Gong Xi! Gong Xi!–Lebih 1 Juta “Wang Bersama Shopee” Di Dalam FORTUNE ANG PAO

Farah Waheda Wahid
0
Gong Xi! Gong Xi!–Lebih 1 Juta “Wang Bersama Shopee” Di Dalam FORTUNE ANG PAO

Calling all Shopee people! Gong Xi! Gong Xi! – Lebih 1 Juta “Wang Bersama Shopee”  Di dalam FORTUNE ANG PAO. Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen “Wang Bersama Shopee’ sempena Tahun Baru Cina yang akan datang ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM 1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari 2018 dan berakhir pada 25 Februari 2018.

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan “Fortune Ang Pao” yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM 1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang menggambil bahagian. Bermula 15 Januari 2018 sehingga 23 Februari 2018, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas adalah merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadia termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.

Gong Xi! Gong Xi!–Lebih 1 Juta “Wang Bersama Shopee” Di Dalam FORTUNE ANG PAO (3)

Kaki shopping pasti ternanti-nanti Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee. Anda juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook “Wang bersama Shopee sempena Tahun Baru Cina 2018” (Wang with Shopee this CNY 2018). Semakin ramai yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci yang boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM 10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang.

Gong Xi! Gong Xi!–Lebih 1 Juta “Wang Bersama Shopee” Di Dalam FORTUNE ANG PAO (2)

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee,

“Perayaan Tahun Baru Cina adalah merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit, Permainan, Kanak-Kanak & Bayi, Telefon Bimbit, Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen “Wang bersama Shopee” yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini”.

Sempena Tahun Baru Cina pada kali ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckit Benckinser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk. Sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi e-Dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding Feng Shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama tersebut merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding Feng Shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.

Gong Xi! Gong Xi!–Lebih 1 Juta “Wang Bersama Shopee” Di Dalam FORTUNE ANG PAO (4)

Kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini. Bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan tiket percuma ke acara “Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur” untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM 30.00 dari kedai dalam talian kami,” kata YBhg. Dato’ Joey Yap.

Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari  2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaru dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM 23.00 dan RM 116 dari capaian https://shopee.com.my/joeyyapstore.

Untuk Maklumat Lanjut tentang ‘Wang bersama Shopee’, Layari:

Untuk mendaftarkan diri ke acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’, layari:

Kedai Rasmi YBhg. Dato’ Joey Yap:

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
#WangWithShopee

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !