5 TIPS Cegah Anak Dari Menjadi Seorang Pembuli

Farah Waheda Wahid
0
5 TIPS Cegah Anak Dari Menjadi Seorang Pembuli
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Risau anak jadi mangsa buli? Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk risau kalau-kalau anak sendiri juga menjadi seorang pembuli. Jangan disebabkan terlalu risau anak sendiri dibuli, sehinggakan kita lupa yang hakikatnya anak-anak sendiri juga berkemungkinan berpotensi menjadi seorang pembuli. Betul… Ibu bapa takkan memburuk-burukkan anak sendiri dan tak ada mana-mana satu pun ibu bapa yang mendoakan keburukkan anak-anak sendiri. Semua nak yang terbaik. Jadi dalam nakkan yang terbaik untuk anak-anak dan demi tak nak merealisasikan potensi anak untuk menjadi seorang pembuli tu… Ibu bapa perlulah lakukan apa yang patut ya tak? Bagaimana? Ikuti kupasan 5 tips cegah anak dari menjadi seorang pembuli. Tugas kita ni sebagai ibu bapa, bukannya tugas orang lain.

Ibu Bapa Perlu Memahami Dengan Jelas Dahulu Perilaku Seorang Pembuli

Sebelum memulakan langkah untuk mendidik dan mencegah anak-anak kecil dari menjadi seorang pembuli, adalah sebaik-baiknya ibu bapa memahami dengan jelas terlebih dahulu simptom, tanda dan perilaku seorang pembuli. Tanda atau simptom yang mudah dilihat adalah di mana anak-anak kecil bersifat agresif, selalu mencari perhatian, impulsive dan kurang rasa empati. Kalaulah anak-anak kecil ada tanda-tanda seperti itu, makanya, kenalah mula mengawasi dan pantau kelakuan mereka dan cara mereka ketika bersama-sama orang lain. Setelah faham, setelah memantau, tegaskan pada anak-anak, bahawa itu adalah merupakan satu perkara yang tidak elok, merugikan orang lain, menyakiti orang lain dan sama sekali tidak membawa sebarang manfaat kepada anak-anak kecil.

Ajarkan Empati Dan Hormat

Memang sedia maklumkan? Sesiapa yang menjadi pembuli ni adalah merupakan individu yang memiliki tahap empati dan rasa hormat pada orang lain yang sangat rendah. Mereka tidak boleh untuk menghormati perasaan orang lain ataupun merasakan empati dan rasa kasihan pada orang lain. Salah satu sebab (jangan marah kalau Kak Fa nyatakan tetapi itu kenyataan) – kerana ibu bapa tidak mendidik anak-anak cara untuk menghormati dan memberikan kasih sayang kepada orang lain.

Didik anak-anak tentang empati dan hormat sejak kecil. Tak perlu Kak Fa ajar, anda lebih tahu kan? Mulai dengan mendidik anak rasa sayang dan menghormati anggota keluarga yang lain. Didik anak cara berbicara dengan lembut, bermain dan berkawan dengan baik sehingga boleh berkongsi barangan permainan.

Kembangkan Skil Sosial Dan Skil Emosional Anak-Anak Kecil

Empati dan hormat jer tak cukup! Perkembangan skil sosila dan juga skil emosional juga penting untuk menbantu anak-anak kecil untuk menghadapi situasi yang sukar. Mengenal perasaan dan cara mengekspresikannya secara sihat akan membantu anak-anak kecil untuk bersikap lebih tenang dan boleh membuat keputusan yang tepat. Untuk membantu mengembangkan skil sosial dan juga skil emosional anak-anak kecil, kena rajin-rajin layan anak, kena rajin-rajin bawa anak beriadah di luar rumah bersama rakan-rakan sebaya yang lain dan ada pelbagai lagi medium yang dapat membantu. Perkembangan skil sosial dan skil emosional yang baik sejak dari mula akan membantu anak-anak kecil untuk lebih mudah mengendalikan perasaan mereka ketikaa berinteraksi dengan orang lain. 

Berikan Hukuman Yang Berbentuk Pengajaran

Katalah, semua usaha seperti tips yang dinyatakan sebelum ini telah dilakukan. Empati, hormat dan semuanya – anak kecil masih tetap melakukan perlakuan persis seorang pembuli. Bila jadi jer macam ni, ibu bapa harus bertindak tegas dan juga memberikan hukuman keapda anak-anak. Tapi… Please, please, please… Always bear in mind, hukuman tu bukan bermaksud sesuatu yang bersifat kekerasan fizikal, tetapi merupakan hukuman yang berbentuk pengajaran. Contohnya, kalau ternampak anak sendiri memukul anak orang lain, serta-merta tolong arahkan anak untuk meminta maaf dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi. Secara tak langsung, anak-anak faham yang perilaku persis seorang pembuli adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

Sentiasa Menjaga Komunikasi

Komunikasi yang efektif dan lancar di antara anak-anak kecil dan ibu bapa memberi pengaruh yang besar di dalam mengurangkan risiko anak-anak kecil menjadi seorang pembuli. Jalinan komunikasi yang baik akan memberikan anak-anak kecil ruang yang cukup untuk mengekpresikan perasaan dan juga emosi mereka, menyuarakan pendapat serta menyampaikan sesuatu yang mereka tidak sukai atau setuju. Dengan cara macam ni, tak akan ada lagi perasaan terpendam yang berisiko untuk dilempiaskan kepada rakan-rakan sebaya mereka.

Kena selalu berikan perhatian sewaktu anak-anak sedang bermain ataupun belajar, kena rajin ajak anak berbual dan bertanya, serta kena setia mendengar apa yang anak-anak kecil katakan. Komunikasi ibu bapa dengan guru-guru dan rakan-rakan sekolah anak pun kena sentiasa dijaga. Kalau-kalau sampai ke pengetahuan anak-anak kecil berperilaku ibarat seorang pembuli, cepat-cepat ambil tindakan yang sewajarnya sebelum anak orang lain menjadi mangsa buli anak sendiri dengan lebih teruk.

Asasnya, tolong percaya yang perhatian dan kasih sayang adalah cara sederhana tetapi efektif untuk meminimakan kemungkinan anak-anak untuk menjadi seorang pembuli!

*Sesekali kena fikir on the other side of the grass kan? Memanglah kita kenal anak kita dan kita yakin anak-anak kita bukan seorang pembuli, tetapi walaupun kita kenal dan kita yakin -  tak salah rasanya didik dan latih anak sedari awal untuk mencegah dari awal. Smile

Rujukan Semasa: SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !