Suka-Suka Mencuba TRAVELOKA FLY & WIN CNY CHALLENGE

Farah Waheda Wahid
1

Kak Fa dan TRAVELOKA tiada terpisahkan! 😊 Setiap kali ada perkara baru, ada tawaran-tawaran drop dead gorgeous terbaru, Kak Fa lah salah seorang di antara yang pertama yang mengetahui dulu mengenainya. Kak Fa lah yang jadi Mak Bedah untuk sibuk kongsi dengan seluruh alam!😉 Bukan sebab Kak Fa kerja di TRAVELOKA, akan tetapi TRAVELOKA sangat berkait-rapat dengan tugasan hakiki Kak Fa sebagai seorang Personal Assistant yang terlalu banyak menggunakan TRAVELOKA untuk urusan kerja-kerja hakiki Kak Fa. Al-maklumlah... Boss Kak Fa kerap sangat travel... Jadi memang TRAVELOKA menjadi pilihan hati Kak Fa untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan Kak Fa. Lain tak ada dah! 


Bila dah kerap sangat bercinta dengan TRAVELOKA, makanya hampir 3 kali seminggu Kak Fa melawat sahabat baik Kak Fa yang satu ini. Bila dah kerap... memanglah Kak Fa naik hafal segala bagai informasi dalam laman web TRAVELOKA tu kan? 😂Ha ha ha...Logik kan? Logik kan? Logik kan?


Terbaru! Benda best yang kaki travel dan yang bercadang nak travel perlu tahu... TRAVELOKA ada menganjurkan TRAVELOKA Fly & Win CNY Challenge bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung tidak lama lagi!


Kaku sekejap Kak Fa depan skrin laptop bila Kak Fa tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh TRAVELOKA melalui CNY 2018 Contest mereka ni. Mana taknya... Menarik kot?  Tahun 2017 Kak Fa dah menang dua baucar percutian hasil dari aktiviti blog Kak Fa. Memandangkan dah ada 2018 Holiday Goals, manalah tau kot-kot rezeki nak dapat lagi hadiah baucar percutian kan? 😉. Port Dickson dah dapat baucar, Club Med Cherating dah dapat baucar. Manalah tau kot-kot ada rezeki nak terbang secara percuma atau ditaja sepenuhnya pula ke Seoul atau Phuket atau Langkawi pula kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tau ya tak?


Gempak oiii hadiah-hadiah untuk contest ni. Macam yang boleh dilihat, tempat pertama bakal memenangi percutian (tiket kapal terbang + penginapan) selama 6 hari 5 malam ke Seoul, tempat kedua bakal memenangi percutian (tiket kapal terbang + penginapan) selama 5 hari 4 malam ke Phuket dan tempat ketiga bakal memenangi (tiket kapal terbang + penginapan) selama 4 hari 3 malam ke Langkawi. Plus pula? Setiap perkongsian di Facebook berpeluang untuk memenangi baucar TRAVELOKA bernilai RM 1,000.00 (untuk 2 pemenang bertuah).


Kalaulah rezeki...Alahaiiii... Boleh 🚀 terbang kita wak! 😁 Ngeee... Lagipun bukannya susah sangat nak menyertai contest ni. Hanya pergi ke laman web TRAVELOKA, kemudian ikut jer arahan seperti yang Kak Fa paparkan sekali dalam entri Kak Fa kali ni di bawah:




Mudah sangat! Tak susah mana pun...Permainan yang simple dan agak menyeronokkan! Boleh main banyak kali sampai puas hati. Tapi challenging jugalah nak pastikan kapal terbang tu tak jatuh terhempas akibat terlanggar halangan-halangan di dalam permainan tersebut. Pakai mouse ajer ok!




Try your best untuk kumpul sebanyak mana mata permainan yang boleh untuk membuka peluang yang lebih luas untuk memenangi permainan ini. Alaaa...Those yang bekerja macam Kak Fa ni, boleh jer gunakan waktu makan tengah hari sekejap untuk bermain permainan ni. Tak pun... Malam-malam di rumah ke?


Ehhh... Ha ha ha... Syok-syok cerita tentang game ni, lupa pula Kak Fa nak beritahu yang sebenarnya contest ni tak lari dari terma dan juga syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak TRAVELOKA. Sila baca dan sila hadam betul-betul ok? 



Takut-takut nanti, dah sungguh-sungguh bermain dan sungguh-sungguh mengumpul mata, tiba-tiba... Ha ha ha...😂  Kecewa melanda bila mana sebenarnya anda tak eligible atau tak entitle atapun tidak memenuhi segala terma dan syarat yang telah ditetapkan. Tak ke sia-sia jer jadinya nanti? 


Kalau ada yang rasa-rasa nak mencuba rezeki bercuti untuk tahun 2018 ni, Kak Fa rasa, this is a good start for you all to try. Iyalah, why don't give it a try kan? Peluang dah terbuka di hadapan mata. Takkan nak sia-siakan macam tu jer? Tu sebab Kak Fa beria-ia kongsi. Sebab Kak Fa nak semua orang tahu dan Kak Fa akan happy bila anda happy mendapat rezeki bercuti dengan ditaja. Bukan senang orang nak taja oiii... Rezeki yang terbentang di hadapan mata, tak salah pun untuk mencuba. Nak-nak lagi dalam zaman ekonomi tak menentu dan segala serba mahal dan RM 100.00 kelip-kelip mata dah habis. Kalau dapat rezeki percutian ditaja memang bonus sangat dah tu! Siapa yang tak suka kan? Kan? Kan? Even orang yang duitnya berkepok-kepok dalam bank dan poket pun akan seronok kalau dapat percutian yang ditaja. Betul tak? Tipulah kalau tak seronok. He he he...😋

Contest ni dah pun bermula sedari 22 Januari 2017 lagi. Tempoh masa berlangsungnya contest ini adalah sehingga 28 Januari 2017. Jangan cakap Kak Fa tak payung pula nanti. Siapa yang lambat dia akan ketinggalan dan mungkin terlepas peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak TRAVELOKA. Mini game yang sangat simple. Tak menyusahkan langsung! Jadi tak perlulah nak terfikir-fikir lagi atau ternanti-nanti ternanti-nanti untuk menyertai. Nanti kalau sibuk sangat terfikir-fikir dan ternanti-nanti, melepas! Sekarang! Jom sekarang! 


Psssttt... Nak ucap tahniah awal-awal dan selamat bercuti sakan kepada yang bakal memenangi contest TRAVELOKA kali ini... Enjoy! 😉 Kalau menang nanti, janganlah lupa beritahu Kak Fa... Kak Fa nak tumpang happy... Ha ha ha...  😃Kurang-kurang tak sia-sia jer Kak Fa pung pang pung pang berkongsi informasi dan jadi Mak Bedah untuk korang!😉 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mimin pun join . sbb tak susah nak join. game dia pun best. good luck kak collect angpoww

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !