Anak Kecil Bergaya Dewasa–Positif Atau Negatif?

Farah Waheda Wahid
0
ANAK KECIL BERGAYA DEWASA - POSITIF ATAU NEGATIF
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Bukan setakat nampak di sosial media jer…anak-anak kecil ditatarias persis gaya orang dewasa. Kak Fa tak nafikan yang Kak Fa pun sama jer dua kali lima. Ada masa terlajak menggayakan Firash dengan pakaian bergaya ala orang dewasa. Trend kan? Trend? Winking smile Selari dengan perkembangan fesyen semasa, pakaian kanak-kanak dah banyak yang berubah berbanding dengan zaman-zaman sewaktu Kak Fa membesar dulu. Kalau dulu, habis-habis tinggilah kan? Dress kanak-kanak yang biasa, jumpsuit kanak-kanak yang biasa. Tak seperti sekarang. Sekarang ni… Walauweiii… Perghhh dia punya gaya dah sama level dengan kita-kita yang dewasa ni ha… Dulu zaman-zaman Kak Fa… Tak merasalah semua tu kan? Harga pakaian kanak-kanak sekarang pun dah lebih kurang sama dengan orang dewasa… Yang lebih tinggi dari harga pakaian orang dewasa pun hado. Tak salahkan ibu bapa pun… Sebab Kak Fa pun sama… Ha ha ha… Open-mouthed smile Tapi anak kecil bergaya dewasa – positif atau negatif?

Nak dijadikan cerita, pada tahun 2013, Perancis dengan rasminya melarang program ataupun peraduan kecantikan kanak-kanak dengan beberapa alasan yang tertentu. Pertama,  kanak-kanak yang berpakaian seperti orang dewasa atau dipakaikan seperti orang dewasa oleh ibu bapa mereka terdedah kepada risiko objek seksual. Mereka memakai pakaian ketat, kasut tumit tinggi, solekan tebal dan bergambar seperti model dewasa. Tak ada keperluan dan berisiko menjadi mangsa pedofil.

Kedua, peraduan kecantikan yang dimaksudkan akan mengganggu perkembangan tubuh dan juga otak kanak-kanak. Sebuah kajian yang dilakukan oleh American Psychological Association mengatakan bahawa kanak-kanak yang didandan seperti orang dewasa dan menyertai peraduan kecantikan berisiko tinggi mendapat gangguan makan, memiliki rasa percaya diri yang rendah (low self-esteem), bahkan depresi.

Ketiga, gaya glamour dan mewah dengan barangan branded akan membuatkan kanak-kanak kecil mempunyai pola pemikiran yang salah. Mereka akan terfikir yang like, follower dan fame adalah segalanya dan hanya limpahan barangan mewah dan gaya hidup glamour yang akan menggembirakan mereka. Akhirnya, kanak-kanak secara tidak langsung akan terdidik untuk menjadi seorang yang materialistik.

Habis tu? Takkan langsung-langsung tak boleh? Surprised smile… Nama pun zaman berubah, trend pun berubah gittew kan? Sebenarnya, tak ada sesiapa melarang pun jika kita sebagai ibu bapa ingin mendandan anak-anak kecil kita seperti orang dewasa. Kak Fa pun sama jer… Sikit lebih kurang kadang-kadang tu ter-groom Firash seperti orang dewasa. Cumanya, Kak Fa cuba meminimakan dan menyesuaikan dengan peringkat usia Firash. Bolehlah! Siapa kata tak boleh! Ini pendapat Kak Fa lah… Cumanya jangan over sangat boleh? Tak salahpun nak pakaian hatta pakaian apa sekalipun… Tapi biar beringat dan ala kadar macam tu. Jangan sampai anak kecil menjadi tidak bebas berekspresi dan melakukan aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur mereka dek kerana semata-mata tuntutan gaya.

Jangan sampai juga, dek kerana terlalu fokus dengan penampilan fizikal, perkembangan intelektual, emosional dan spiritual anak-anak kecil jadi terganggu sehinggakan anak-anak kecil berisiko menjadi egois dan materialistik. Boleh… Tak ada siapa yang kata tak boleh… Tapi biar bersederhana, sesuai dengan peringkat usia dan selalu ingatkan diri kita sebagai ibu bapa untuk tidak meragut moments dan zaman kecil anak-anak dengan memaksa mereka kehendak yang kita inginkan.

*Kak Fa tak kata salah langsung-langsung tau… Cuma pada pandangan Kak Fa… Lebih elok beringat dan bersederhana… Sebab Kak Fa pun suka dengan gaya-gaya pakaian kanak-kanak yang mengikut arus perkembangan fesyen semasa sekarang. Kak Fa pun buat juga! Kak Fa pun pakaikan Firash dengan pakaian yang ada sikit-sikit mirrored from adult fashion. Yang penting, gaya sesuai dengan peringkat umur dan gaya itu selesa untuk pergerakkan serta keselesaan pemakaian si anak kecil. Winking smile

Inspirasi Rujukan: https://www.orami.co.id

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !