PERFECTIONIST & HIGH EXPECTATIONS MOM… Baca Ni!

Farah Waheda Wahid
0
PERFECTIONIST & HIGH EXPECTATIONS MOM... BACA NI!

Siapa yang sekapal dengan Kak Fa, yang tau diri dan yang sedar diri tu perfectionist & high expectations mom… baca ni! Nerd smile. Baca ni, manalah tau kot-kot kalau ini boleh merubah gaya pemikiran kita kan? kan? kan?

Hari di saat Firash lahir adalah hari di mana Kak Fa menjadi seorang yang penuh dengan macam-macam perkara serta perancangan untuk Firash. Berangan itu, berangan ini. Nak buat itu untuk dia, nak buat ini untuk dia. Nak pastikan itu untuk dia, nak pastikan ini untuk dia. Nak cukupkan itu untuk dia, nak cukupkan ini untuk dia. Macam-macam hal Kak Fa kan? Al-maklumlah anak pertama, jadi keterujaan tu lebih melampau dari kadar normal biasa. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Tak pernah merasa dan baru merasa macam tulah lagaknya.

Tapi… kadang-kadang tu bila kita dah letakkan macam-macam di hadapan kita, tak semua kita mampu lakukan dan tak semua kita mampu untuk fulfill. Ada juga masa-masa, boleh terasa yang kita seolah tidak mampu lagi untuk menyembunyikan rasa tak kesampaian serta kecewa. Ada juga Kak Fa ingatkan diri Kak Fa sendiri yang tidak ada apa yang sempurna di dunia ni. Jadi, tak payah nak jadi perfectionist sangat! Makin kau letak macam-macam sangat impian depan kau, makin kau akan ketakutan sendiri setiap hari dan letakkan harapan yang terlalu tinggi atas segala sesuatu. Chill jer! Tak salah punya impian, tapi biar realistik dan yang tergapai.

Alhamdulillah – lah… Kak Fa belajar as time goes by… Kak Fa akhirnya bolehlah dikatakan berjaya untuk merubah pola pemikiran Kak Fa ni ha dan merubah kehidupan Kak Fa sehari-hari bersama Firash.  So… melalui pengalaman Kak Fa yang merupakan seorang “perfectionist & high expectations mom” ini… Kak Fa nak kongsi sedikit tips untuk ibu-ibu yang sekapal dengan Kak Fa untuk merubah fikiran itu. Kalau nak terimalah…Kalau tak nak terima apa yang Kak Fa kongsikan ni… Terpulang… Kak Fa sekadar berkongsi jer… Tak paksa pun!

Semua Orang Memiliki Anak Dan Tidak Ada Orang Yang Tidak Menyayangi Anaknya

Semua individu yang bergelar ibu dan juga bapa ingin memberikan segala sesuatu yang terbaik untuk anak-anak masing-masing, tetapi kita ini adalah manusia yang mempunyai keterbatasan. Apabila kita sudah berusaha yang terbaik untuk anak-anak, kita tidak perlu risau atau bimbang dan merasakan yang kita kurang memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Selalu Berusaha Yang Terbaik Tetapi Jangan Melampaui Batas Kemampuan Diri Sendiri

Ada satu-satu ketika, kita tak dapat nak memenuhi atau memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita berbanding orang lain, sama ada dari segi ekonomi mahupun kemampuan. Just ingat, yang kita dah usaha sehabis boleh yang terbaik. Jangan suka nak membandingkan dengan orang lain sebab setiap orang memiliki tahap kemampuan yang tersendiri. Anak-anak kita pun sebenarnya secara hakikatnya bersyukur memiliki seorang ibu yang selalu berjuang yang terbaik untuk mereka. Jangan underestimate… Sebab walaupun usia anak-anak kita masih kecil, mereka melihat dan mereka dapat memahami dengan apa yang mereka lihat. Anak-anak zaman sekarang cepat matang walaupun masih di usia muda.

There Is Always A Solution To Every Problem

Dengan zaman moden yang dilengkapi dengan perkembangan arus teknologi, pelbagai produk dan ubat-ubatan, ianya memudahkan kita untuk mendapatkan penyelesaian. Equip diri sendiri dengan rajin membaca tips dari para ibu-ibu  yang sudah berpengalaman seperti dari blog, Instagram (ecewahhh…promosi nampak… Smile with tongue out), buku-buku parenting dan sebagainya. Jadi ketika anak jatuh sakit, sebagai contohnyalah kan… dengan berbekalkan pengetahuan yang pernah kita baca tu, kita boleh jadi lebih tenang dan tahu apa yang perlu kita lakukan.

Bijak Membahagikan Waktu Dan Perhatian

Yang ini, Kak Fa mengaku sangat-sangat… Kak Fa sangat juggling nak membahagikan waktu serta perhatian yang sama rata untuk semua sudut kehidupan Kak Fa termasuk Firash. Ada jugalah insiden-insiden peribadi disebabkan oleh time management Kak Fa yang tak betul. Tapi sebenarnya, you juggling ke? struggling ke? You tetap kena buat sehabis baik untuk bijak membahagikan waktu dan juga perhatian.

Selalu Bersyukur Di Atas Apa Yang Kita Miliki Dan Jangan Suka Membandingkan Anak

Jangan membandingkan anak kita dengan anak orang lain dan berharap yang anak kita boleh menjadi seperti A atau B. Setiap anak-anak itu berbeza serta memiliki kelebihan dan juga kekurangan masing-masing.

Jangan Risau Yang Berlebihan Jika Cara Kita Adalah Berbeza Dengan Ibu-Ibu Lain

Ada macam-macam cara untuk merawat anak-anak kecil dengan baik, tetapi belum tentu semuanya serasi dengan anak kita. Semuanya merupakan pilihan yang ditawarkan untuk kita sebagai ibu dan ianya bergantung kepada keserasian kita dan juga anak kita masing-masing.

The Most Important Thing For Our Baby Is For Us To Become His or Her Loving Mother

Jangan terlalu fokus kepada cara merawat anak kecil sehingga kita lupa untuk memperhatikan dan memberikan kasih sayang. Setiap ibu itu berbeza, tidak semua ibu boleh menemani anaknya 24 jam kerana harus bekerja. Memberikan kasih-sayang dan perhatian boleh menjadi waktu berkualiti dengan menemani mereka bermain, makan, tidur, outing dan menetapkan hari-hari khas untuk keluarga di hujung minggu.

Sebagai Ibu Seboleh Mungkin Kita Harus Selalu Happy Dan Sihat

Keadaan serta emosi kita sebagai ibu mempengaruhi anak. Trust me. I’ve been through and it is actually so hard ya, kalau kita emosi tak stabil kita terpaksa pretend depan anak semata tak nak anak pun terpaut emosi tak stabil kita tu. Ha ha ha… Open-mouthed smile Tak berjaya. It’s from the inner. Walaupun kita pretend yang kita happy macam biasa dan tak ada apa-apa, anak sebenarnya dapat rasa juga apa yang ada dalam hati kita. Nampak tak? Acquainted-nya ibu dan anak macam mana?

Kalau kita happy, anak kita juga pasti happy! Dan kalau kita sihat, kita akan selalu boleh memiliki waktu bersama dan menciptakan moment-moment penting bersama anak kita!

"As a new mom we often expect too high & expect perfection in taking care of our baby, but we tend to forget that the most important thing for them is simply for us to just become her or his loving mother!"

Kredit: SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !