A Caesarean Mom Story…

Farah Waheda Wahid
0
A CAESAREAN MOM STORY...
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Haaa… Memanglah… Semua orang yang mengikuti media sosial Kak Fa dan semua orang yang mengikuti Bubblynotes.Com dah well known yang Kak Fa ni melahirkan Iman Firash melalui proses pembedahan yang dikenali sebagai Lower Segment Caesarean Section (LSCS). Sejenis pembedahan untuk mengeluarkan atau melahirkan bayi melalui dinding abdomen apabila dikhuatiri terdapat risiko ke atas bayi atau ibu itu sekiranya dilahirkan secara normal. Tambah sikit lagi, pembedahan Kak Fa adalah secara elektif kerana terdapat masalah komplikasi kehamilan yang dinamakan Plasenta Previa. Bila dah elektif, memang tak sempat nak rasa contraction, tak sempat nak rasa sakit nak bersalin, cuma sempat rasa sakit perut yang ditoreh jer… Open-mouthed smile. Ya… ramai yang dah maklum Kak Fa bersalin secara pembedahan tetapi bukan Kak Fa nak ulang-ulang cerita yang sama. Setiap kali Kak Fa bercerita, pasti cerita yang berbeza. Kak Fa yang menaip pun tau rasa boring juga bila nak ulang cerita yang sama…Ha ha ha… Open-mouthed smile. This is a caesarean mom story selepas anak dah semakin membesar.

Kak Fa tak pasti apa yang ibu-ibu bersalin secara normal alami selepas anak dah semakin membesar. Selepas berulang-ulang kali melahirkan anak kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan seterusnya – tapi inilah kisah Kak Fa yang melahirkan anak secara caesarean selepas 4 tahun. Perjalanan selepas 4 tahun hidup dengan parut caesarean di perut. Selepas 4 tahun…

Fobia Pada Kawasan Sekitar Perut

Walaupun 4 tahun sudah berlalu, anak sudah bijak bertutur bicara, anak sudah pandai itu ini – rasa fobia pada kawasan sekitar perut terutama yang paling hampir dengan parut pembedahan masih Kak Fa rasai sehingga kini. Percaya atau tidak, bila batuk Kak Fa masih tekan bahagian perut yang ada parut pembedahan, percaya atau tidak, bila bersin Kak Fa masih tekan bahagian perut yang ada parut pembedahan. Nak tau tak? Kadang-kadang bila terbersin dengan kuat, boleh terasa sengal di bahagian perut yang dibedah itu. Seriously, no jokes! Even after 4 years! Orang lain Kak Fa tak tau lah… Tapi me? Yesss! I still feel it! Sebab tu sehingga kini Kak Fa masih lagi fobia.

Rasa Gatal Tapi Tak Boleh Nak Garu Di Parut Pembedahan

Sesekali bila dia buat hal… Hu hu hu… Rasa macam nak berjoget ok? Open-mouthed smile. Gatal di bahagian parut pembedahan – tapi memanglah tak Kak Fa nak menggaru ke apa. Seolah-olah dah jadi kawasan larangan pada tubuh badan Kak Fa. Orang kata, kalau rasa gatal tu mungkin proses penyembuhan atau pemulihan luka dalaman. Bermaksud luka dalaman tu semakin pulih. Kata oranglah. Tapi Kak Fa tak tau sejauh mana kebenarannya. Nak ya kan pun tidak, nak tidak kan pun tidak. Ha ha ha… Open-mouthed smile Sebab Kak Fa tak berani nak commit yes or no. Al-maklumlah, Kak Fa ni blogger, tak naklah tersalah beri maklumat. Nanti silap haribulan Kak Fa salah bagi maklumat, lain pula jadinya kan? Suka atau tidak bila rasa gatal tapi tak boleh nak garu di parut pembedahan, Kak Fa terpaksa tahan jerlah. Kadang-kadang tu, cuma cara yang konon-kononnya mind setting. Kalau kita fikir tak gatal, maka kita mampu tahan rasa gatal tersebut.

Sesekali Rasa Sengal Atau Sakit Di Bahagian Pembedahan

Yang ni Kak Fa risau! Kalau rasa sengal atau sakit di bahagian pembedahan, nak tau apa Kak Fa buat? Kak Fa pergi tandas, ambil telefon dan ambil gambar untuk lihat secara dekat kalau-kalau ada parut yang terbuka semula. Ha ha ha… Open-mouthed smile Sengal. It’s impossible lah kan? Ermmm…impossible boleh jadi possible juga walaupun dah lama, fikir Kak Fa lah… Ok ok no need to call me a dumb ass or what… This is trauma of a mom yang tak pernah menjalani pembedahan seumur hidup dan tak pernah ada pengalaman ok. Alaaa.. tak apalah, tak tau Kak Fa boleh belajar dan bertanya ya tak? Tak adalah…Kadang-kadang Kak Fa ni pemikiran terlampau out of the box sangat… Ahaksss… Open-mouthed smile Manalah tau sebab Kak Fa ni memang jenis lasak walaupun tak tahan sakit. Kak Fa selalu angkat berat seperti beras, tong gas, alih perabot dalam rumah sebab dah boring tengok kedudukan statik macam tu jer… Acah-acah Wonder Woman semua pun boleh angkat. Air mineral dekat pantry office pun Kak Fa angkat kekadang sebab dah tak ada orang nak tolong. Haaa macam tulah keadaannya… Yalah manalah nak tau kan? Kot-kot luka dalaman yang baru nak kering tu ter-regang kembali. Can be possible.

Well orang akan kata dah 4 tahun dah pun… Takkanlah… Hurmm… Kuasa Allah dik… Kalau Allah mengkehendaki sesuatu terjadi tak mustahil. Nak dijadikan asbab kan? Even dari segi saintifik tak mungkin ke apa… Still I have that thoughts in my mind… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sebab selalu angkat berat kan? Faham tak apa yang Kak Fa cuba sampaikan?

Fobia Bila Bergurau Dengan Anak

Fobia tapi nak bergurau juga…. Siapa ibu caesarean yang pernah rasa pengalaman ni? Bila anak terutamanya anak lelaki bergurau kasar, terhenyak atau terkena pada kawasan pembedahan di perut tu. Erghhhh… Dia punya rasa tu… Allah jer yang tau oiii! Walaupun luka kering di luar dan telah bercantum…. Masih terasa senak, sengal dan sakit sedikit kalau terkena dengan kasar. Hu hu hu… Rasa tu tak dapat nak dibayangkan. Yang pernah rasa taulah macam mana rasanya. Kalau tak pernah rasa dan nak rasa cuba bergurau kasar dengan anak… He he he… Cuba sekali terkena? Apa rasa…Susah nak explain bila dah rasa.

Salah Stretching Atau Menggeliat

Ni kisah Ahad lepas, biasalah hari minggu hari untuk bermalas-malasan. Tak sedar diri yang diri tu melahirkan secara caesarean. Walaupun parut tu tak berapa nak muda sangat lagi usianya, tapi disebabkan Kak Fa lupa diri dan stretching atau menggeliat sekuat-kuat hati sebab nak rasa puas… Hamik! Sampai ke tengah malam Kak Fa rasa sengal-sengal di bahagian parut pembedahan. Sudahnya tidur malam mengerengkot macam udang. Sebab apa? Sebab bila mengerengkot macam udang, rasa tak sakit. Smile with tongue out. Tidurlah malam dengan keadaan mengerengkot macam udang dengan harapan keesokkan harinya pulih seperti sediakala. Alhamdulillah, mujur pulih seperti sediakala. Ihiksss… Nerd smile Nyesal! Tak nak stretching atau menggeliat macam tu lagi dah!

Lindungi Bahagian Perut Dulu

Tak kisahlah apa pun aktivitinya, jika Kak Fa anticipate sesuatu, Kak Fa akan cover bahagian perut dulu. Sebab nak elakkan dari terkena perut. Muahahaha… Open-mouthed smile Punyalah fobia kau… Sampai macam tu sekali.

Kak Fa pun tak pastilah sampai bila Kak Fa nak rasa atau nak hilangkan mind setting fobia pada bahagian perut tu… Muahahaha… Open-mouthed smile Kita lihat jerlah nanti, as time goes by… Sampai bila Kak Fa mampu untuk tak fobia dan tak fikir tentang rasa sakit di bahagian perut tu. Kalau orang lain boleh, kenapa Kak Fa tak boleh kan? Betul tak? Winking smile Cuma sometimes Kak Fa terfikir juga, adakah ibu-ibu lain yang mengalami proses kelahiran secara pembedahan rasa atau melalui pengalaman seumpama Kak Fa ni…Ataupun Kak Fa sorang jer? Ha ha ha….

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !