Home » , , , , , , , , , » LA’ FLORA france–This Gonna Be My New Best Friend in 2018

LA’ FLORA france–This Gonna Be My New Best Friend in 2018

LA'FLORA france THIS GONNA BE MY NEW BEST FRIEND IN 2018 (4)

2 Januari 2018 – Dengan lafaz Bismillah, Kak Fa mulakan entri pertama dari www.bubblynotes.com pada tahun 2018 ni. Smile. Ada benda baru yang sangat best untuk Kak Fa kongsikan! To those yang dah mula nak menjejakkan kaki ke usia 30-an pada tahun 2018 ni Kak Fa rasa elok sangatlah kalau anda berkenal-kenalan dengan LA' FLORA france.Winking smile. LA' FLORA france - This Gonna Be My New Best Friend in 2018. Sebab utama? Ianya mengandungi Repulpami ER® dan 100% gabungan semulajadi dari kelopak bunga raya putih dan ekstra pulpa baobab. Kalau rasa-rasa nak kekalkan keremajaan kulit dan diri, jangan pandang sebelah mata jer entri Kak Fa yang ni. Kalau tak nak juga... It’s your choice… Kak Fa tak rugi apa pun... Tapi anda mungkin akan ketinggalan sesuatu yang baik untuk anda.Tak apa lah...biarlah Kak Fa maintain awet muda sorang-sorang... Anda yang tak nak kan? Jangan cakap Kak Fa tak payung Umbrella ok? Winking smile

Berbanding dengan jenama-jenama lain di pasaran semasa, Kak Fa tau, anda mungkin belum pernah mendengar tentang rangkaian produk LA' FLORA france ini. Mungkin sahaja ini adalah merupakan kali pertama anda melihat dan juga mengetahui mengenai LA' FLORA france. Tak apa, tak tau tak apa...Tulah gunanya Kak Fa ni jadi blogger kan? Kak Fa akan bertugas membantu dengan seikhlasnya sepenuh hati untuk memberitahu anda segalanya tentang LA' FLORA france. Smile

#1: Sesi Berkenalan Dengan Rangkaian Produk Anti-Penuaan LA' FLORA france

Rangkaian produk anti-penuaan LA' FLORA france adalah merupakan rangkaian produk yang mengandungi Repulpami ER® yang aktif secara global di mana ianya telah dihasilkan di Perancis dan terbukti secara klinikal bertindak sebagai:

  • Agen anti-kedutan yang menghalang penguncupan otot yang dapat memberikan kesan seperti botox. (Anti-Wrinkle Action)
  • Agen untuk menanggalkan dan mengurangkan lipolisis serta merangsang adipogenesis. (Plumping and Lifting Action)
  • Agen peregangan di mana Repulpami mengaktifkan ekspresi gen yang bertanggungjawab untuk menguatkan dan meneguhkan epidermis. (Firming Action)
  • Agen Penghidratan di mana dengan Repulpami ianya dapat membantu meningkatkan penghidratan kulit sehingga 35%. (Hydration Effect)

pH yang seimbang, bebas daripada sabun dan tidak mengandungi bahan berbahaya seperti paraben, SLES/SLS, agen pewarna, GMO. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Jadi kalau anda di dalam kategori kalangan orang-orang yang kulitnya sensitif, tak perlu takut-takut nak pakai produk LA' FLORA france ya?

#2: Apa Jer Rangkaian Produk Anti-Penuaan LA' FLORA france?

Sebenarnya banyak. Rangkaian produk anti-penuaan LA' FLORA france terdiri daripada:

  • LA' FLORA Purifying Makeup Remover
  • LA' FLORA Repulping Facial Cleanser
  • LA' FLORA Pore Refining Facial Toner
  • LA' FLORA UV Protection Day Cream
  • LA' FLORA Moisture Lock Hydrating Serum
  • LA' FLORA Age Reverse Night Serum
  • LA' FLORA Moisturising & Firming Shower Gel
  • LA' FLORA Skin Firming Body Lotion

Buat permulaan tahun 2018 ni, Kak Fa fokus kepada LA' FLORA Moisturising & Firming Shower Gel dan juga LA' FLORA Skin Firming Body Lotion. Kak Fa baru jer bermula sebagai pengguna kedua-dua produk yang Kak Fa nyatakan ini. Smile . Walaupun baru tapi sangat-sangat best! Kak Fa suka dengan hasil, bau dan perasaan Kak Fa setelah mula menjadi pengguna produk-produk LA' FLORA yang Kak Fa maksudkan.

LA' FLORA Moisturising & Firming Shower Gel

LA'FLORA france THIS GONNA BE MY NEW BEST FRIEND IN 2018 (7)

Dah hampir seminggu Kak Fa menggunakan LA' FLORA france Moisturising & Firming Shower Gel ni. Apa yang Kak Fa perasan adalah walaupun tidak mengandungi bahan kimia serta bebas sabun, baunya tetap wangi! Bau yang terhasil dari natural essential oil fragrance yang dihasilkan di UK, bukannya artificial fragrance.! Smile Suka sangat! Selepas tu, kulit pula dah tak ada masalah kering lagi. Kalau tak tu... Memang terasa keringnya.



Fungsi LA' FLORA france Moisturising & Firming Shower Gel ini adalah untuk melindungi kulit dari dehidrasi dengan menggantikan air dalam tisu, membantu mengekalkan struktur semulajadi kulit, menyediakan filem pelindung pada kulit untuk mencegah serta menangguhkan kehilangan air transepidermal, memperbaiki penyerapan kelembapan kulit serta mengekalkan kelembapan kulit, memperbaiki sistem hidrasi kulit dan membantu mengurangkan kedutan serta garis halus di tubuh badan.

LA' FLORA france Skin Firming Body Lotion

LA'FLORA france THIS GONNA BE MY NEW BEST FRIEND IN 2018 (6)

Losyen badan terbaik bagi Kak Fa setakat ini. Bau wangi tu dah tentu-tentu lah... Tak pakai perfume pun tak apa weiii! Sebab bau dia pun dah macam perfume dah. Losyen ni sebenarnya sangat-sangat membantu di dalam meningkatkan keanjalan kulit dan "skin plumping", mengekalkan kelembutan serta kelicinan kulit dan melembap secara mendalam di samping mengekalkan tahap kelembapan.

LA'FLORA france THIS GONNA BE MY NEW BEST FRIEND IN 2018 (5)

Langsung-langsung tak berminyak dan melekit. Kadang-kadang tu bila pakai losyen, bagi wanita yang memandu terasa macam melekit kan stereng kereta tu? Tapi dengan LA' FLORA france tak terasa pun berminyak atau melekit. Memang sangat selesa pada Kak Fa. Kak Fa jarang nak suka losyen tapi dengan LA' FLORA Kak Fa jadi gemar dengan losyen.

Bila dah rasa pengalaman sendiri menjadi pengguna LA' FLORA france, Kak Fa tergerak pula rasa hati nak jadi pengguna produk LA' FLORA france yang lain selain yang Kak Fa dah pakai. Umur dah 35 tahun dan nak melangkah ke 36 tahun pada 2018 ni, nampak-nampak gayanya LA' FLORA france memang produk yang bersesuaianlah dengan Kak Fa. Jaga dari sekarang untuk kekalkan penampilan semasa walaupun usia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kak Fa dah nampak dah, produk apa yang dapat bantu Kak Fa untuk misi itu.

Owhh...Mesti ada yang tertanya-tanya di mana Kak Fa dapatkan produk LA' FLORA france ni... Kalau ada yang berminat:

UNTUK MAKLUMAT LANJUT



UNTUK PEMBELIAN PRODUK

CAWANGAN HEALTHLANE FAMILY PHARMACY

LA’ FLORA france–This Gonna Be My New Best Friend in 2018 (7)

LAZADA

SHOPEE
Terimakasih telah membaca artikel LA’ FLORA france–This Gonna Be My New Best Friend in 2018. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

6 komentar:

  1. Bila umur dah masuk 3 series ni...
    produk² mcnie mmg menjadi keutamaan nieyl..

    ReplyDelete
  2. mestilah produk ni bagus kan kalau farah dah teruskan ni...

    ReplyDelete
  3. Da bli cleanser n serum br nk google cr org review...hope sesuai la n dpt kurangkan jerawat kt muka ni...

    ReplyDelete
  4. Da bli cleanser n serum br nk google cr review...hope sesuai dgn kulit yg tgh naik jerawat ni...thn ni 33...😊

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.