SAKIT MULUT Cerita Demam Suhu Tinggi Kali Ini

Farah Waheda Wahid
0
SAKIT MULUT CERITA DEMAM SUHU TINGGI KALI INI (4)

Lama dah Firash tak demam – Kali terakhir demam adalah pada 31 Mei 2017 yang disebabkan oleh Chicken Pox. 1 Disember 2017 demam suhu tinggi menyerang kembali. Bila Firash demam – orang yang paling risau dan tak senang duduk adalah Kak Fa. Semuanya semata-mata kerana sejarah febrile fits yang pernah menyerang Firash sewaktu dia berusia setahun lebih dan Firash terdedah kepada risiko untuk diserang kembali febrile fits yang berkenaan selagi tak lepas usia 6 tahun. Disebabkan itu bila Firash demam, Kak Fa akan berusaha sedaya mungkin untuk membantu menurunkan suhu badan Firash biar dengan apa cara sekalipun. Semoga peristiwa yang mengerikan itu tidak berulang kembali. SAKIT MULUT… Cerita Demam Suhu Tinggi Kali Ini. Pengalaman pertama buat Kak Fa sebagai seorang ibu.

SAKIT MULUT CERITA DEMAM SUHU TINGGI KALI INI (1) 

Pattern demam Firash ialah dia suka demam suhu tinggi pada waktu malam. Malam 30 November 2017 tu, suhu memang tinggi walaupun tak cecah bacaan 39 darjah Celcius. Firash… Kalau dah demam… bacaan 38 dan 39 tu memang bacaan untuk suhu demam dia. Tapi Kak Fa memang doa jer, tiap kali Firash demam supaya tak cecah 39 darjah Celcius. Syukurlah demam kali ni, bacaan cuma di sekitar 38 darjah Celcius sahaja. 1 Disember 2017, ikutkan hati nak ajer ambil cuti kecemasan. Tapi tak boleh! Sebab pertama – Boss besar dari UK datang ke office untuk mesyuarat penting yang melibatkan Boss Kak Fa, team mate Kak Fa dan Kak Fa. Sebab kedua – kepantangan Boss Kak Fa adalah cuti pada hari Jumaat dan juga Isnin. Memang dia tak gemar sangat tu. Faham kan? Dan fahamkan bagaimana tersepitnya seorang ibu yang bekerja bila terikat dengan komitmen kerja macam ni? Makanya, apa yang mampu Kak Fa lakukan adalah berdoa supaya keadaan Firash ok dan minta bantuan nenek Firash untuk pantau dan maklumkan kepada Kak Fa sekiranya berlaku apa-apa. Kalau berlaku apa-apa, memang Kak Fa terus jer balik. Tak kira apa dah… Anak kan? Mestilah itu lebih penting.

Dalam tengah hari 1 Disember 2017 tu, nenek Firash telefon Kak Fa beritahu yang keadaan Firash semakin panas badannya. Memang tak senang duduklah Kak Fa di office. Nak tunggu pukul 5.00 petang tu… Ya ampunnn… Lama rasanya… Tepat 5.00 petang ingatkan boleh terus balik, tapi masih ada perkara yang perlu diselesaikan sehinggalah akhirnya pukul 5.35 petang Kak Fa memandu kereta dengan kadar kelajuan yang sangat-sangat laju semata-mata nak cepat sampai rumah dan bawa Firash ke klinik. Alhamdulillah sampai dengan selamat dan kami ke klinik. Sewaktu pemeriksaan…

SAKIT MULUT CERITA DEMAM SUHU TINGGI KALI INI (2)

Inilah dia punca demam Firash. Bintik-bintik merah di lelangit Firash. Alahaiii… Kesiannya…Patutlah sibuk dia mengadu mulut dia sakit dan tak nak makan serta minum. Memang sakit mulut pun. PAED beritahu yang boleh jadi ini berpunca dari jangkitan melalui udara seperti batuk dan juga sentuhan. Perkara-perkara macam ni memang berlaku di kalangan kanak-kanak yang sudah masuk ke sekolah katanya. Makanya, Firash diberikan bekalan ubat seperti ubat demam dan juga antibiotik. Bermulalah waktu medication untuk Firash.

Fakta Sakit Mulut Sebagai Panduan Ibu Bapa

SAKIT MULUT CERITA DEMAM SUHU TINGGI KALI INI (5)

Sakit Mulut Jenis Berjangkit

  • Kebiasaannya menyerang kanak-kanak.
  • Berpunca dari kesakitan dari dalam mulut atau di sekitar bibir kanak-kanak.

Sakit mulut jenis berjangkit juga dikenali  sebagai:
  1. Ulser mulut / mulut melepuh.
  2. Ulser mulut / mulut pecah-pecah kerana demam atau suhu badan yang tinggi.
  3. Herpetic gingivostomatitis (istilah perubatan)

Sakit mulut ini boleh terjadi di pelbagai kawasan dalam mulut seperti kawasan pipi dan bibir, sekitar gusi, lidah atau lantai mulut dan juga lelangit keras dan lelangit lembut.

Apakah Punca Anak Sakit Mulut?

Secara umum sakit mulut boleh disebabkan oleh jangkitan atau bukan disebabkan oleh jangkitan. Selalunya sakit mulut di kalangan anak kecil adalah disebabkan oleh jangkitan virus (PAED beritahu Kak Fa, Firash terkena jangkitan virus). Terdapat juga yang disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat. Sakit mulut bukan disebabkan jangkitan pula berpunca daripada pelbagai faktor. Jadual di bawah menerangkan dengan ringkas sebab-sebab kanak-kanak mengalami sakit mulut:

SAKIT MULUT CERITA DEMAM SUHU TINGGI KALI INI (6)

Tanda dan Gejala Apabila Mulut Anak Anda Sakit

Tanda tanda yang anda boleh lihat sekiranya anak anda sakit mulut, adalah seperti di bawah :
SAKIT MULUT CERITA DEMAM SUHU TINGGI KALI INI (7)

Gejala yang mungkin ada sekiranya anak anda sakit mulut adalah seperti:
  1. Sakit-sakit otot
  2. Kesukaran untuk makan atau minum
  3. Sakit-sakit dan sengal-sengal badan
  4. Air liur meleleh
  5. Sakit kepala
  6. Kelesuan
  7. Merengek dan meragam

Bawa anak anda berjumpa doktor gigi/doktor untuk pemeriksaan dan nasihat sekiranya anak anda mengalami perkara berikut :
  1. Demam panas yang tinggi
  2. Sawan yang disebabkan demam panas
  3. Kesakitan atau ulser/lepuhan di sekitar mata atau di bahagian anggota badan yang lain
  4. Sakit mulut  yang tidak sembuh selepas 14 hari atau terjadi berulang kali
  5. Terdapat tanda jangkitan di kawasan ulser/melepuh seperti bernanah, berair dan Kebengkakan
  6. Terdapat tanda kekurangan air dalam  badan (anak akan kurang buang air kecil, air kencing berwarna lebih gelap dan sedikit , dahaga melampau, mulut kering dan rasa ingin pitam)
  7. Anak anda mempunyai masalah perubatan lain yang melemahkan sistem ketahanan tubuhnya
  8. Sakit mulut yang melampau
  9. Kesukaran untuk menelan, minum atau makan

Apa Yang Boleh Dilakukan di Rumah Sekiranya Anak Anda Sakit Mulut


Sekiranya doktor gigi/doktor mengesahkan bahawa anak anda  menghidap sakit mulut yang disebabkan oleh  jangkitan, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perebakan jangkitan seperti carta di bawah :

SAKIT MULUT CERITA DEMAM SUHU TINGGI KALI INI (8)

Anda juga boleh membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan sakit mulut anak anda dengan kaedah berikut:

SAKIT MULUT CERITA DEMAM SUHU TINGGI KALI INI (9)
SAKIT MULUT CERITA DEMAM SUHU TINGGI KALI INI (10)

Sakit mulut anak kecil yang disebabkan jangkitan virus selalunya akan sembuh sendiri dalam masa 7-14 hari. Selalunya ulser/pecah-pecah/lepuhan akan sembuh tanpa meninggalkan kesan parut melainkan ulser/pecah-pecah/lepuhan itu terlalu besar.

Rawatan Untuk Sakit Mulut Kanak-Kanak

Doktor gigi/doktor akan memastikan sakit mulut anak anda bukan penyakit atau jangkitan serius lain yang juga akan menyebabkan  mulut anak anda sakit.

Contoh-contoh keadaan/penyakit serius lain yang juga menyebabkan mulut sakit di kalangan kanak-kanak adalah seperti:
  1. Impetigo (disebabkan jangkitan bakteria)
  2. Oral thrush  (disebabkan jangkitan kulat)
  3. Alahan
  4. Cacar air
  5. Penyakit kaki, tangan dan mulut
  6. Herpangina (disebabkan jangkitan virus Coxsackie )

Selalunya ujian makmal tidak diperlukan untuk mendiagnos sakit mulut anak anda melainkan doktor mengesyaki anak anda menghidapi keadaan/jangkitan serius seperti yang tersenarai di atas. Doktor gigi/doktor dapat mengesahkan jenis sakit mulut anak anda berdasarkan keadaan di dalam mulut anak anda dan daripada riwayat kesakitan mulut yang diceritakan oleh ibubapa/penjaga.

Doktor gigi/doktor mungkin akan memberikan anak anda dengan:
  1. Ubat demam atau ubat penahan sakit
  2. Ubat sapu untuk disapu pada bahagian sakit
    • Petua meletakkan ubat sapu di dalam mulut – pastikan anak anda telah makan terlebih dahulu sebelum menyapu ubat. Bersihkan kawasan dalam mulut dengan tuala lembut atau bebola kapas dan pastikan kawasan tersebut agak kering.gunakan putik kapas untuk menyapu ubat tersebut di kawasan dalam mulut yang sakit. Pastikan anak anda tidak makan atau minum sekurang-kurangnya 30 minit selepas ubat disapu. 
  3. Ubat kebas (gel) untuk melegakan kesakitan
  4. Ubat kumur untuk mengelakkan jangkitan kuman yang boleh berlaku disebkan kanak-kanak tersebut tidak dapat memberus gigi atau membersihkan mulut seperti biasa.

Sakit mulut jarang memerlukan anak anda dimasukkan ke hospital. Walau bagaimanapun, sakit mulut mungkin memerlukan anak anda dimasukkan ke hospital sekiranya tanda dan gejala yang dialami oleh anak anda sangat teruk/serius. Kemasukan ke hospital adalah bagi memastikan anak anda tidak mengalami kekurangan air dalam badan yang serius kerana anak anda tidak boleh makan dan minum seperti biasa. Ia juga bagi mengelakkan komplikasi lain yang mungkin timbul.

Sakit mulut yang disebabkan jangkitan virus selalunya tidak memerlukan ubat antivirus. Doktor gigi/doktor akan menentukan samada anak anda memerlukan ubat antivirus atau tidak.

Doktor gigi/doktor hanya akan memberikan anak anda antibiotik sekiranya mereka mengesyaki sakit mulut anak anda telah dijangkiti bakteria. 


Alhamdulillah, setakat ke hari ini, nampaknya Firash progressing. Kak Fa setiap hari dok cek lelangit dia tu. Habis jugalah satu badan Kak Fa godek dan belek demi nak memastikan supaya tak ada tanda-tanda HMFD. Alhamdulillah. Tak ada. PAED pun dah confirm-kan yang ia bukannya HMFD. Good thing is, walaupun demam that day, dia masih boleh melompat, menari, menyanyi dan bermain seperti biasa. Firash kuat kan? As of semalam dan hari ni, nampaknya semakin pulih. Lelangit pun dah tak ada bintik-bintik merah lagi tetapi masih di dalam pemantauan semasa Kak Fa dan juga nenek dia. Smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !