaa… Macam nilah keadaannya Iman Firash yang buatkan Kak Fa tak senang duduk tu. Pertama kali Kak Fa berhadapan dengan isu kesihatan anak sebegini di dalam perjalanan kehidupan Kak Fa sebagai seorang ibu. Jadi bengong sekejaplah memikirkan keadaan Firash. Puas dok sabarkan hati pada hari kedua ketika keadaan Firash sebegini. Akhirnya, bila dah tak boleh tahan hati, Kak Fa bawakan Firash ke klinik yang pertama. Klinik pertama? Yes…Klinik pertama sebab akan ada klinik yang kedua. Klinik pertama terletak di kawasan perumahan Kak Fa. Sewaktu sesi konsultansi bersama doktor tu, doktor beritahu Kak Fa, kalau nak kata Impetigo, ianya agak tricky di situ. So… Kak Fa memang tak dapat jawapan! Jujurlah nak beritahu, Kak Fa tak puas hati. Sebab Kak Fa kalau bawa anak jumpa doktor, Kak Fa punya soalan memang sampai ke akar umbi. Sebab? Sebab Kak Fa nak tahu, Kak Fa nak faham… Kak Fa nak belajar mengenai penyakit-penyakit yang boleh jer menyerang anak-anak kecil. Lebih-lebih lagi bila Kak Fa belum pernah ada pengalaman sebagai seorang ibu sebelum ini.

Kak Fa tak dapat jawapan, tetapi doktor bekalkan Firash dengan ubat demam (ada demam sedikit), antibiotik dan juga krim sapuan untuk iritasi kulit. Sebagai manusia, kita sememangnya berikhtiar, walaupun sebenarnya di dalam hati Kak Fa masih rasa tak tenang. Hati rasa tak sedap jer. Bila masuk hari yang ketiga, Kak Fa masih tak nampak sebarang perubahan pada Firash dan kemudiannya muncul pula bintik-bintik kecil berwarna merah seperti gambar di bawah ni:

NASAL VESTIBULITIS–VESTIBULITIS HIDUNG Di Kalangan Kanak-Kanak (2)
Kredit: Gambar sumber dari Google

NASAL VESTIBULITIS–VESTIBULITIS HIDUNG Di Kalangan Kanak-Kanak (3)
Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Radangnya akan naik seperti bintik-bintik ruam berwarna merah di sekitar kawasan wajah kemudian perlahan-lahan akan menjadi seperti kesan radang seperti gambar yang Kak Fa pinjam dari Google ni ha. Kak Fa tak sempat nak rakamkan gambar secara terperinci sewaktu kondisi Firash serius di mata Kak Fa hari tu. Yang Kak Fa fikir cuma nak Firash pulih dengan segera. Jadi tu sebabnya Kak Fa pinjam gambar Google tentang VESTIBULITIS yang paling hampir dengan situasi sebenar Iman Firash supaya yang membaca entri Kak Fa pada kali ini jelas bagaimanakah keadaan sebenarnya. Bila anak sakit, bukan kamera yang akan seorang ibu ingat, tetapi otak asyik menghantar impuls supaya anak itu cepat sembuh. Itu biasa! Walaupun hakikatnya ibu itu seorang blogger… ha ha ha… Open-mouthed smile

Bila dah masuk hari ketiga, masih belum ada sebarang perubahan, malahan dah ada sana sini sinun bintik-bintik merah yang akhirnya dengan sendiri akan meninggalkan kesan seperti luka itu, Kak Fa dah tak boleh duduk diam dah. Kak Fa terus maklumkan pada Babah Firash. Kemudian, kami sama-sama pergi ke sebuah klinik lagi di Bangi. Di situlah, doktor telah memeriksa secara terperinci setiap inci tubuh Firash dan sahkan yang sebenarnya keadaan Firash tu adalah dipanggil sebagai VESTIBULITIS or NASAL VESTIBULITIS atau di dalam Bahasa Melayu-nya… VESTIBULITIS HIDUNG. Dapat jawapan, dapat penerangan secara terperinci yang Kak Fa nak, baru Kak Fa rasa puas hati. Haruslah! Itu yang Kak Fa nak sebagai seorang ibu. Nak tahu punca dan bagaimana cara untuk merawat Firash sampai sembuh.

Oh… Nama klinik di Bangi tu, namanya Klinik Sofia. Doktor bekalkan kami dengan Krim Antibiotik, Antibiotik dan juga ubat demam. Dengan izin Allah… Bila Firash mula diberikan Antibiotik yang dibekalkan dan Kak Fa mula sapukan Krim Antibiotik tu, semua red rashes di atas muka Firash mula menjadi kusam dan ada yang sudah hilang. Setakat sehingga ke hari ini, masih ada sisa baki lagi dan Firash masih on medication. Kak Fa doa dan harapkan Firash cepat-cepat sembuh.

Sedikit penerangan tentang NASAL VESTIBULITIS supaya ibu bapa di luar sana faham jika ini berlaku kepada anak-anak kecil anda:

NASAL VESTIBULITIS – Minor infections at the opening of the nose, called nasal vestibulitis, may result in pimples at the base of nasal hairs (folliculitis) and sometimes crusts around the nostrils. The cause of this usually the bacteria Staphylococcus. The infection may result from nose picking  (ni Kak Fa rasa sebabnya – sebab Firash rajin juga korek hidung… hu hu hu) or excessive nose blowing and causes annoying crusts and bleeding when the crusts slough off. 
Bacitracin ointment or mupirocin ointment usually cures nasal vestibulitis. The ointment may need to be used for many weeks. 

Sumber Rujukan: SINI 

Demam atau dedar tu akan ada. Sepertimana yang dialami oleh Firash. Cuma Kak Fa kongsikan pengalaman Kak Fa dan Kak Fa nak pesan, pada ibu bapa di luar sana kalau-kalau ini berlaku pada anak-anak kecil anda, cepat-cepatlah bawa ke klinik untuk dapatkan rawatan. Kak Fa memang tak boleh tunggu lagi. Memang bab-bab Firash tak sihat, Kak Fa sangat fobia dan trauma. Memang Kak Fa tak boleh tunggu. Jadi anda pun patut lakukan perkara yang sama. Jangan tunggu! Sebab kita bukan pakar yang ada latar belakang perubatan yang tahu semuanya. Biar pakar yang melakukan dan biar pakar yang bantu kita untuk merawat anak kita sehingga sembuh.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !