Al-Fatihah… Perginya Seorang KAKAK…

Farah Waheda Wahid
3
AL-FATIHAH... PERGINYA SEORANG KAKAK
Kredit: Sumber dari Google

Terkesan teruk! Terkesan dengan sangat mendalam! Kelenjar air mata ni asyik bocor jer sedari petang 15 Februari 2018 sampailah ke hari ini. Kak Fa tak boleh mula termenung dan Kak Fa tak boleh layan sangat diri Kak Fa ni ha. Sungguhpun tak ada setitis pun pertalian darah ataupun sebarang hubungan genetik dengan Allahyarham Kak Rozi – namun hubungan kami adalah lebih dari biasa, hubungan kami sudah ibarat kakak dan adik seibu sebapa. Dialah yang sering meminjamkan telinga, dialah yang sering meminjamkan bahu, dialah yang sering menasihati, dialah yang sering cuba membantu, dialah yang sering memberikan kata-kata motivasi serta nasihat, dialah segala-galanya ketika Kak Fa di dalam setiap keadaan. Tak kira suka, tak kira gembira, tak kira duka, tak kira sedih dan tak kira apa jua jenis kesenangan mahupun kesusahan. Al-Fatihah… Perginya seorang kakak…

Ramai yang hairan kenapa Kak Fa begitu terkesan… Ramai juga yang tak hairan kenapa Kak Fa terkesan teruk… Bagi sekeliling Kak Fa, yang tahu Kak Fa… tahu apakah sebabnya Kak Fa terkesan dengan begitu teruk dan mendalam sekali. Bagi sekeliling Kak Fa… mereka akui… Itu kakak Kak Fa… Jujur… sampai ke hari ini Kak Fa macam berada di pertengahan antara boleh nak hadam dan tak boleh nak hadam. Tapi bukanlah bermaksud Kak Fa menidakkan ketentuan Allah SWT. Kak Fa tahu mati itu pasti… Kak Fa tahu setiap yang hidup pasti akan mati… Kak Fa sedar hakikat tu… Cuma Kak Fa rasa masa terlalu pantas dan Kak Fa agak sedikit terkilan di hati sebab Kak Fa tak dapat melihat dia buat kali terakhir. Tapi Kak Fa pujuk hati… Walaupun tak dapat melihat dia buat kali terakhir, sekurang-kurangnya Kak Fa ada mengiringi perjalanannya yang terakhir tempoh hari.

Tak Pernah Jemu

Allahyarham Kak Rozi seorang yang tak pernah jemu! Tak pernah jemu beri kata nasihat yang positif, tak pernah jemu beri semangat, tak pernah jemu ucapkan kata-kata “Kakak sayangkan Adik”, tak pernah jemu meminjamkan telinga serta pelukan kasih sayang. Seorang yang sangat sabar di dalam mendengar setiap luahan hati Kak Fa. Seorang yang tak pernah jemu untuk membantu Kak Fa di waktu-waktu Kak Fa rasa Kak Fa dah tak ada apa-apa lagi dan rasa hopeless lagi. Seorang yang tak pernah jemu menjadi pembakar semangat. Bila Kak Fa senyap – hilang… Dia tak pernah berfikiran negatif yang Kak Fa lupakan dia… Sekalipun Kak Fa tak pernah lupakan dia… Dia akan berfikiran positif dan ada masa dia akan risau sangat-sangat sekiranya berlaku apa-apa pada Kak Fa.

Orang Yang Pertama

Sewaktu Kak Fa melahirkan Firash pada pagi 26.11.2013, dia orang pertama yang telefon setelah Kak Fa keluar dari bilik pembedahan. Dialah yang bergegas, terkejar-kejar dari pejabat SYABAS Petaling tu selepas habis waktu pejabat dan datang melawat Firash dan Kak Fa. Dia juga yang selalu telefon bertanyakan khabar Kak Fa sewaktu Kak Fa di dalam pantang. Sewaktu Firash dimasukkan ke hospital disebabkan oleh febrile fits dia juga orang yang pertama yang bergegas, terkejar-kejar datang melawat Firash. Dia sangat mengambil berat tentang Kak Fa dan juga Firash.

Mama Ji Yang Tiada Gantinya

Keakraban itu, tanpa diajar, tanpa dididik, secara automatiknya Firash sendiri mengeluarkan panggilan Mama Ji. Dialah Mama Ji yang tiada gantinya buat Firash. Terngiang-ngiang di dalam ruang pendengaran Kak Fa ni perbualan Firash dan Mama Ji –nya… “Firash buat apa tu sayang? Sayang Mama buat apa tu? Baik-baik ya Sayang… Mama Ji sayang Firash… “… Crying face Allahuakbar… Kuatkan hati aku ni! Firash buat perangai sejak dari hari perginya Allahyarham Kak Rozi. Bila lalu di kawasan rumah Allahyarham Kak Rozi, Firash mengamuk sangat, tantrum yang amat… Marah bila Kak Fa tak belok ke rumah Mama Ji dia. Mulut dia asyik mengatakan… Masuk! Masuk! Masuk! Mommy… Pergi rumah Mama Ji! Allahuakbar… Macam mana Kak Fa nak terangkan? Macam mana Kak Fa nak fahamkan? Yang Mama Ji dia dah tak ada? Dia dah biasa dengan Mama Ji! Bohong sangatlah sewaktu Kak Fa menaip entri ni Kak Fa tak cuba tahan air mata kan?

Sebak, sedih yang tak mampu nak ditahan bila mengingatkan semua kenangan bersama Allahyarham Kak Rozi. Nak tau tak? Kak Fa dah hilang seorang kakak yang satu dalam sejuta! Kak Fa sungguh-sungguh rasa macam Kak Fa dah keseorangan sangat! Mungkin orang kata merepek… Mungkin orang kata Kak Fa terbawa-bawa perasaan… Tapi dah dua malam berturut-turut Allahyarham Kak Rozi datang dalam tidur Kak Fa dan setiap kali itu jugalah Al-Fatihah yang Kak Fa hadiahkan buat Allahyarham Kak Rozi. Bibir ni sebenarnya tak berhenti pun membaca Al-Fatihah buat Allahyarham Kak Rozi. Kalau nak diceritakan terlalu banyak yang mengakibatkan kenapa Kak Fa terkesan sangat. Kalau nak diceritakan entri ini akan menjadi berjela-jela dan tak akan habis panjangnya kisah mengenai kenapa Allahyarham Kak Rozi is so dearly to us.

Sampai ke hari ni sebenarnya Kak Fa masih miong-miong lagi… Sampai ke hari ni sebenarnya even Mama Kak Fa sendiri masih terkesan. Kak Fa ni dah macam ayam berak kapur dan kucing kehilangan anak pun ada. Tapi secara perlahan-lahan Kak Fa keep on telling myself that itulah qada’ dan qadar dan sememang sudah tiba masa Allahyarham Kak Rozi. Al-Fatihah buatmu Kakak… Semoga tenang dan damai di sana. Rehatlah sekurang-kurangnya Kakak dah tak perlu menanggung kesakitan lagi. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin-amin ya rabbal alamin. You are a true fighter! I know! You’re a true fighter!

Puasa dan raya kali ini takkan sama seperti sebelumnya. Sudah terbiasa puasa Kakak ada dan sudah terbiasa Hari Raya Pertama, saat orang lain beraya bersama keluarga di kampung dan sanak-saudara, rumah kakaklah tempat hala tuju Adik dan Firash menghabiskan raya dan merasai raya. Selepas ini, In Shaa Allah, Adik masih meneruskan tradisi untuk melawat Abang dan anak-anak Kakak. Tapi rasanya sudah tidak sama. Pastinya, Adik dan Firash takkan pernah sekali-kali melupakan Mama Ji dan kami akan menziarah kakak senantiasa. In Shaa Allah.

*She’s a true fighter for Breast Cancer Stage 4. Al-Fatihah.

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Innalillahhiwainnaillahirojiun..salam takziah buat Farah dan keluarga..semoga tabah dan semoga roh kakak Farah tu ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  2. …إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
    Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah

    Takziah Kak Fa.. Saya mengenali arwah Kak Rozi sebagai seorang yang ceria..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !