Having Difficulties with Writing!

Farah Waheda Wahid
0
HAVING DIFFICULTIES WITH WRITING!
Kredit: Gambar dari Google

Bukan tak reti nak menulis kisahnya… walaupun tajuknya adalah having difficulties with writing! Apa yang Kak Fa cuba sampaikan adalah di mana, Firash agak susah untuk menulis jika Kak Fa suruh ataupun dengan lebih tepat jika dengan Kak Fa. Memang kadang-kala tu buatkan Kak Fa cuak dan buatkan Kak Fa susah hati sebab tak pernahlah rajin nak menulis depan Kak Fa. Ada BFF beritahu Kak Fa yang anak lelaki memang malas sikit bab menulis. Open-mouthed smile Ha ha ha… Al-maklumlah tak ada pengalaman kan? Tapi! Pointing up Kalau dekat school tu, Alhamdulillah, menulis juga dia. Dengan Mommy ni ha…Dengan Mommy memang payah betul nak menulis.

Alasannya mudah sahaja… Anak ni perwatakannya di hadapan ibu bapa lain. Perwatakkannya di sekolah lain. Risau Kak Fa tentang dia tak nak menulis depan Mommy sampaikan buat Kak Fa beri pesanan khidmat masyarakat pada Teacher dia supaya bantu Kak Fa untuk dia rajin menulis. Tapi kannn… Dekat school dia mau menulis! Psssttt… Sebelum tu Kak Fa dah beri lampu hijau dah pada Teacher dia… Buatlah apa saja, marahlah apa saja… Kak Fa tak kisah pun…Janji dia nak menulis. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Pernah sekali dengan linangan air mata, dia tetap menulis. Nak salahkan dia pun tak boleh juga… Mungkin ada kesilapan dari diri Kak Fa sendiri dan mungkin juga disebabkan faktor umur dia yang masih muda or what.

Tak perlulah kita nak fokus pada kesilapan yang lalu ya tak? Yang penting kita perlu fokus kepada penyelesaian ke atas situasi serta keadaan semasa yang berlaku sekarang. The damage is done… What’s important now is how to rectify or eliminate the problem. Betul tak? Masih belum terlambat to fix everything. Setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian serta ruang dan peluang untuk kita perbaiki. Kak Fa selalu fikir positif begitu untuk dapatkan aura positif. Orang lain Kak Fa tak tau lah kan? Tapi itulah Kak Fa… Sekiranya berlaku sesuatu, Kak Fa percaya pasti ada ruang dan peluang untuk penambahbaikan. Fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik kan? Winking smile.

Jenuh juga Kak Fa mencari tahu dan memanjangkan akal untuk Firash jadi suka menulis. Apa sahaja yang Kak Fa tak pernah buat? Gunakan printables Thomas and Friends, gunakan semua watak-watak kartun yang dia suka. However, Kak Fa tak rasa itu satu langkah yang jitu lagi. Kak Fa rasa tak puas! Kak Fa rasa usaha Kak Fa tu macam tak cukup baik lagi untuk buatkan Firash suka menulis. Kak Fa mencari jalan penyelesaian di mana Kak Fa tak perlu pegang tangan Firash senantiasa setiap kali Kak Fa suruh dia menulis. Kak Fa nak dia sendiri yang pegang pensel dan dia sendiri yang melayang-layangkan tangan di atas kertas untuk membentuk abjad dan juga nombor atau apa sahaja.

Memang Kak Fa rasa apa yang Kak Fa lakukan belum cukup bagus untuk jadikan Firash cinta menulis. Dalam pencarian Kak Fa, akhirnya Kak Fa jumpa satu perkongsian melalui sumber di SINI:

Langkah Satu

Aktiviti penulisan pertama tidak perlu melibatkan anak-anak menulis atau memegang pensel. Tak pegang pensel? Macam mana anak hendak menulis kalau tak guna pensel? Tentu ibu bapa pelik kan?

Sebenarnya pensel dan pena akan digunakan tetapi yang akan menggunakannya adalah ibu atau bapa atau guru. Ibu atau bapa bertindak seperti wartawan atau seorang setiausaha. Ibu atau bapa bersama sekeping kertas dan pensel atau pena akan mengajak anak untuk bercerita.

Langkah Kedua

Seterusnya, ibu atau bapa akan bertanya kepada anak apa yang berlaku pada hari tersebut (maka seeloknya aktiviti ini dilakukan pada sebelah petang atau malam). Ibu atau bapa mungkin sudah mengetahui tentang perkara-perkara menarik yang mungkin telah berlaku pada hari yang berkenaan, contohnya, anak baru sahaja pulang daripada lawatan sekolah ke zoo. Ibu atau bapa, boleh bertanya, “Tadi adik pergi ke mana dengan kawan-kawan dan cikgu?”. Dia menjawab “Zoo”. Seterusnya ibu boleh bertanya, “Ada apa di zoo?”.

Langkah Ketiga

Kemudian ibu atau bapa akan menulis apa yang anak akan ceritakan, apa yang dilihat. Ibu atau bapa akan menulis di kertas. Masa ini ibu boleh beritahu bahawa pada hari itu bermulalah aktiviti menulis diari aktiviti anak. Ibu akan menulis dalam ayat yang lengkap sambil diperhatikan oleh anak.

Apa yang berlaku di sini adalah anak melihat “fenomena” menulis, anak mengamati tulisan yang ditulis ibu atau bapanya yang merupakan hasil daripada kata-katanya atau ideanya. Anak didedahkan kepada sebab dan perlunya dia untuk menulis. Anak akan teruja melihat apa yang difikirkannya dapat digambarkan di dalam bentuk tulisan.

Langkah Keempat

Akhirnya, membuatkan anak-anak suka menulis. Aktiviti ini sebaiknya dilakukan setiap hari. Ianya boleh menjadi lebih menarik dengan meletakkan gambar yang berkaitan, tiket masuk atau sebarang kenangan berkaitan aktiviti. Mendekorasi muka depan diari boleh juga dijadikan aktiviti kreatif yang tersendiri.

Noted on this and Kak Fa akan mulakan dari hari ni dan tiba-tiba terfikir, kenapalah tak terfikir dari awal cara ni kan? Bila Kak Fa amat-amati, mungkin ada kebenarannya dan mungkin cara ni akan efektif juga. Tiba-tiba rasa tak sabar nak mulakan aktiviti ni hari ni juga! Sesiapa yang punya anak di tahap preschool dan menghadapi masalah yang sama dengan Kak Fa?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !