Kalendar Kuda 2018

Farah Waheda Wahid
5
KALENDAR KUDA 2018
Yang mana-mana terasa macam susah sangat nak mencari Kalendar Kuda 2018 tu… Entri Kak Fa pada kali ini mungkin dapat membantu anda. Sebabnya? Sebabnya Kak Fa gigih mencari Kalendar Kuda untuk tahun 2018 semata-mata demi nak memenuhi permintaan Mama Kak Fa yang memang takkan nak kalendar lain selain daripada Kalendar Kuda. Smile. Setiap tahun bila Disember tiba, pasti Mama Kak Fa akan sibuk berulang-ulang kali bertanyakan Kalendar Kuda. Kalau dulu mudah jer nak dapat dari merata kedai runcit, bengkel kan? Sekarang ni, disebabkan zaman ekonomi yang semakin mencabar, ramai yang cut cost! Ha ha ha… Winking smile Kurang sangat dah orang buat giveaway kalendar macam zaman-zaman sewaktu Kak Fa kecil dulu. Dulu tak minta pun… berlambak-lambak orang dok sedekah kalendar.

Toksah cakap apalah, Kak Fa yang bekerja ni pun sepatutnya bolehlah dapat banyak table calendar kan? Dari supplier ke? Client ke? Agent ke? Ha ha ha… Open-mouthed smile Setakat ke hari ni baru satu jer table calendar yang Kak Fa dapat oiii…. Jadilah daripada nan hado. Memang banyak company cut cost sekarang ni. Itu Kak Fa faham. Sedangkan kita sendiri pun untuk perbelanjaan isi rumah pun nak cuba cut cost, inikan pula syarikat-syarikat kan? Selagi boleh berjimat kita berjimatlah. Jadi nak bebel panjang-panjang pasal orang kedekut kalendar pun tak guna juga sebab hakikatnya kita sendiri pun faham.

Ada orang panggil Kalendar Kuda ni sebagai Kalendar Cina. Tapi Kak Fa tak pernah pun panggil Kalendar Cina. Cuma sedikit cerita mengenai Kalendar Cina sebagai pencerahan… Kalendar Cina adalah mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar. Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun Kalendar Cina masih digunakan untuk menandakan perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan perayaan Kuih Bulan. Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru. Oleh kerana setiap bulan mengikut satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai Kalendar Pertanian manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai Kalendar Umum atau Kalendar Barat.

Macam tulah penerangkan yang terperinci mengenai Kalendar Kuda atau Kalendar Cina. Kak Fa senang jer, yang Kak Fa faham, Kalendar Kuda ni memang mudah untuk lihat cuti! Alasan kenapa mak-mak suka sangat dengan Kalendar Kuda adalah disebabkan oleh Kalendar Kuda ni ada menandakan tarikh-tarikh cuti sekolah. Tak percaya? Kalau tak percaya silalah lihat Kalendar Kuda 2018 yang Kak Fa sempat kumpul dan paparkan untuk anda semua.

Kalendar Kuda Januari 2018

Kalendar Kuda Februari 2018

Kalendar Kuda Mac 2018

Kalendar Kuda April 2018

Kalendar Kuda Mei 2018

Kalendar Kuda Jun 2018

Kalendar Kuda July 2018

Kalendar Kuda July 2018

Kalendar Kuda Ogos 2018

Kalendar Kuda September 2018

Kalendar Kuda Oktober 2018

Kalendar Kuda November 2018

Kalendar Kuda Disember 2018

Projek Kak Fa sekarang adalah nak cetak satu persatu elok-elok, cantik-cantik dan bawa balik rumah. Gantung di dinding dapur rumah. Ha ha ha… Open-mouthed smile Kalendar nilah yang kami anak-beranak gunakan nak tandakan tarikh beli gas memasak (nak kira berapa lama gas memasak tu tahan dan bila nak stand by beli gas memasak yang baru), tandakan tarikh susu formula Firash dibuka (nak kira berapa lama satu paket boleh bertahan dan nak bajet bila kena beli susu Firash semula), nak lihat cuti umum, nak lihat cuti sekolah. Satu kalendar, macam-macam guna oiii…. Banyak perkiraan dalam kehidupan memang dari Kalendar Kuda. Jadi Kak Fa tak hairanlah kenapa ramai sangat yang nak sangat mencari Kalendar Kuda. Kak Fa tak kuasa nak pergi bertanya di kedai runcit atau bengkel-bengkel yang ada. Kalau orang nak bagi tu bagilah. Maknanya adalah rezeki. Tapi kalau tak ada pun tak apa. Sekarang kan zaman segalanya dihujung jari. Buka jer enjin carian Google, search dan klik.

Pada yang nak muat turun Kalendar Kuda 2018 untuk kegunaan peribadi bolehlah klik pada pautan yang Kak Fa dah sediakan khas untuk anda di Google Drive Kak Fa… https://drive.google.com/drive/folders/1mZGK1AdJ6qt7qK1YcoBhCRNrBQpYyuo2?usp=sharing.

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah, best sgt ni kak fa. mmg suka guna kalendar kuda ni. details kan ;)

    ReplyDelete
  2. Kalender kuda juga yang ramai cari..sebab senang nak tengok..Banyak juga dapat kalender kuda ni..Sebab bulan ni banyak membeli.Barang sekolah, barang dapur, tukar perabot..jadi banyak la dapat...hahah..

    ReplyDelete
  3. Ada yg salah kelender tu.. Cuba cek btl2.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !