6 WARNA DARAH HAID Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Wanita

Farah Waheda Wahid
1
6 WARNA DARAH HAID Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Wanita (8)

Ooopsss! Smile Terlebih dahulu Kak Fa nak minta maaf – Entri ni bukan bermaksud Kak Fa nak memuatnaik entri yang kurang “hygienic” dan mungkin memutuskan selera makan ataupun membuatkan anda terasa mual segala bagai ya? Apa yang Kak Fa muatnaikkan pada kali ini adalah merupakan satu soalan yang sebenarnya dah lama Kak Fa fikirkan. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Tapi… Kak Fa percaya, bukan Kak Fa seorang jer yang mungkin terfikir tentang perbezaan warna darah haid. Mungkin ada orang lain di luar sana juga pernah terfikirkan perkara yang sama dengan apa yang Kak Fa fikirkan. Lama juga Kak Fa mencari jawapan kepada soalan yang sesekali datang menjengah kotak pemikiran Kak Fa ni… Akhirnya! Kak Fa temui jawapan tentang 6 WARNA DARAH HAID dan kaitannya dengan kesihatan wanita. Nak tahu juga? Nak ambil tahu? Meh rapat-rapat meh… Meh baca perkongsian Kak Fa kali ni.

Menurut satu artikel di pautan di SINI, ini adalah merupakan simbolik kepada 6 warna darah haid yang dimaksudkan:

MERAH JAMBU

6 WARNA DARAH HAID Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Wanita
Kredit: SINI

Jika warna darah ke arah merah jambu atau pinkish, ini bermakna anda mengalami tahap estrogen yang rendah. Kajian menunjukkan jika anda mempunyai tahap estrogen yang rendah, ini bermakna anda terlebih bersenam. Bila terlebih bersenam, ia akan menjejaskan peredaran haid anda. Jangan ambil mudah kerana, tahap estrogen yang rendah boleh menyebabkan anda mengalami osteoporosis jika tidak dirawat dengan segera. Jadi, selepas ini kalau agak-agak nak dekat dengan waktu datang bulan tu, kurangkan aktiviti bersenam ya?

MERAH CAIR

6 WARNA DARAH HAID Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Wanita (2)
Kredit: SINI

Warna darah haid yang cair ini bermaksud bahawa anda kekurangan nutrisi. Kajian dari Mount Sinai School of Medicine di New York mengatakan bahawa jika darah haid adalah cair atau seperti cecair, ini bermakna anda tergolong dalam kalangan orang yang boleh mendapat penyakit anemia. Tambah pula jika semakin hari semakin cair darah haid tersebut. Oleh itu, kalau keadaan berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

MERAH COKLAT GELAP

6 WARNA DARAH HAID Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Wanita (3)
Kredit: SINI

Kurang membuang air kecil adalah salah satu penyebab kenapa darah haid berwarna coklat gelap. Ini kerana darah yang berlebihan akan lebih lama tersimpan dan tidak melalui proses pembuangan air kecil. Jangan risau, situasi ini adalah normal. Kitaran dan warna haid bagi setiap wanita itu adalah berlainan. Jika anda dapati darah haid berwarna coklat gelap, ketahuilah bahawa ini adalah proses biasa pada awal haid dan hujung kitaran haid.

MERAH GELAP

6 WARNA DARAH HAID Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Wanita (4)
Kredit: SINI

Warna merah gelap dan tekstur ala-ala jem strawberi adalah salah satu warna darah haid yang akan dialami oleh wanita. Ini bermaksud bahawa anda mempunyai tahap progesterone yang rendah dan tahap estrogen yang tinggi. Jika ketulan darah agak besar dari kebiasaan, ini bermakna anda mengalami ketidakseimbangan hormon yang tinggi. Jadi, disarankan untuk anda mengurangkan kadar pengambilan produk tenusu, kacang dan makanan manis untuk melihat perbezaaannya. Jaga-jaga, jangan sampai berlaku UTERINE FABROIDS.

CAMPURAN MERAH DAN KELABU

6 WARNA DARAH HAID Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Wanita (5)
Kredit: SINI

Jaga-jaga, jika anda mempunyai darah haid yang berwarna merah bercampur kelabu, anda perlu mendapatkan rawatan doktor dengan kadar paling segera. Ini kerana, kemungkinan besar anda telah terjebak dengan apa yang dipanggil sebagai STD iaitu Sexually Transmitted Infection. Ini bermaksud, anda boleh berjangkit dengan kuman tanpa disedari dan begitu juga dengan pasangan anda. Jangan berlengah lagi, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.

MERAH TERANG

6 WARNA DARAH HAID Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Wanita (6)
Kredit: SINI

Jika darah haid anda berwarna merah terang dan kelihatan seperti jus buah ceri, ini bermakna anda mempunyai tahap kesihatan dan kitaran haid yang normal. Memang setiap wanita mungkin akan mempunyai pengalaman haid yang berbeza tetapi jika anda mempunyai darah haid sebegini secara konsisten, ini bermakna anda mengalami tahap hormon yang normal.

Ni adalah ni, yang terfikir-fikir dan cuba ingat-ingatkan warna darah haid ni… Check ya? Kalau ada kesempatan bila tiba giliran bulanan anda nanti? Tak perlu cerita pada orang lain… Cukup sekadar sebagai pengetahuan kesihatan kita sendiri sebagai seorang wanita. Sebagai wanita, bagi Kak Fa, penting untuk kita ambil tahu perkara-perkara sebegini. Macam Kak Fa beritahu tadi, bukan tujuan nak paparkan entri yang kurang “hygienic” tetapi sekadar perkongsian pengetahuan kesihatan untuk wanita. Dari wanita kepada wanita. Winking smile. Jadi kalau macam ada yang terasa macam… Eeeee kotornya… Maafkan Kak Fa ya? Tak bermaksud pun macam tu!

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !