Mandi Bersama Anak

Farah Waheda Wahid
2
MANDI BERSAMA ANAK
Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Hidup ni, tak pernah ada yang kekal. Sampai masa, sampai ketika, sesuatu akan pergi meninggalkan kita ataupun kita perlu berhenti daripada melakukan sesuatu. You’ve just got to know when it is time… Salah-satu daripadanya adalah aktiviti mandi bersama anak. Jangan kata mana ada orang yang pernah mandi bersama anak? Ataupun jangan kata… Saya tak pernah sekali pun mandi bersama anak… Mungkin anda. Akan tetapi mungkin ada ibu bapa yang mandi bersama anak. Di kalangan kita, ada yang pernah dan ada yang tidak pernah. Anak lelaki mandi bersama ibu, anak perempuan mandi bersama bapa, adik beradik lelaki mandi sekali dalam satu bilik air bersama adik beradik perempuan – (ketika di usia kanak-kanak di bawah 6 atau 7 tahun).

Ibu bapa yang mandi bersama anak, punya alasan mereka serta pendapat mereka yang tersendiri. Ibu bapa yang mandi bersama anak berpendapat bahawa, mandi bersama anak mempunyai manfaatnya yang tersendiri seperti:

Melatih Anak Agar Berhati-hati

Ibu bapa ingin mendidik anak-anak, khususnya toddler tentang perkara-perkara yang boleh mereka lakukan dan tidak boleh mereka lakukan selama berada di dalam bilik mandi. Mandi bersama anak dapat memberikan akses kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak kecil dengan cara yang lebih mudah sehingga difahami oleh anak-anak.

Memperkenalkan Fungsi Alat-Alat Mandi

Children see, children do. Aktiviti mandi bersama adalah satu cara untuk melatih anak-anak tentang fungsi peralatan mandi, seperti bagaimana cara menggunakan gayung, menggunakan shower, menggunakan tandas, menggunakan span, menggunakan berus gigi dan sebagainya.

Melatih Anak Berani

Mungkin ada yang tidak sependapat kerana majoriti individu mengatakan mandi sendiri itu dapat melatih keberanian anak-anak kecil. Akan tetapi, bagi ibu bapa yang mandi bersama anak, anak-anak pada usia kecil tidak sepatutnya ditinggalkan di dalam bilik mandi seorang diri sebegitu sahaja, mereka harus didampingi dan diberikan kefahaman bahawa di dalam bilik mandi tidak ada yang perlu ditakuti. As a walkthrough guide sehingga anak-anak sudah mencapai satu tahap usia serta keyakinan diri untuk mandi sendiri.

Melatih Anak Tanggungjawab

Melentur buluh biar dari rebungnya.  As per saying by Stephanie J.Young di dalam bukunya Teach Your Children Responsibility – “Anak-anak perlu dilatih bagaimana cara untuk menjaga serta membersihkan tubuh badan mereka dengan betul dan mandi bersama ibu bapa adalah merupakan salah satu penyelesaiannya”.

Mengeratkan Hubungan

Mandi bersama anak adalah salah satu platform untuk ibu bapa berada dekat bersama dengan anak-anak dan mengetahui sesuatu berkenaan anak. Sambil mandi sambil bercerita, sambil mandi sambil menyanyi bersama-sama, sambil mandi sambil belajar bersama-sama.

Pendidikan Seks Awal

Peluang untuk ibu bapa mendidik anak mengenai siapa jati dirinya, bagaimana satu hari nanti organ-organ tubuh mereka akan mengalami perubahan seiring dengan pertambahan usia. Selain itu, peluang ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menegaskan kepada anak-anak supaya selalu melindungi tubuh badan mereka dari orang-orang yang mungkin berniat jahat. Didik anak untuk mengelak dan tidak membenarkan sebarang sentuhan oleh individu lain di daerah-daerah tubuh badan yang tidak sepatutnya.

Batasan Aurat Di Hadapan Anak

Di dalam Islam, ada batasan-batasan aurat seorang wanita yang boleh dan tidak boleh dinampakkan. Batasan aurat wanita di depan mahramnya, sesama wanita dan anak kecil yang belum memahami aurat wanita adalah sebatas tempat-tempat perhiasannya, iaitu kaki sampai bawah betis (tempat perhiasan gelang kaki), tangan sampai lengan (tempat perhiasan cincin dan gelang tangan) dan kepala sampai leher (tempat perhiasan anting-anting dan kalung).

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An-Nur: 31).

Sedangkan batasan aurat laki-laki adalah antara pusar hingga lutut, jadi pusar dan lutut bukanlah termasuk aurat. Ini merupakan pendapat jumhur ulama’. Jadi peha seorang laki-laki baligh adalah aurat, sehingga sebaiknya seorang laki-laki (ayah) juga jangan menampakkan pehanya dengan menggunakan seluar yang di atas lututnya sehingga pahanya terlihat.

Berdasarkan hadith ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha :

(‘Aisyah berkata), “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW sedang berbaring di rumah saya dengan membiarkan kedua pahanya atau kedua betisnya terbuka. Tak lama kemudian, Abu Bakar minta izin kepada Rasulullah untuk masuk ke dalam rumah beliau ….”


Syaikh Shalih Fauzan Al Fauzan, salah seorang ulama besar mengatakan dalam karyanya Al-Muntaqa,“Seorang wanita tidak diperbolehkan mengenakan pakaian mini di depan anak-anaknya dan mahramnya, dan tidak diperbolehkan memperlihatkan auratnya di depan mereka kecuali bagian anggota tubuh yang biasa terbuka yang tidak dapat menimbulkan fitnah. Pakaian mini bagi seorang wanita hanya boleh dipakai di depan suaminya saja.”

Tidak boleh menyingkap/membuka aurat di hadapan anak-anak yang sudah mumayyiz (sudah dapat membedakan sesuatu yang baik dan buruk). Sebab, Allah Ta’ala telah memerintahkan kaum mukminin untuk memerintahkan mereka yang belum baligh di dalam keluarga agar izin terlebih dahulu sebelum masuk kamar (orang tua) dalam tiga waktu, sebagaimana firman Allah yang artinya :


“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kalian miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kalian, meminta izin kepada kalian tiga kali (dalam satu hari), yaitu: sebelum shalat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah shalat Isya’. (Itulah) tiga ‘aurat bagi kalian. Tidak ada dosa atas kalian dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kalian, sebahagian kalian (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kalian. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nur: 58)

Inilah tiga waktu yang Allah perintahkan agar kita memerintahkan anak-anak kecil untuk izin terlebih dahulu padanya. Dan itu merupakan waktu-waktu seorang berpakaian seadanya.

Ibnu Asyur rahimahullah berkata dalam tafsirnya “At-Tahrir wat Tanwir “, “Ini merupakan waktu-waktu anggota keluarga menanggalkan pakaian mereka (yaitu berpakaian seadanya), maka buruk sekali jika anak-anak melihat aurat mereka. Pemandangan tersebut akan terus terakam di benak sang anak. Sebab, hal itu bukan perkara biasa yang ia lihat. Kerananya, wajib anak-anak dididik untuk menutup aurat agar menjadi akhlak dan kebiasaan mereka jika sudah besar.”

Perlu Atau Tidak Mandi Bersama Anak?

Siapalah kita untuk menentukan pilihan individu lain dan siapalah kita untuk membandingkan serta mempertikaikan keputusan individu lain yang mandi bersama anak. Ada individu yang bersetuju, ada individu yang tidak bersetuju kerana mereka berpendapat mandi bersama anak bukan satu-satunya cara untuk mengajarkan tentang perbezaan organ-orang di antara lelaki dan perempuan pada anak-anak kecil. Masih terdapat cara lain yang lebih baik dan lebih tepat untuk anak-anak kecil seperti:

  • Melalui buku / ensiklopedia. Umumnya, buku-buku pengetahuan tentang pengenalan anggota badan telah ditapis dengan sebaiknya supaya menjadi lebih edukatif kepada anak-anak. Lebih mudah bagi ibu bapa untuk menjelaskan tentang anggota-anggota badan lelaki dan perempuan kepada anak-anak.
  • Melatih anak untuk membersihkan diri sendiri setelah mereka mampu. Contohnya, di usia 4 tahun sudah boleh diajar untuk mencuci sendiri setelah membuang air kecil atau besar.
  • Mendidik anak bahawa selain daripada ibu bapa dan pengasuh, mereka tidak boleh membuka atau memperlihatkan alat kelamin mereka kepada individu lain. Didik juga mereka bahawa orang lain tidak boleh menyentuh mereka pada tempat-tempat tersebut.
  • Mendidik anak perbezaan alat kelamai tersebut dari melihat adik mereka yang sedang dimandikan ataupun daripada buku yang bersesuaian usia mereka. Perlu ditegaskan kepada anak-anak, yang setelah besar mereka perlu menutupnya. Tidak boleh memperlihatkan kepada kawan-kawan atau orang lain. Selalu ajar anak untuk memakai pakaian di dalam dan luar rumah. Selain itu, larang anak-anak untuk melihat ketika kawan-kawan mereka atau adik-beradik lain ke tandas atau menyalin pakaian.

Mungkin Bukan Mandi Bersama Anak Tetapi Mandikan Anak

Jika bukan mandi bersama anak, kasih sayang, ikatan ibu dan anak lelaki, bapa dan anak perempuan yang masih kecil, masih boleh dieratkan dengan aktiviti memandikan anak. Mandikan anak sehingga mereka bersedia dan sudah mempunyai kemampuan untuk mandi sendiri. Jika terpaksa mandi bersama anak sekalipun… Bagi ibu dan anak lelaki, ibu mungkin masih boleh menutup apa yang perlu ditutup – tak perlu tayang semuanya pada anak (ala-ala kira berbatas ler…). Begitu juga sebaliknya bapa dan anak perempuan.

Wallahu A’lam Bisawab. Setiap indiviu ada pendapat, fikiran dan juga cara yang tersendiri. Hanya mereka sahaja yang tahu apa yang mereka fikir dan mereka lihat dari perspektif mereka. Smile

*Kak Fa mula berhati-hati bila di hadapan Firash sejak-sejak dia dah pandai Phewittt Mommy dia bila Mommy dia keluar dari bilik mandi. Bagi Kak Fa, itu adalah salah satu tanda yang dia sudah mula mengenali perbezaan jantina, anggota tubuh badan dan itu juga adalah salah satu alert signal untuk Kak Fa ke atas perkembangan Firash yang semakin membesar sebagai seorang anak lelaki bujang. Winking smile. Bukan nak jadi Ustazah Alam Maya atau Ustazah Keyboard Warrior tetapi sekadar merupakan satu perkara yang Kak Fa cari ilmunya untuk nota diri sendiri dan pelajaran diri sendiri.


Sumber Rujukan :

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !