TEACHER… Please! Didik, Tegur, Marah Dan Apa Saja!

Farah Waheda Wahid
1
TEACHER... PLEASE! DIDIK, TEGUR, MARAH DAN APA SAJA!
Kredit: Sumber gambar dari Google

Whatever it takes! Smile. Tu pesanan keramat Kak Fa pada teacher(s) di school Firash. Memang Kak Fa berulang-kali beri pesanan dan juga lampu hijau kepada semua teacher di school Firash untuk didik, tegur, marah dan apa saja! Teacher… please! Didik, tegur, marah dan apa saja! Kak Fa memang tak kisah langsung-langsung dan Kak Fa memang bersikap terbuka di dalam urusan pendidikan anak Kak Fa di school dia. Jejak jer kaki ke pintu masuk school, Kak Fa lepaskan sepenuhnya kepada teacher(s). Teacher(s) nak didik ikut gaya teacher yang tersendiri ke, nak tegur ke, nak marah ke dan apa saja demi membentuk seorang insan, itu Kak Fa serahkan kepada mereka. Lagipun bukannya cikgu-cikgu di school tu tak terpelajar dan diajar untuk handle kanak-kanak kecil kan? Sebab mereka adalah golongan yang layak, sebab itu mereka ada di situ.

Kak Fa memang bukan seorang ibu yang sentap atau tak boleh terima bila anak Kak Fa dimarahi atau ditegur cikgu. Itu tugas mereka. Mereka mendidik. Dalam tak sentap (berdasarkan pengalaman sebenar) – Kak Fa akan sentap jika anak Kak Fa dimarahi secara melampau, as example ditengking atau diherdik dengan terlalu kuat sehingga terbawa-bawa dalam tidur dan juga Kak Fa akan sentap kalau anak Kak Fa mengalami kecederaan sehingga mengakibatkan kecederaan serius yang meninggalkan kesan pada tubuh badan anak Kak Fa, as example lahir tak berlekuk dahi, tiba-tiba berlekuk dahi akibat kecederaan. Itu memang dah tentulah kan? Tapi…So far di Genius Aulad, semarah-marah teacher(s) di dalam mendidik anak Kak Fa, they are still the best! They know what they are doing and they walk the talk. Smile.

Kenapa Kak Fa tak kisah kalau Firash ditegur, dimarahi atau apa saja oleh teacher(s) yang mendidik anak Kak Fa? Sebab seorang guru itu hebat dan seorang guru tadika itu adalah hebat! Bukan mudah menjadi guru kepada anak-anak kecil yang baru nak up dan sibuk berekplorasi dengan dunia sekeliling mereka. Memang sangat-sangat mencabar. Sebagai ibu, Kak Fa sendiri tahu bagaimana challenging-nya di dalam mendidik serta membesarkan seorang anak. Kak Fa sendiri tahu bagaimana kerenah, kehendak, kemahuan dan apa yang anak Kak Fa tidak suka. Kak Fa sendiri kenal bagaimana sikap anak Kak Fa. Jadi Kak Fa boleh faham challenges yang bakal dihadapi oleh guru-guru yang mendidik Firash.

Kenapa Kak Fa perlu sentap atau touching dengan teacher(s) sedangkan mereka sedang membentuk anak Kak Fa untuk menjadi seorang insan ya tak? Kalau tak nak ditegur, tak nak dimarahi – tak payah hantar anak pergi school. Simpan jer anak dalam rumah.

Common sense… Kalau kita sendiri rasa kadang-kadang nak pengsan atau tak larat melayan kerenah anak kita walaupun seorang. Just imagine, cikgu tadika yang kena melayan kerenah berbelas-belas, berpuluh-puluh kanak-kanak kecil di dalam satu masa?

Kak Fa rasa, Kak Fa tak perlu sentap atau touching pun bila Firash kena marah dengan teacher(s) di school sebabnya, bila Firash menangis, teacher akan pujuk Firash dengan macam-macam cara. Bila Firash tidak mahu bergerak, teacher(s) akan dukung anak manja Kak Fa tu walaupun usia 4 tahun tu tak perlu nak dukung-dukung manja macam tu. Hebat teacher(s) ni… Kadang-kadang bila ada pelajar mana-mana termasuklah anak Kak Fa (kalaulah dia pernah ya?) terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa di school, muntah lepas makan atau sebagainya, teacher(s) jugalah yang tolong bersihkan.

Anak-anak kecil ada masanya tidak fokus, kita cakap apa tak faham, tetapi teacher(s) sangat sabar melayani Firash sehingga Firash boleh duduk buat kerja di dalam kelas. Kak Fa dengan Firash sorang pun kadang-kadang dah rasa tak berapa nak bersabar. Open-mouthed smile Ha ha ha… Tapi teacher(s) urus berbelas ok dalam satu kelas? Just imagine, hebat tak hebat. Firash datang dengan basic membaca (ABC), basic mengira, kenal warna, basic vocab – sejak di Genius Aulad kemahiran dan perkembangan Firash bertambah baik dari sehari ke sehari. So Kak Fa kena sabar… Kak Fa tak boleh nak sentap atau touching atau letakkan expectation yang Firash terus lancar membaca dan rajin menulis. Tak perlu Kak Fa persoalkan kemampuan teacher(s)… Sebab Kak Fa nampak apa yang teacher(s) dah buat pada anak Kak Fa.



Nak suruh Firash menari, nak suruh Firash bergerak ikut pergerakan yang Kak Fa nak, ingat senang ke? Haaa…macam tulah juga teacher(s), bukan mudah untuk teacher(s) latih Firash tu. Berpeluh-peluh mencurah demi semata nak latih Firash tu. La ni… Tak payah suruh pun dia menari ikut rentak dan cara dia. Tak payah suruh pun dia bergerak sendiri. Open-mouthed smile. Nampak tak? Nampak tak permainannya di situ? Nampak tak apa miracle yang teacher(s) dah buat pada Firash? Menyanyi pun pandai dah…

Kena tahan bila Firash meronta-ronta pagi-pagi bila dia nak juga Mommy hantar sampai ke kelas (which tahun ni Mommy tak nak lagi dah…Mommy nak pencen! Ha ha ha… Open-mouthed smile) ingat tak sakit ke? Sakit ooo… Sedangkan Kak Fa kena rumble dengan Firash pun dah sakit-sakit badan. Teacher(s) tetap balas dengan pelukan mesra dan kasih sayang. Teacher(s) tetap sabar dan layan kerenah Firash.

So… Do whatever it takes as long as it does not leave any negative implications pada Firash. Kak Fa tak kisah. Kak Fa memang bersikap sangat-sangat terbuka. I do trust them and I trust that I leave him in a good hand of care and handling. Smile. Walaupun sekadar cikgu tadika, tetapi cikgu tadika bukan sebarang orang, mereka sangat istimewa. Kesabaran mereka tu belum tentu semua orang mampu ok?

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !