GOLDEN AGE?

GOLDEN AGE

Dari perkongsian What’s App Genius Aulad untuk manfaat ibu bapa bersama. 0 sehingga 6 tahun – GOLDEN AGE? Merujuk pada apa GOLDEN AGE ini? Bukan Flash Cards, bukan Hafazan Al-Quran, bukan Solat, bukan Buku Kanak-Kanak, bukan Educational Toys, bukan Set Pembelajaran Yang Berharga 4 Angka, bukan Nursery Rhymes! Rupanya silap banyak sangkaan saya. Tersentak saya bila dengar kupasan mengenai nasihat Luqman di dalam Al-Quran. Nasihat pertama berbunyi:

Wahai anakku, janganlah engkau menyekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar

Rupanya asas pendidikan anak ketika kecil pada masa kritikal yang kita gelarkan sebagai GOLDEN AGE ialah pendidikan AQIDAH. Eh? Kenapa tak sebut solat dulu? Solat jatuh ke tangga agak bawah dalam nasihat Luqman. Rupanya anak yang diberi asas pendidikan AQIDAH ketika 0-6 tahun akan mudah untuk bersolat pada usia 7 tahun nanti.

Bagaimana pula dengan didikan kenal Al-Quran dan ajar solat seawal kecil? Bagus…! Dan sepatutnya diteruskan. Cuma jangan terlalu disibukkan dengan Flash Card atau Hafazan/Solat hingga tertinggal aspek pendidikan AQIDAH. Membaca Al-Quran dan Hafazan hanya merupakan skill yang kita mahu anak kuasai. Tetapi benih keimanan bermula dengan menanam AQIDAH. Soalannya…

Bagaimana Mahu Tanamkan AQIDAH Dalam Diri Anak Kecil?

(Tips ini untuk anak yang 2 tahun ke atas)


1. Perkenalkan Allah dan CiptaanNya

”Mak, kenapa Allah buat kita ni ada gigi?” soalan anak saya yang berusia 4 tahun sambil tunjuk dalam mulut. “Mak, dah hujan… kenapa Allah turunkan air dari atas?”. Saya pasti setiap anak kita selalu tanya soalan pelik-pelik tentang diri mereka atau Allah. Usahakan untuk beri jawapan dan kaitkan dengan sifat-sifat Allah (Asma’ul Husna).

Contoh jawapan saya beri: “Allah bagi adik dan mak gigi supaya kita boleh koyakkan makanan dan boleh kunyah makanan sampai hancur… sebelum telan. Adik bayangkan kalau kita tak ada gigi, tercekit nak telan makanan keras dan besar… Baikkan Allah sebab bagi kita gigi?”.

Kadang-kadang giliran kita pula bersoal-jawab dengan anak. Contoh: “Adik agak kenapa Allah bagi jagung ni ada rambut?”, “Kenapa Allah jadikan malam gelap tak ada cahaya?”. Galakkan anak untuk berfikir tentang kejadian alam dan setiap yang Allah ciptakan tidak sia-sia. Tugas ibu bapa ialah lebihkan bercerita mengenai Allah dan CiptaanNya.

2. Perkenalkan Allah Sebagai Ar-Rahman Ar-Rahim

Bukan Allah yang garang…Bukan Allah yang suka menyeksa. Yang ni aspek paling penting! Ramai yang silap didik anak bab ini…. Kenapa kena solat? Sebab kalau tak solat Allah marah… (Ini ayat biasa kita). Tukar ayat ke: Kenapa kena solat? Sebab Allah sayang orang solat… Adik nak masuk syurga dengan mak dan ayah kan?. Umur 0-6 tahun tidak perlu bercerita pasal azab Allah atau Neraka. Ceritakan tentang sifat Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Ceritakan mengenai syurga dan isi kandungannya. Minta anak bayangkan nikmat syurga yang dia bakal dapat jika buat kebaikan yang Allah suka.

Saya terkejut dengan imaginasi anak saya mengenai syurga… Bagaimana dia bayangkan dia akan mandi di dalam sungai di syurga nanti. Mudah untuk mendorong anak buat kebaikan jika hati mereka terpaut pada sifat-sifat Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.

3. Bila Anak Sudah Mula Bertanya Mengenai Allah

PUJI mereka. Bila kita sentiasa berbicara mengenai Allah, anak akan merasakan keberadaan Allah sepanjang masa. Pada peringkat ini, anak akan mula bertanya pelbagai soalan. Ibu bapa jawablah dengan bijak dan berilmu. Jika kurang pasti dengan jawapan jangan segan untuk beritahu pada anak kita yang kita tidak tahu jawapannya dan kita akan mencari jawapan itu (Ini adab ilmu).

Saya masih teringat dialog anak saya ketika dia berusia 3 tahun… Dia takut untuk tidur kerana bilik gelap…saya belum sempat nak comfort dia, tiba-tiba dia sendiri menjawab bahawa “Allah ada…Jangan takut”. Lalu dia tidur dengan lena. PUJI anak bila mereka selalu kaitkan kehidupan mereka seharian dengan Allah, kerana bila kita memuji anak…mereka akan faham bahawa perbuatan mereka adalah “desirable attitude” (perbuatan yang baik) yang kita mahu kekalkan. Tanpa pujian, anak akan kurang mengerti mengenai “desirable attitude” yang kita mahu mereka ada dari kecil…

Apakah desirable attitude yang kita mahu? Anak sentiasa merasa Allah berada di mana-mana, Melihat mereka, Mendengar mereka. Anak yang faham mengenai keberadaan Allah akan takut untuk berbuat sesuatu yang Allah tidak suka atau Haram. Maka peringkat seterusnya iaitu pendidikan solat akan menjadi lebih mudah pada usia 7 tahun nanti. In Shaa Allah. Kerana mereka sendiri akan terdorong untuk bersolat, menutup aurat dan membaca Al-Quran dan Hadith.

Semoga perkongsian ini akan membawa manfaat bagi ibu bapa yang sabar membaca dan sila panjangkan untuk ilmu yang berpanjangan. Semoga kita sama-sama dapat menambah ilmu di dalam mendidik anak-anak. In Shaa Allah. Amin. Smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel GOLDEN AGE?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, December 7, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia