Tips Pindah Rumah: Amalan Mengikut Islam

Farah Waheda Wahid
2
Sumber: Kredit kepada Google


Tahun baru,  rumah baru...  Ada yang baru dapat kunci rumah yang dibeli.  Ada yang terasa nak beralih angin. Ada yang terpaksa berpindah kerana kontrak penyewaan telah tamat dan tuan rumah tak nak memperbaharui kontrak penyewaan.  Ada yang terpaksa keluar sebab ada masalah dengan tuan rumah (sama ada tuan rumah tak boleh bertolak ansur ataupun penyewa yang buat hal).  Macam-macam senario kan?  Ha ha ha...  Ada juga yang menjadi mangsa keadaan disebabkan masalah peribadi yang dihadapi.  Macam tulah ragamnya kisah pindah rumah.  Ehemmm...  Kalau nak pindah rumah baru tu... Tak cukup sekadar cuci rumah jer ok?  Untuk umat Islam ada beberapa tips pindah rumah: amalan mengikut islam.  

Yang Kak Fa biasa dengar dan biasa lihat depan mata sendiri adalah amalan memagar rumah. Sebenarnya,  ada beberapa amalan mengikut islam yang beragama islam perlu tahu apabila berkait dengan pindah rumah.  

Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru.  Ia juga  baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan atau tidak dihuni oleh sesiapa.  

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-'Ammar)  yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. 

Membaca Surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah.  

Selalunya bila memasuki rumah baru kita hanya membaca Yasin sahaja. Sepatutnya surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.  

Banyakkan Solat Dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasullulah SAW juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.  

Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi). 

Baca Surah Yasin,  Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalan membaca surah Yasin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan.  

Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali,  surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi SAW sebanyak 7 kali,  ayat Kursi sekali tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.  

Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga atau memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.  

Bagaimanapun ada cara yang dibolehkan serta digalakkan mengikut ajaran Islam.  Caranya ialah dengan memagar rumah dengan merenjis air Yasin di sekeliling rumah.  

Sila ikuti panduan yang berikut:

1. Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi,  surah 3 Qul (Al-Ikhlas,  Al-Falaq dan Al-Nas.  

2. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan sehingga habis nafas. 

3. Setelah itu jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.  

Setakat cuci rumah bagi lantai berkilat dan rumah bersih sebersih-bersihnya belum cukup bersih lagi.  Amalan-amalan yang tersenarai di atas perlu dilakukan juga.  Nak-nak lagi kalau di kalangan ahli keluarga ada bayi dan kanak-kanak. Makanya,  jika ada dikalangan anda yang bakal berpindah ke rumah baru,  jangan lupa melakukan amalan memasuki rumah baru mengikut islam.

Kredit: SINI 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Abe kie masuk ke rumah ni pada mei 2007. dulu masa mula2 pindah ibu mentua siap pagar keliling umah.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing... sebab bukan semua di antara kita yang tahu amalan nih.. :))

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !