What’s Meletop? PERODUA MyVi 2018

Farah Waheda Wahid
0
PERODUA MYVI 2018
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Tak adalah terfikir nak membeli kereta lagi… Cumanya sebagai all-time peminat kereta keluaran PERODUA yang bernama MyVi, memang Kak Fa ambil tahu perkembangan MyVi ni sedari dulu sampai sekarang. Suka tengok bila semakin hari semakin mengancam MyVi disolek. Open-mouthed smile… Ha ha ha… Tapi hanya mampu tengok jer lah. Cukuplah apa yang ada sekarang ni ha. Dah cukup bersyukur, cukup selesa dan cukuplah dapat membantu kehidupan sehari-hari Kak Fa. What’s meletop? PERODUA MyVi 2018… Memang kecoh kan sekarang ni tentang PERODUA MyVi 2018? Jom kita lihat teaser dari YouTube yang sempat Kak Fa pinjam untuk entri ini.


Kalau ikut rasa berkenan tu, Kak Fa mengakulah ada rasa berkenan di hati. Banyak beza dengan PERODUA MyVi sebelum-sebelum ni. Tapi sudah-sudahlah tu kalau Kak Fa nak tukar kereta. Sayang kereta yang ada sekarang ni. Sayang sangat-sangat sebab kereta Kak Fa yang ada sekarang ni, sangat-sangat bermakna dan memberi makna yang besar pada Kak Fa. Kak Fa memang akan jaga kereta Kak Fa yang ada sekarang ni sebab tu dah diletakkan sebagai amanah kepada Kak Fa.

Berbalik kepada PERODUA MyVi 2018 yang telahpun diumumkan sudah boleh ditempah dengan harga bermula dari RM 44,300 sehingga mencecah RM 53,300 (harga atas jalan tanpa insurans). Perincian spesifikasi lengkap untuk setiap model yang ditawarkan masih lagi belum didedahkan oleh pihak PERODUA dan melalui pautan di SINI, ianya adalah info yang terkini dari PERODUA.

PERODUA MYVI 2018 (2)
Kredit: Gambar dari Google

Perodua Myvi 1.3 Standard G


RM44,300 (MT)
RM46,300 (AT)
Hadir standard dengan:
Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
1,329 cc, empat-silinder petrol
94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm (angka anggaran yang diambil dari Bezza 1.3)
Manual lima kelajuan atau Automatik empat-kelajuan E-AT
Lampu hadapan LED dengan fungsi auto off dan follow-me-home
Pelaras lampu hadapan
Lampu belakang LED dengan lampu panduan
Penderia undur
Rim aloi 14-inci
Sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin
Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
Poket sisi (untuk telefon bimbit) pada tempat duduk hadapan
Empat beg udara (dua hadapan dan hadapan sisi)
ABS dan EBD
Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC)
Kawalan Traction (TRC)
Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
Waranti lima-tahun/150,000 km
Disasarkan untuk mendapat lima-bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP

PERODUA MYVI 2018 (3)
Kredit: Gambar dari Google

Perodua Myvi 1.3 Premium X


RM48,300 (AT)
Ditambah dengan:
Sistem start-stop enjin automatik Eco-idle
Kemasan luaran dan dalaman tambahan (belum didedahkan)
Pilihan warna untuk Myvi 1.3:
Ivory White (solid)
Glittering Silver (metalik)
Mystical Purple (metalik)
Lava Red (metalik)
Peppermint Green (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.3

PERODUA MYVI 2018 (4)
Kredit: Gambar dari Google

Perodua Myvi 1.5 High


RM51,800 (AT)
Ditambah dengan:
Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
1,496 cc, empat-silinder petrol
106 hp pada 6,000 rpm, 140 Nm pada 4,200 rpm (angka anggaran yang diambil dari Vios 1.5)
Empat-kelajuan E-AT
Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km seliter
Rim aloi 15-inci dua-tona
Kit badan hadapan dan skirt sisi (dua tona)
Bampar belakang dua-tona
Spoiler belakang
Pembaca tol bina-dalam (bersepadu dengan SmartTag)
Enam beg udara (dua hadapan, sisi hadapan, tirai)

PERODUA MYVI 2018 (5)
Kredit: Gambar dari Google

Perodua Myvi 1.5 Advance


RM55,300 (AT)
Ditambah dengan:
Advanced Safety Assist (ASA)
Amaran Pra-pelanggaran
Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
Amaran Pergerakan Kehadapan
Kawalan Salah-operasi Pedal
Pilihan warna untuk Myvi 1.5:
Ivory White (solid)
Glittering Silver (metalik)
Mystical Purple (metalik)
Lava Red (metalik)
Granite Grey (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.5

Tu jer yang dapat Kak Fa kongsikan buat sementara waktu ni yang Kak Fa dapat tau maklumat mengenai PERODUA MyVi 2018. Cumanya, kalau ada sesiapa yang bakal membeli PERODUA MyVi 2018 ni nanti, jangan lupa tumpangkan Kak Fa naik ek? Winking smile Nak juga merasa naik MyVi baru… He he he… Smile with tongue out

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !