Home » , , , , » Thor : Ragnarok– Lawak Yang Tak Kering Gusi!

Thor : Ragnarok– Lawak Yang Tak Kering Gusi!

THOR RAGNAROK
Kredit: Sumber dari Google

Setelah sekian lamanya… Smile Malam semalam Kak Fa telah dibelanja untuk layan movie Thor: Ragnarok… Thor: Ragnarok – Lawak Yang Tak Kering Gusi! Kalau nak tengok Thor jadi buta sebelah mata dan juga Thor berambut pendek… Memang kena tengok movie Thor : Ragnarok ni ha… Smile with tongue out Tapi, Kak Fa memang tetap sukakan Thor yang berambut panjang… Thor berambut panjang itu lebih kacak dari Thor berambut pendek! Walaupun rambut pendek tu dalam kategori smart and sleek, tapi Thor berambut panjang itu lebih best! Best ke movie Thor ni? Kak Fa boleh katakan… Biasa-biasa jer untuk Kak Fa… Sequel Hollywood yang boleh agak perjalanan ceritanya tapi tak adalah bosan ya? Sebab lawak yang tak kering gusi! Di sebalik plot berperang-perang, berbunuh-bunuhan, politik segala bagai terselit gelak ketawa akibat kelucuan beberapa babak di dalam Thor: Ragnarok. Maybe, penulis skrip filem ni terfikir… Come on… Life is not all about being serious… haaa … Macam tulah agaknya kan?

Yang belum tengok… Kak Fa sajalah nak kongsi sinopsi Thor: Ragnarok.

THOR RAGNAROK
Kredit: Sumber dari Google

Ok macam ni, selepas peristiwa Age of Ultron, Thor mengembara ke alam semesta untuk mencari Infinity Stone tetapi tidak dapat menemui Infinity Stone sehinggalah dia dirantai di lubuk Surtur. Surtur mengatakan, dia boleh menghancurkan Asgard dengan meletakkan mahkotanya di Eternal Flame (api yang tidak boleh dipadamkan), kemudian dia akan mendapatkan kuasanya dan menjadi besar seperti gunung dan menikam pedangnya di tengah-tengah Asgard yang boleh menyebabkan kemusnahan Asgard atau dipanggil Ragnarok.

Selepas Thor dapat merampas mahkota Surtur, dia pulang ke Asgard dan bertanya kepada Loki di mana Odin berada? Kemudian, Thor dan Loki menuju ke New York untuk mencari Odin. Thor secara tidak sengaja telah berjumpa dengan Doctor Strange. Doctor Strange mempunyai senarai makhluk yang boleh mengancam Bumi, termasuklah Loki. Jadi, Doctor Strange bersetuju untuk menunjukkan di manakah Odin berada jika Loki dibawa pulang ke Asgard. Makanya, dengan bantuan Doctor Strange, Thor dan Loki dibawa ke Norway dengan sihirnya untuk bertemu Odin. Mereka berbual mengenai Ragnarok dan Thor memberitahu Odin bahasa dia sudah hentikan Ragnarok itu dengan menghapuskan Surtur dan merampas mahkotanya, tetapi sebaliknya Hela yang bakal menghuru-harakan Asgard.

THOR RAGNAROK (2)
Kredit: Sumber dari Google

Hela sebenarnya adalah anak sulung Odin. Disebabkan keganasan Hela yang berada di luar kawalan, Odin telah mengurung Hela di Hel. Dengan nyawa Odin yang masih berbaki, ianya dapat menghalang Hela dari datang ke Asgard, tetapi nyawa Odin hampir berakhir dan akhirnya Odin meninggalkan Thor dan Loki buat selamanya. Oleh kerana nyawa Odin sudah tiada, Hela muncul di hadapan Thor dan Loki. Hela menyuruh mereka tunduk kepadanya sebagai Ratu. Sebaliknya, Thor menghayunkan tukulnya dan Hela memegang tukul tersebut dan terus menghancurkan tukul itu.

Loki memanggil Bifrost untuk mengelakkan diri dari Hela. Mereka bertiga bertarung dalam laluan Bifrost. Tetapi dengan serangan Hela, Thor dan Loki terkeluar dari laluan Bifrost itu. Manakala Hela, akhirnya telah sampai ke Asgard dengan laluan Bifrost itu. Hela membunuh semua rakan Thor serta tentera Asgard, dan melantik Skurge sebagai pembantunya.

THOR RAGNAROK (3)
Kredit: Sumber dari Google

Selepas Thor terkeluar dari laluan Bifrost itu, Thor terhempas di Planet Sakaar melalui laluan-laluan yang ada di langit planet itu. Thor terjumpa dengan sekumpulan penduduk di sana untuk dijadikan dia sebagai makanan, tetapi dihalang oleh Valkyrie. Valkyrie membawa Thor berjumpa dengan Grandmaster untuk menjual kepadanya. Tak disangka, Loki juga sudah berada di Planet Sakaar, dan mengenali Grandmaster. Grandmaster ingin menjadikan Thor sebagai pesaing kepada juara terkuatnya di arena.

Di Asgard, Hela dan Skurge pergi ke istananya Odin dan melihat gambar di siling, dan mengatakan semua itu adalah kebohongan Odin. Lalu, Hela menghancurkan siling itu dan kelihatan gambar sebenar sejarah Asgard. Yang mana, Odin menjadikan Hela sebagai senjata untuk menakluk Asgard dan alam lain. Disebabkan keinginan Hela lebih besar dari Odin, Odin mengurung Hela, manakala tentera yang lain disemadikan di bawah istana Odin. Hela dan Skurge menuju ke bilik kebal Odin dan ternampak beberapa barang peninggalan seperti Infinity Gautlet yang palsu, sumber tenaga Giant Frost, mahkota Surtur, Tesseract, dan akhir sekali Eternal Flame. Hela meletakkan Eternal Flame itu di tangannya, lalu menghancurkan lantai untuk menuju ke bawah istana.

Hela menggunakan Eternal Flame itu untuk menghidupkan Fenris, binatang seperti serigala dan semua tentera yang disemadikan oleh Odin ketika dahulu.

THOR RAGNAROK (4)
Kredit: Sumber dari Google

Di arena, rambut Thor digunting oleh Stan Lee dan pertarungan di arena bermula. Thor terpaksa berhadapan dengan Sang Juara Grandmaster, iaitu Hulk. Lalu, bermulalah pertarungan antara Thor dan Hulk. Thor dihentam kuat oleh Hulk sehinggalah Thor ternampak Odin di dalam fikirannya, lalu muncul kuasa petir dari badannya. Thor menghentam semula Hulk dengan kuasa petirnya. Tetapi kuasa petirnya hilang kerana dia direnjat oleh Grandmaster.

Di Asgard, Hela, Skurge dan tenteranya pergi ke Bifrost untuk memulakan penaklukan ke alam lain tetapi pedang di Bifrost hilang kerana diambil oleh Heimdall. Jadi, Hela menyuruh Skurge dan tenteranya mencari Heimdall dan penduduk Asgard yang bersembunyi di tempat perlindungan.

Di Sakaar, Thor menanyakan Hulk bagaimana dia boleh sampai ke sini. Hulk menjawab, pesawat Quinjet terhempas ke situ melalui laluan di langit planet itu. Sudah 2 tahun, Hulk tidak bertukar menjadi Banner dan pesawat Quinjet masih keadaan baik. Thor ingin mengajak Hulk untuk menyelamatkan Asgard dengan pesawat Quinjet itu, tetapi Hulk menolak. Setelah itu, Thor cuba untuk berkomunikasi dengan Heimdall untuk melihat keadaan Asgard sekarang. Heimdall meminta bantuan Thor dengan menyuruhnya keluar dari planet itu melalui laluan yang paling besar iaitu Dubur Setan.

Thor cuba mengajak Valkyrie untuk menyertai kumpulannya kerana Valkyrie seorang pahlawan elit legenda Asgard yang menentang Hela ketika dahulu. Tetapi Valkyrie cuba untuk mengelak dari masalah keluarga Odin.Thor tetap dengan pendiriannya untuk menyelamatkan Asgard. Dia pergi ke pesawat Quinjet untuk menuju ke Asgard. Lalu, muncul Hulk yang menghalang Thor dari pergi ke planet itu. Thor secara tak sengaja menekan satu butang yang memaparkan klip Black Widow yang cuba untuk menenangkan Hulk. Akhirnya Hulk berubah menjadi Banner semula setelah 2 tahun tidak berubah, sejak peristiwa Age of Ultron.

Disebabkan Hulk dan Thor menghilangkan diri, Grandmaster meminta Valkyrie dan Loki untuk mencari mereka berdua. Setelah itu, Valkyrie akhirnya berjumpa Thor dan Banner, dan berubah fikiran untuk menolong Thor. Dan Thor menamakan pasukannya dengan nama Revenger. Jadi mereka memerlukan pesawat Grandmaster untuk pergi dari planet itu. Tetapi Loki saja yang tahu kod akses pesawatnya. Jadi mereka meminta bantuan Loki. Selepas mendapat pesawat itu, Thor merenjat Loki kerana akan menjangkakan perbuatan Loki yang selalu mengkhianatnya.

Thor, Banner dan Valkyrie cuba pergi dari planet itu, tetapi diserang oleh pembantu Grandmaster. Dan akhirnya, mereka berjaya terlepas dari mereka, dan pergi dari planet itu.

Di Asgard, Heimdall mengetahui yang Hela sedang menuju ke tempat perlindungan mereka. Jadi, mereka semua bergegas Bifrost. Thor, Banner dan Valkyrie, akhirnya sampai ke Asgard, dan Thor ingin bersendirian ke istana untuk mengalihkan pandangan Hela. Lalu, mereka berdua bertarung. Di Bifrost, Heimdall dan penduduk Asgard diserang oleh tentera Hela, tetapi dihalang oleh Valkyrie dan Hulk. Setelah itu, datang Loki dengan membawa pesawat Grandmaster yang besar yang boleh memuatkan penduduk Asgard.

Thor semakin lemah dan matanya dibutakan kerana diserang oleh Hela, akan tetapi dia terbayang Odin dalam fikirannya. Odin mengatakan tukulnya hanya untuk membantu mengawal kuasa petirnya, bukan kekuatannya terletak pada tukulnya. Setelah itu, muncul petir dari langit yang membuatkan badan Thor dikuasai oleh kuasa petir. Lalu, Thor, Loki dan Valkyrie, menghapuskan semua tentera Hela. Disebabkan Hela berada di Asgard begitu lama, kuasanya semakin bertambah. Thor juga tidak dapat mengalahkannya. Jadi, Thor menyuruh Loki untuk pergi ke bilik kebal Odin untuk meletakkan mahkota Surtur ke Eternal Flame supaya Surtur menjadi besar dan dapat memusnahkan Asgard.

Hela cuba melawan Surtur tetapi kelihatannya gagal. Surtur berjaya menghancurkan seluruh Asgard. Thor, Hulk, Loki, Heimdall, Valkyrie dan penduduk Asgard, pergi dari sana dan berhasrat untuk menuju ke Bumi dengan pesawat Grandmaster yang besar itu.Ketika dalam perjalanan ke Bumi, muncul satu kapal angkasa yang besar menghampiri pesawat mereka...

Penyambungnya, Kak Fa dengar yang “Thor akan kembali di Avengers: Infinity War” Winking smile. Itulah kisahnya… Tapi harapnya bila sambung nanti, rambut Thor panjang baliklah… Ha ha ha… Open-mouthed smile Sebab Thor lebih kacak bergaya dengan rambut panjang dari rambut pendek… Smile with tongue out

Tentang part lawak yang Kak Fa katakan tu… Memang anda kena tonton baru anda tau yang filem ni tak serius, tapi diselang-selikan dengan lawak selamba….

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Thor : Ragnarok– Lawak Yang Tak Kering Gusi!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 9, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Ala.. Tak tengok lagi.. Huhuhu..
    Ada yang kutuk ada yang suka..
    sebenarnya terpulang pada yang menonton kan sis..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia