Sabtu Di DEMC Children’s Day Celebration 2017

Farah Waheda Wahid
1
Sabtu Di DEMC Children's Day Celebration 2017

Hujung minggu yang sangat padat dengan pelbagai jadual… pelbagai aktiviti! Macam-macam Kak Fa nak cerita sebenarnya… Tapi eloklah Kak Fa mulakan dengan cerita Sabtu di DEMC Children’s Day Celebration 2017 kami sekeluarga. Permulaan aktiviti hujung minggu kami sekeluarga pada hujung minggu yang baru berlalu. Awal-awal pagi, seawal pukul 9.00 pagi kami anak-beranak dah terpacak di DEMC Specialist Hospital Shah Alam. Open-mouthed smile Ngee… Demi nak nak memeriahkan sambutan hari kanak-kanak yang dianjurkan oleh pihak DEMC dan juga pengisian Sabtu kami sekeluarga.

Tapi sebelum meneruskan penceritaan Kak Fa, Kak Fa nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan berbanyak terima kasih pada pihak DEMC kerana telah menganjurkan sambutan hari kanak-kanak 2017 dan juga terima kasih kerana membawa keceriaan untuk ramai kanak-kanak pada hari Sabtu yang lepas termasuk anak Kak Fa. Memang suka betul Firash sepanjang berlangsungnya sambutan DEMC Children’s Day Celebration 2017 dengan tema istimewa mereka iaitu “Children of Today, Keepers of Tomorrow”. Banyak aktiviti dan acara yang menyeronokkan dan pembelajaran sambil beriadah yang telah dilaksanakan sewaktu berlangsungnya majlis di dalam cara penganjuran yang tersendiri serta kreatif oleh pihak DEMC.

SABTU DI DEMC WORLD CHILDREN'S DAY 2017

Pertamanya! Sesampainya kami sekeluarga di DEMC Specialist Hospital, tak sempat apa-apa pun – terus berzumba dengan Doctor Bunny. Kanak-kanak memang sukalah bila jumpa maskot kan? Doctor Bunny adalah mascot of the day yang menjadi spice di dalam majlis yang berkenaan. Bila muncul jer Doctor Bunny, memang berkerumun jerlah semua kanak-kanak yang hadir. Termasuk Iman Firash. Kak Fa risau jer kalau-kalau hilang kawalan dan terpaksa mencari Firash di kalangan kerumunan kanak-kanak berdekatan Doctor Bunny. Suka sangat Firash dengan Doctor Bunny. Sampaikan disebabkan suka tu, Kak Fa dan Firash bergambarlah dengan Doctor Bunny sebab Firash nak dekat dengan Doctor Bunny. Ha ha ha… Open-mouthed smile

Memang gembira sangat semua kanak-kanak yang hadir termasuk Firash menari-nari dengan Doctor Bunny. Terutamanya? Terutamanya bila berkumandang lagu Baby Shark Doo Doo Doo… Bukan kanak-kanak jer… Mak kanak-kanak… Bapa kanak-kanak pun turut terjebak sama dengan Baby Shark Doo Doo Doo. Dah puas menari, dah berpeluh sakan… Semua kanak-kanak yang hadir diberikan peluang untuk melalui pengalaman cabaran di dalam “mission game” di mana kanak-kanak dikehendaki untuk mendapatkan setem pada passport mini mereka dengan melengkapkan empat misi permainan. Setiap misi yang berjaya dilengkapkan akan diberikan satu setem beserta beg goodies yang penuh dengan pelbagai item! Seronoklah kanak-kanak… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Kalaulah Kak Fa kanak-kanak pada hari tu pasti seronok!

Sabtu Di DEMC Children’s Day Celebration 2017 (2)

Sabtu Di DEMC Children’s Day Celebration 2017 (3)


Bukan tu jer… selain dari permainan bermisi, ada face painting, sand-art, colouring dan juga photo booth set up untuk kanak-kanak bergambar dengan memakai kostum-kostum khas yang telah disediakan. Firash tak sibuk nak masuk pertandingan mewarna… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sedang kanak-kanak lain sedang khusyuk mewarna, dia ada agenda dia yang tersendiri… Dia sibuk dengan badut! Serius… Dia sibuk dengan badut… Sanggup dia beratur sepanjang-panjang alam semata-mata sebab dia nak datang dekat dengan badut dan semata-mata dia nak dapatkan belon yang digubah kepada pelbagai bentuk dari badut idaman hati dia.

Sabtu Di DEMC Children’s Day Celebration 2017 (4)

Sabtu Di DEMC Children’s Day Celebration 2017 (6)

Dapat apa dia nak… Kira dah cukup puas hati dah tu pada dia! Smile with tongue out… Sampaikan tak nak balik! Nak duduk situ… Suka sangat dia… Bila Firash suka sangat dah tentu-tentu kanak-kanak lain pun suka… Dan dari situ Kak Fa boleh buat kesimpulan yang penganjuran pihak DEMC Specialist Hospital Shah Alam benar-benar berjaya memikat hati kanak-kanak yang hadir dan secara tak langsung boleh dinobatkan sebagai berjaya!

Sedang-sedang kanak-kanak lain bergembira di tapak penganjuran… Badut dan Doctor Bunny tak lupa kepada kanak-kanak di wad pediatrik yang tidak berpeluang menyertai acara di tapak penganjuran. Mereka melakukan tour di wad pediatrik dan memberikan belon berbentuk kepada pesakit-pesakit cilik di wad pediatrik DEMC Specialist Hospital Shah Alam. Sesi bergambar dan macam-macam lagi. Kami stay sampai ke penghujung dan acara penutup adalah persembahan magis dan juga majlis penyampai hadiah kepada para pemenang. Memang best dan awesome! Thumbs up Best dan awesome tu bila Firash happy! Ha ha ha… Open-mouthed smile Kalau ada lagi… kami sekeluarga nak datang! Sebab dah tentu-tentu Firash happy! Winking smile Tahniah diucapan kepada pihak DEMC di atas penganjuran yang sukses! Kalau ada lagi bak kata Kak Fa… Sudah semestinya kami sekeluarga akan muncul lagi di situ. Terima kasih banyak-banyak kerana telah memenuhi hari Firash Sabtu yang lalu! Muacks! Red heart

DEMC Specialist Hospital Shah Alam
4, Jalan Ikhtisas
Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan





Beroperasi 24 Jam Setiap Hari

Talian Umum
(603) 5515 1888

Talian Temujanji
(603) 5515 1966

Faks:
(603) 5515 1815

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. meriah.menarik. anak-anak pun taknak balikkk.-jmr23.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !