Pendaftaran Online Murid TAHUN 1 2019 / 2020

Farah Waheda Wahid
0
PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 2019_2020
Kredit: Sumber dari SINI

Ehemmm… Sesiapa yang sekapal dengan Kak Fa… mempunyai anak yang lahir pada 2.1.2012 sehingga 1.1.2014, dah boleh mula set reminder dalam telefon pintar masing-masing dah sekarang, tarikh keramat 1 MAC 2018 untuk tugasan penting masing-masing. Smile. Jangan terlepas pandang pula… penting ni penting! Senang cerita, jika ibu bapa mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 dan 2013 iaitu berumur 5 atau 6 tahun sekarang, jangan lupa untuk mendaftar anak Darjah 1 secara online pada MAC 2018 nanti bagi menentukan dan memudahkan urusan penempatan di sekolah pilihan masing-masing. Take note ya? Pendaftaran sememangnya dibuka awal 2 tahun sebelum persekolahan anak-anak.

Bagaimana nak daftar… Tak perlulah Kak Fa nak ulang-ulang taip banyak kali kan? kan? kan? Sebabnya Kak Fa dah pernah kongsikan Panduan Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1 pada bulan Januari 2017 yang lalu. Sebagai highlight beberapa point penting dan ringkas, Kak Fa kongsikan pula perkongsian oleh Maryam Jamilah:

WAJIB TAHU – DAFTAR ANAK DARJAH 1

  • Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2012 (berumur 6 tahun pada 2018), yang lahir pada 2013 (berumur 5 tahun pada 2018) atau yang lahir pada 1.1.2014 (berumur 4 tahun pada 1.1.2018) wajib ambil tahu.
  • Ini sebagai peringatan untuk diri sendiri yang terlepas pendaftaran online Tahun 1 Amna pada tahun lepas ketika Amna berumur 5 tahun.
  • Macam biasa ayat ini keluar “alah tahun depan kan ada?”, sedangkan tahun depan (tahun ini 2018), saya perlu berebut untuk daftar dan tak boleh lupa atau Amna tak bersekolah. Open-mouthed smile
  • Guideline-nya begini:
  1. Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masih menggunakan pendaftaran manual.
  2. Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2018 – https://public.moe.gov.my
  3. Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
  4. Dokumen yang diperlukan:
    • Sijil Kelahiran Anak (Salinan + Asal)
    • Kad Pengenalan Ibu Bapa (Salinan + Asal)
    • Surat Nikah / Cerai (Salinan + Asal)
    • Bil Yang Mempunyai Alamat Tempat Tinggal
    • Sampul Surat Standard Dan Setem.
    • Laporan Doktor Dan Kad OKU (Jika Berkaitan)
    • Semua Dokumen Salinan Perlulah Disahkan Sebelum Dihantar Ke Sekolah (Informasi dari Puan Izura Abd Sani)
  5. Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no. 3 dan 4. Jika tidak perlu buat rayuan segera.

Untuk Kak Fa sendiri, Kak Fa nampaknya seperti macam dah mula banyak kerja dah ni walaupun sistem pendaftaran Tahun 1 sekarang dah mudah jika berbanding dengan zaman-zaman Kak Fa dulu. Ada research yang Kak Fa nak kena buat lagi ni. Muahahaha… Open-mouthed smile One thing that I noticed, sejak jadi mak-mak ni, tak pernahlah tak buat research. Rasanya penuh dengan research dan research dan research jer. Tak berhenti kerja Kak Fa jadi researcher selain dari jadi Personal Assistant dan Blogger. Dalam kepala ni, dah terbayang macam-macam perkara yang Kak Fa nak kena betul-betul perhatikan dan perhalusi sebagai persiapan Firash ke Tahun 1 pada tahun 2020 nanti.

*Sekejap jer dah nak daftar untuk kemasukan anak ke Tahun 1. Rasa macam semalam jer baru dia lahir kot? Ha ha ha… Smile with tongue out Percayalah Mommy… Firash tak lama lagi dah bujang dah!

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !