2 Hari 1 Malam Di Glory Beach Resort, Port Dickson

Farah Waheda Wahid
4
GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (5)

09.02.2018 – 1st holiday goals for 2018 accomplished! Smile… 2 hari 1 malam di Glory Beach Resort, Port Dickson. Percutian singkat yang ditaja sepenuhnya oleh Aloeshafy Malaysia untuk kami sekeluarga. Sebelum kong keng kong keng bercerita panjang-panjang mengenai percutian singkat ni, Kak Fa buat entah ke berapa ribu kalinya – nak ambil kesempatan yang ada nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Aloeshafy Malaysia di atas kesudian menaja percutian singkat kami sekeluarga tempoh hari. Walaupun sekadar Port Dickson sahaja tetapi ianya tetap bermakna bagi kami sekeluarga. Yang penting – Iman Firash seronok! Winking smile. Makanya… Setelah hampir 2 minggu Kak Fa peram cerita mengenai pengalaman percutian kami di Port Dickson, inilah travelogue tak seberapa yang sempat Kak Fa taipkan dan muatnaikkan di Bubblynotes.Com.

Jumaat – 09.02.2018

Rancangan asal adalah, Firash masih lagi bersekolah seperti biasa pada hari Jumaat tu. Akan tetapi disebabkan Firash tak berapa nak sihat (boleh rujuk cerita NASAL VESTIBULITIS yang Kak Fa kongsikan tempoh hari), makanya Firash direhatkan pada hari Jumaat yang berkenaan. Perjalanan dimulakan pada lebih kurang jam 11.00 pagi dan kami singgah di klinik di Bangi terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan untuk Firash. Bersedia dengan ubat Antibiotik, ubat demam dan juga krim Antibiotik memandangkan nak berjalan jauh. Ada anak kecil memang macam ni lah kan? Kalau nak travel mana-mana tu, memang kena siap-sedia dengan keperluan mereka. Tak boleh ambil ringan. Bukan apa, dalam nak bersuka-suka, keadaan kesihatan anak pun tetap perlu dijaga ya tak? Takut-takut nanti melarat.

Disebabkan perjalanan kami banyak pit-stop… Open-mouthed smile… Kami sampai agak lewat juga. Lebih kurang dalam pukul 4.00 petang. Perjalanan bersama anak kecil bukan boleh terus jer berjalan tanpa henti – kena berhenti berehat seketika untuk pastikan keperluan anak-anak kecil mencukupi. Waktu makan mereka juga tidak boleh diabaikan. Kalau ikut perut orang dewasa memanglah boleh tahan. Tapi bila ada anak-anak kecil, kenalah beringat. Perut mereka bukannya seperti perut orang dewasa yang boleh menahan lapar.

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (4)

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (3)

Pihak Aloeshafy Malaysia telah menyediakan kami dengan baucar penginapan apartment dua bilik yang cukup selesa untuk dihuni oleh keluarga kecil. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti dapur, peti ais mini, meja makan, sofa, televisyen dengan siaran HyppTV (yang penting ada saluran Nickledeon Jr untuk Firash melayan kartun – senyap sikit kan?), bilik mandi dengan kemudahan water heater, penghawa dingin, katil bujang dan juga katil Queen Size. Rehatlah dulu kan? Sebelum beraktiviti petang di Glory Beach Resort, Port Dickson.

Rehat lebih kurang dalam 30 minit macam tu, akhirnya waktu yang dinanti-nantikan sangat oleh Firash tiba juga. Sejak dari dalam perjalanan menuju ke Glory Beach Resort, Port Dickson bila mana Firash nampak laut, dia jadi sangat-sangat teruja. Al-maklumlah, pertama kali bercuti ke laut untuk dia dan pertama kali juga nampak laut depan mata dia. Tu sebab jadi teruja semacam tu. Turunlah dari apartment dan bawalah dia untuk merasai pengalaman pertama di laut setelah usia dia 4 tahun 2 bulan. Menyanyi-nyanyi dia sepanjang berjalan ke arah laut tu.

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (1)

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (6)

Macam-macam perkara yang Firash explore di pantai. Dia teruja dengan segalanya! Pasir (selalunya main pasir kinetik jer), cengkerang, ketam dan laut itu sendiri. Petang tu dah acah-acah dah di bibir air tu, bukan nak membantutkan, tapi dah petang sangat… The sun pun almost set… Terpaksalah berjanji pada dia yang esok paginya kami akan kembali untuk menghabiskan masa di situ kembali.

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (19)

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (2)

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (11)

Supaya dia tak ralat sangat – kami bersetuju nak beri dia kebenaran untuk berkubang di dalam swimming pool seketika sementara menantikan azan Maghrib berkumandang. Kejap jer tau! Tak boleh lama-lama… Janji? Open-mouthed smile. Sekejap tak sekejap pun, almost one hour juga kami menghabiskan masa di pool… Sampai minta peluk sebab menggigil kesejukan yang amat. Haaaa… Baru dia tau! Berkubanglah puas-puas sampai menggigil ya? Smile with tongue out.

Malamnya, setelah membersihkan diri dan berehat seketika, perut pun dah mula berkeroncong minta diisi. Makanya malam tu, kami keluar untuk makan di restoran yang berhampiran dan ambil angin malam seketika di sekitar pekan kecil Port Dickson. (Ambil angin malamlah sangat kan? Sebenarnya pergi kedai beli berus gigi dan ubat gigi, Kak Fa terlupa nak masukkan dalam beg sewaktu berkemas sebelum pergi, sambil-sambil tu, Firash mana pernah nak lepaskan peluang… Dia tumpang jajan dia sekali dalam bil 99 Speedmart tu… Ahaksss).

Sabtu – 10.02.2018

Celik jer mata pagi Sabtu… Dengan tak mandi tak breakfast… Tadaaa….

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (18)

Pergi balik ke pantai dan sekali lagi Firash sibuk sangat dengan pasir. Minat sungguh! Itu yang dikejarnya dulu.

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (17)

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (16)

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (9)

Bersungguh mengerjakan pasir – macam-macam bentuk rekaan dan macam-macam jenis kreativiti yang keluar di pasir pantai tu. Ikutkan saja – tak ada nak hentikan, tak ada nak melarang pun. Biarlah, bermain pasir merupakan satu bentuk aktiviti yang dinamakan sebagai permainan sensori ataupun sensory play. Kak Fa perhati tapi Kak Fa biarkan saja dia bermain sampai dia sendiri yang muak dan jelak. Bila lagi kan? Nanti-nanti esok lusa entah bila lagi dia dapat peluang bermain pasir di tepi laut macam ni. Mungkin untuk ulang aktiviti sebegini akan memakan masa sedikit.

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (15)

Rasa dulu kemasinan air laut tu… Open-mouthed smile. Dalam hati… gelaplah kulit anak aku ni… Ha ha ha…. Tapi tak apa, awal-awal dah sapukan sunblock sebelum dia bersuka-ria di laut tu.

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (21)

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (10)

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (14)

Tak ada sebarang perancangan khusus nak ke mana-mana pun selain menghabiskan masa di pantai Port Dickson semasa menginap di Glory Beach Resort, Port Dickson tempoh hari. Memang sangat santai dan memang follow the flow jer. Untuk hari yang kedua sebelum kami mendaftar keluar pada pukul 1.00 petang, sememangnya masa dihabiskan pantai Port Dickson. Niat tu ada nak tengok penyu, tapi tutup pula. Tak apalah tak ada rezeki. Biar Firash menghabiskan masa di laut puas-puas dan biar dia rasa itu satu kenangan yang sangat indah pada dia untuk dikenang. (Memang pun! Seminggu pun belum habis lagi cerita pasal dia pergi sea pada nenek dia… Tadah ajerlah telinga mendengar dia bercerita dengan penuh keterujaan tu… Winking smile).

Lama… Lama menghabiskan masa di pantai Port Dickson sehinggakan akhirnya jadi kecut segala Iman Firash dan menggigil-gigil yang amat akibat kesejukan. Melihatkan keadaan dia dah semacam itu, makanya kita naik ajerlah ke apartment untuk bersihkan diri dan bersiap-siap sebelum berangkat balik.

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (8)

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (7)

GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON (13)

Happy sangat tu! Alhamdulillah… Firash happy sepanjang berada di Glory Beach Resort, Port Dickson.

Sisi Lain Percutian Di Glory Beach Resort, Port Dickson

Sebenarnya, percutian singkat itu adalah percutian pertama kali Kak Fa dan juga Firash di Glory Beach Resort, Port Dickson. Kak Fa percaya, ada di antara yang membaca entri ini pernah menjejakkan kaki ke sana. Kak Fa tak pasti bagaimanakah keadaannya ketika anda berada di sana untuk percutian anda. Akan tetapi, yang terkini, ketika Kak Fa di sana, apa yang Kak Fa boleh katakan adalah – Glory Beach Resort, Port Dickson adalah satu tempat percutian bajet untuk keluarga dan sesuai jika bertujuan untuk membawa anak-anak bercuti dan bergembira. Pada pandangan mata Kak Fa dan berdasarkan pengalaman Kak Fa lah kan, ianya lebih kepada sebuah tempat percutian yang bertaraf 3 bintang Star StarStar.

Kemudahan yang disediakan adalah baik. Cumanya bagi Kak Fa ia masih boleh ditambahbaik. Bukan Kak Fa kata tak baik ya? Peralatan atau kelengkapan di Glory Beach Resort, Port Dickson adalah peralatan yang berkualiti tetapi dari versi lama. Dari segi kebersihan pula, kebersihan di dalam apartment boleh dikatakan sebagai bersih dan juga selesa untuk penginapan. Cumanya, Kak Fa harap, jika Kak Fa menjejakkan kaki ke situ lagi pada waktu akan datang, pihak Glory Beach Resort, Port Dickson boleh menyahbaukan bau yang sedikit kurang menyenangkan di sekitar common area di blok-blok penginapan mereka. Itu lebih baik. Yang lain-lain, it’s just fine. No complaint. Winking smile

*Done with the 1st holiday goals at Glory Beach Resort, Port Dickson for 2018. Seterusnya, In Shaa Allah, kita ke Club Med Cherating pula atas pakej percutian dari Friso Gold Malaysia. Nerd smile

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Baru je tempah hotel ni 2 hari lepas, utk bulan march nanti. Ni yang x sabar nk pergi ni. Belum dapat bercuti-cuti lagi untuk 2018 ni..i need a vacation..haha..TQ for sharing

    ReplyDelete
  2. Port Dickson memang menjadi tarikan pelancong untuk ke sini. Tapi bagi LeYa dah biasa sebabnya inilah kampung halaman LeYa..

    ReplyDelete
  3. Tahun ni belum ada plan nak bercuti tepi pantai lagi.. Happy sangat firash tu dapat spend time ngn parents dia..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !