2018 Holiday Goals… Yeehaa…

Farah Waheda Wahid
1
2018 HOLIDAY GOALS...YEEHAA.. (1)

Cerita secara jujur dan cerita yang agak sedih dalam kehidupan seorang yang bernama Kak Fa. Open-mouthed smile. Sedari kecil Kak Fa memang tak mewah melancong dan memang belum habis melancong pun tempat-tempat menarik di dalam Malaysia ni. Semenanjung Malaysia pun tak pernah habis oiii! Sedih tak? Sedih tak? Alaaa… Tak payah nak sedih-sedih sangat lah! Kak Fa tak sedih tapi tipu kalau kata Kak Fa tak ada perasaan teringin. Kak Fa tak salahkan Mama dan Papa Kak Fa sebab Kak Fa faham keadaan dan kemampuan mereka. Tapi perasaan teringin tu tetap ada! Tipulah kalau tak ada langsung kan? Setiap orang punya keinginan ya tak? Winking smile. Itulah yang nak cerita ni… 2018 Holiday Goals… Yeehaa…

Nak tau tak? – ini bukan ayat memohon simpati ya? Ini adalah cerita benar yang ingin disampaikan jer! Jadi jangan tersalah tafsir dan tersalah faham. Open-mouthed smile Ha ha ha… Dalam Semenanjung Malaysia ni, tempat yang paling kerap dan paling selalu sangat Kak Fa pergi adalah Port Dickson. Smile with tongue out. Waktu kecil-kecil Mama dan Papa Kak Fa bawa Kak Fa berendam di laut di Port Dickson – balik hari – adalah 2 kali kot? Selepas tu sewaktu Kak Fa di Sekolah Menengah, kakak dan abang saudara bawa Kak Fa bermalam di Port Dickson selama 3 hari 2 malam kot kalau tak salah ingatan Kak Fa – pergi 2 keluarga sekali. Kemudian, sewaktu Kak Fa berkhidmat di SYABAS pun Hari Keluarga Billing & Recovery Division, SYABAS HQ – Kak Fa bermalam di Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Tambah lagi, sewaktu Kak Fa berkhidmat di Dutch Lady Malaysia Berhad, Kak Fa ke Avillion Port Dickson selama 3 hari 2 malam untuk Teambuilding Event. Open-mouthed smile Ha ha ha… Kan Kak Fa dah kata? Port Dickson jerlah tempat bercuti Kak Fa oiii! Smile with tongue out

Selain dari tu, Kak Fa pernahlah naik Cameron Highlands sekali sewaktu mula-mula kerja dulu dengan kawan sekolah Kak Fa. Lagi mana ek? Ohhh… pernah naik Genting Highlands sekali dengan suami dulu. Ermmm… Bercuti di Pulau Pinang sebab ikut rombongan bertunang seorang kawan – 3 hari 2 malam juga. Haaa…tu jerlah. Iman Firash? Tak pernah lagi bercuti jauh dari kawasan Lembah Klang. Ada sekali jer dia merasa tidur hotel sewaktu Kak Fa buat review untuk Best View Resort Suites, Sunway Lagoon dulu. Boleh rujuk entri INI, INI dan INI. Kadang-kadang tu kesian juga tengok dia sebab belum ada rezeki berpeluang untuk bercuti-cuti Malaysia luar dari kawasan Lembah Klang. Tapi bila mengenangkan yang dia tak faham sangat lagi. Ha ha ha… Open-mouthed smile Tak apalah kita sabar jer. Ada rezeki nanti, In Shaa Allah tak ke mana kan?

Jujurnya, Kak Fa tak pernah merancang nak bercuti ke mana-mana dalam waktu terdekat ni walaupun ada keinginan nak bawa anak bercuti tu ada disebabkan oleh kekangan ekonomi Kak Fa sendiri. Setiap hari, Kak Fa keep on telling myself, sabar… In Shaa Allah, ada rezeki Iman Firash tu nanti. Haaa…macam tu jerlah. Tapi tak adalah Kak Fa rasa down ke? rasa sedih melampau ke? Tu semua tak ada. Ya! Memang tak ada. Sebab Kak Fa percaya, bila dah tiba masanya Allah izinkan pasti ada rezeki. Tak apa, tak dapat bercuti-cuti Malaysia sekarang pun bukannya jadi kudis pun. Positif jer. Ok jer Kak Fa.

Tup tup tup… Alhamdulillah… Antara terfikir dan tak terfikir tu, ada rezeki yang sampai untuk Iman Firash nampaknya. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Macam tulah kisahnya Kak Fa boleh ada goals tambahan untuk tahun 2018 nanti. Nak harapkan Kak Fa? Ha ha ha… Open-mouthed smile Tunggu dapat rezeki terpijak atau durian runtuh dulu kot? Baru boleh bawa Firash kot? Tapi memang ya pun… Disebabkan rezeki terpijak atau durian runtuh berbentuk baucar penginapan yang ditaja sepenuhnya tu lah yang membolehkan adanya 2018 Holiday Goals sebenarnya. Nerd smile.

2018 HOLIDAY GOALS...YEEHAA.. (3)
Kredit: Sumber dari Google

2018 HOLIDAY GOALS...YEEHAA.. (4)

Ke mana kami bakal bercuti pada tahun 2018 nanti? In Shaa Allah, dengan izin Allah, jika tiada aral melintang. Destinasi pertama yang Kak Fa bakal bawa Firash bercuti adalah di Port Dickson. Ha ha ha… Open-mouthed smile Port Dickson lagi! Yalah… Port Dickson lah pun. Kira ok lah tu kan? Yang ini adalah di atas tiket baucar penginapan yang Kak Fa secara tak sangka dan tak terfikir pun Kak Fa akan dapat. Kak Fa dapat baucar penginapan 2 hari 1 malam untuk penginapan di Glory Beach Resort, Port Dickson – hasil dari menjadi pemenang Facebook Best Selfie & Caption sewaktu Kak Fa menghadiri AloeShafy Launch Tea Party baru-baru ini. Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak AloeShafy di atas kesudian memilih Kak Fa sebagai salah seorang pemenang pada hari itu. Dah dapat, terus terfikir dan terancang-rancang dalam kepala Kak Fa ni tarikh-tarikh atau masa-masa yang mungkin bersesuaian buat kami sekeluarga. In Shaa Allah… Itu destinasi pertama kami sekeluarga untuk tahun 2018 nanti.

2018 HOLIDAY GOALS...YEEHAA.. (2)
Kredit: Sumber dari Google

Destinasi kedua, adalah Club Med Cherating! Ini sememangnya destinasi percutian 2018 sekeluarga yang Kak Fa paling teruja sekali nak pergi! Sebab dari kecil lagi sewaktu Sekolah Rendah dok dengar best friend Kak Fa bercerita tentang percutiannya sekeluarga ke Club Med Cherating yang macam best sangat! Dia punya teruja tu sampai Kak Fa Google tentang Club Med Cherating sebab semata nak tengok tempat tu. Memang tengok gambar pun dah best nampaknya. Alahaiii…Tak sabarnya. He he he… Nerd smile. Mesti Firash suka sangat ni! Bila Kak Fa tak sabar dan Kak Fa bayangkan kegembiraan itu adalah bila mana Firash seronok. Biasalah mak-mak kan? Ini adalah percutian kedua yang ditaja sepenuhnya hasil daripada aktiviti blog Kak Fa juga ketika diumumkan sebagai pemenang bagi Friso Gold Blogger Contest melalui entri Kak Fa di Bubblynotes.Com yang INI.

Terima kasih diucapkan kepada semua penaja-penaja percutian Kak Fa sekeluarga untuk tahun 2018 nanti. Syukur pada Allah, Alhamdulillah. Part of gifts yang Kak Fa dapat bukan untuk diri Kak Fa tetapi untuk anak melalui menanam dan menuai di Bubblynotes.Com sepanjang 2017 ini. Alhamdulillah. Sambil-sambil tu bolehlah Kak Fa belanja diri sendiri dan juga suami untuk percutian kan? Sebab kami tak pernah pergi bercuti yang macam ini pun sebelum ini. Sesekali apa salahnya kan? Nak juga kami sekeluarga merasa. Yeehaaa! Tak sabar pula rasanya… Hu hu hu… Sabar Kak Fa, sabar… Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. In Shaa Allah. Amin.

*Nanti Kak Fa nak review-lah tempat-tempat percutian tu…Ha ha ha… Open-mouthed smile Nampak tak otak seorang blogger? Belum apa-apa dah rancang pengisian entri di blog dulu dah walaupun belum lagi berlaku. Smile with tongue out

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. happy holiday kak fa..samalah kak fa.. dulu kita kecik2 mmg kita faham kemampuan family kita.. Qekra pun ada holiday goals sejak dah kahwin dgn en hasben.. Alhamdulilah, dapat jugak lah jejak kaki ke Sabah, Legoland, Langkawi, Perak.. smua kami plan dan kumpul duit sama-sama ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !