Home » , , , , , , , , , » Sugar Craving? Jom Gantikan Dengan SweetRoyale Stevia Halal

Sugar Craving? Jom Gantikan Dengan SweetRoyale Stevia Halal

SUGAR CRAVING_JOM GANTIKAN DENGAN SWEETROYALE STEVIA HALAL (2)

Ermmm… Sebenarnya dah lama dah Kak Fa ada masalah ni! Sad smile. Masalah yang berpunca sedari awal tahun 2017 ni lagi. Secara spesifik atau khususnya Kak Fa secara tiba-tiba seolah-olah menjadi seseorang yang mempunyai masalah ketagihan makanan bergula dan juga air manis yang lebih dikenali sebagai sugar craving ataupun carbs craving. Secara jujurnya, kalau dalam sehari tu, Kak Fa tak dapat makan makanan bergula ataupun minum air manis, Kak Fa jadi resah tak ketentuan ibarat cacing kepanasan dan rasa macam seolah-olah hidup ni tak lengkap pula. Ha ha ha… Open-mouthed smile Dah macam rasa hidup tak lengkap tanpa kasih sayang pula dah. Smile with tongue out. Ada juga terfikir kalau-kalau Kak Fa ni dah jadi Hypoglycaemic ke kan? Surprised smile Sebab Kak Fa ni mudah sangat rasa letih. Sambil-sambil tu risau juga, risiko diabetes. Hu hu hu… Moga-moga dijauhkanlah hendaknya sebab selama kini Kak Fa memang menjaga sangat kandungan gula dalam darah Kak Fa. Al-maklumlah, bila salasilah keturunan keluarga ramai yang menjadi penghidap diabetes ni, Kak Fa jadinya terlebih concern lah bila melibatkan punca-punca diabetes ni. Hurmm… Until one fine day, lebih kurang dua minggu yang lalu, Kak Fa dah bertemu dengan solusinya. Sugar craving? Jom gantikan dengan SweetRoyale Stevia Halal.

Hakikatnya…

MALAYSIA merupakan negara PALING BANYAK MENGGUNAKAN GULA di dunia.

MALAYSIA adalah negara PALING TINGGI OBESITI di negara-negara ASEAN.

MALAYSIA adalah negara PALING TINGGI MEMPUNYAI PENGHIDAP KENCING MANIS di negara-negara ASIA.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengisytiharkan PERANG TERHADAP GULA.
Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah – had pengambilan gula adalah TIDAK MELEBIHI 6 sudu teh gula sehari.
Purata pengambilan gula di Malaysia adalah 26 sudu teh gula sehari.

Bayangkanlah kan? Tu yang Kak Fa terfikir, jika Kak Fa terus-terusan sugar craving, Kak Fa tak mampu mengawal dan menghadkan pengambilan gula Kak Fa dalam sehari, sebelum Kak Fa dihinggapi dengan penyakit-penyakit kronik (minta simpang lah kan?) seperti obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser dan sebagainya… Elok sangatlah kalau Kak Fa mula beralih cara hidup Kak Fa dengan menggunakan pemanis alternatif semulajadi yang SIFAR KALORI dan tidak meningkatkan bacaan paras gula dalam darah seperti SweetRoyale Stevia. Selain tu, Kak Fa kena sangat berhati-hati dengan gula yang tersembunyi seperti makanan dan minuman yang diproses.

SUGAR CRAVING_JOM GANTIKAN DENGAN SWEETROYALE STEVIA HALAL (3)

Dah masuk minggu yang ketiga dah, Kak Fa dah menggantikan gula pasir kepada SweetRoyale Stevia  keluaran Pharmaniaga. Betul-betul ikut slogan produk SweetRoyale Stevia ni tau! “Rasa Manis Unik Sejati”… Sebab apa? Hanya dengan 2 gram SweetRoyale Stevia rasanya dah semanis 2 sudu teh gula pasir. Tak sangka Kak Fa, SweetRoyale Stevia benar-benar dapat menggantikan fungsi gula pasir. Yang bagusnya, sepertimana yang Kak Fa sempat baca mengenai SweetRoyale Stevia, ianya adalah merupakan pemanis berasaskan stevia yang menggabungkan bahan-bahan terpilih untuk memberikan rasa manis seperti gula TANPA KALORI yang telah diformulasikan oleh pakar-pakar yang diiktiraf melalui ujian makmal yang sangat terperinci di mana ianya menggunakan gred Stevia yang berkualiti tinggi dan kurang pahit.

Dok sebut-sebut stevia, takkan tau sebut jer ya tak? Naklah juga tau serba-sedikit tentang stevia. Bunyi macam nama orang… He he he… Open-mouthed smile.. Tapi bukan nama oranglah…

SUGAR CRAVING_JOM GANTIKAN DENGAN SWEETROYALE STEVIA HALAL (4)

Apa Itu Stevia?

Stevia adalah pemanis semulajadi yang berasal daripada daun Stevia Rebaudiana. Stevia juga dikenali sebagai daun manis (sweetleaf), daun gula (sugarleaf) dan juga herba manis (sweet herb). Daun Stevia ini berasal dari keluarga bunga matahari (Asterecea). Daun Stevia sebenarnya telah digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun dahulu sebagai pemanis semulajadi dan juga sebagai rawatan dan penyembuhan luka.

Negara JEPUN juga telah menggunakan pemanis gula Stevia secara meluas sejak 30 tahun dulu lagi disebabkan oleh keunikan pemanis ini.

Kelebihan SweetRoyale Stevia?

  • Pemanis alternatif semulajadi.
  • Tanpa kalori.
  • Tiada lemak.
  • Tiada kolestrol.
  • Selamat digunakan pada semua peringkat usia termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung.
  • Pemanis yang tidak toksik.
  • Kesan kebaikan untuk kesihatan dan perubatan.
  • Tiada bahan pewarna.
  • Tiada perisa tiruan.
  • Tiada perasa tambahan.
  • Halal – Dishakan halal oleh JAKIM, nombor HALAL: MS1500:2009, 1071-02/2017.
  • Mudah dibawa ke mana-mana kerana hadir di dalam bentuk sachet.
  • Harga yang murah dan mudah dimiliki oleh para pelanggan.

Sesuai Untuk Minuman Panas Dan Sejuk

Nak digunakan untuk minuman panas seperti kopi o dan teh, memang sangat sesuai.

SUGAR CRAVING_JOM GANTIKAN DENGAN SWEETROYALE STEVIA HALAL (7)

Nak digunakan untuk minuman sejuk seperti freshly squeeze orange juice pun memang boleh sangat.

SUGAR CRAVING_JOM GANTIKAN DENGAN SWEETROYALE STEVIA HALAL (6)

Kak Fa dah cuba kedua-duanya. Memang sedap jer? Malah lebih sedap daripada gula pasir.

Gula? Apa tu? Lama dah rumah Kak Fa tak dimasuki paket-paket yang dinamakan gula. Sebabnya? Sebabnya Kak Fa kini mengamalkan gaya hidup sihat dengan SweetRoyale Stevia sebagai pengganti gula. Rasa manis unik sejati! Setiap 2 gram SweetRoyale Stevia bersamaan dengan 2 sudu teh gula. Tanpa kalori! Bagus sangat untuk jaga kesihatan tanpa mengorbankan "craving for sweet". Pesakit #diabetes #diabetic pun patut cuba SweetRoyale Stevia ni! Sesuai untuk minuman panas mahupun sejuk! @sweetroyalemy #sweetroyale #sweetroyalemy #sweetroyalestevia #stevia #steviasweetener #steviabiarbetul #steviahalal #produkmuslim #pharmaniaga #royalepharma #diabetic #diabeticsupport #healthy #healthylife #bubblynotesdotcom #parentingblogger #parentingbloggermalaysia #lifestyleblogger #lifestylebloggermalaysia #myparentingandlifestyleblogger #malaysiaparentingandlifestyleblogger #tapfluencer #tapfluencernetwork #bloggermalaysia #malaysianblogger #blogger
A post shared by Bubblynotes Dot Com (@farahwaheda) on

Khasiat SweetRoyale Stevia

Kebaikan dan kelebihan Stevia telah terbukti secara Kajian Saintifik. Yang Kak Fa pernah baca adalah:
  • Dapat membantu menurukan paras gula dalam darah.
  • Dapat membantu menurunkan tekanan darah.
  • Dapat mengurangkan kesan radang dan mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Mempunyai kesan anti-oksidan dan mengurangkan risiko kanser.
  • Mengawal kandungan air dalam badan.
  • Meningkatkan sistem pertahan badan terhadap kuman.
  • Merawat cirit-birit akibat jangkitan virus seperti Rotavirus.
  • Mengawal berat badan yang berlebihan seperti obesiti.
  • Memberikan tenaga yang berterusan.
  • Mencantikkan kulit dan awet muda disebabkan kesan anti-oksidan. Anti-oksidan adalah penting untuk melambatkan penuaan sel badan.

SUGAR CRAVING_JOM GANTIKAN DENGAN SWEETROYALE STEVIA HALAL (1)

Memang Kak Fa nak rekomendasilah pada semua supaya mula beralih kepada SweetRoyale Stevia. Cari jenama SweetRoyale Stevia ok? Tak susah pun…

Boleh Didapati Melalui Dalam Talian / Online

SUGAR CRAVING_JOM GANTIKAN DENGAN SWEETROYALE STEVIA HALAL (8)

Laman Web Jualan Dalam Talian – Lazada, 11th Street, Shopee

SUGAR CRAVING_JOM GANTIKAN DENGAN SWEETROYALE STEVIA HALAL (5)

Boleh Didapati Melalui Cawangan Farmasi RoyalePharma Seluruh Malaysia

SUGAR CRAVING_JOM GANTIKAN DENGAN SWEETROYALE STEVIA HALAL (11)

SUGAR CRAVING_JOM GANTIKAN DENGAN SWEETROYALE STEVIA HALAL (9)

Farmasi RoyalePharma Seksyen 7, Shah Alam
Farmasi RoyalePharma Quill City Mall
Farmasi RoyalePharma MyTown
Farmasi RoyalePharma Vista Alam
Farmasi RoyalePharma Laguna Merbok
Farmasi Royale Pharma Bangi

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sugar Craving? Jom Gantikan Dengan SweetRoyale Stevia Halal, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, November 5, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia