Rindunya Pulau Pinang! Kena Cek TRAVELOKA Ke Ni?

Farah Waheda Wahid
2
RINDUNYA PULAU PINANG! KENA CEK TRAVELOKA KE NI

Nak dijadikan cerita, pagi-pagi tadi, bila Kak Fa bangun dari tidur, tiba-tiba Kak Fa rasa macam rindunya Pulau Pinang! Kena cek TRAVELOKA ke ni? TRAVELOKA lah pun yang jadi "hub" travel arrangement Kak Fa. Sebab dah biasa kan dengan TRAVELOKA untuk segala urusan travel. Tak kira urusan travel personal Kak Fa mahupun urusan travel Boss Kak Fa di office tu ha. Winking smile . Memang Kak Fa dah sebati dengan TRAVELOKA.

Lagipun, tak ada laman web travel yang lain selain dari TRAVELOKA yang dapat memberikan tawaran eksklusif paling menarik dan terhebat pada pandangan mata hati Kak Fa. Betul-betul, dalam Malaysia ni, memang TRAVELOKA lah satu-satunya yang dapat memikat hati Kak Fa ni ha.

Mesti ada yang tanya... Kenapa dalam banyak-banyak tempat Kak Fa rindu Pulau Pinang? Sedangkan banyak lagi tempat-tempat yang menarik dalam Malaysia ni ha untuk dilawati dan untuk bercuti. Haaa... Tulah... Mungkin anda tak pandang dari sisi Kak Fa... Macam mana Kak Fa pandang Pulau Pinang tu dan apa yang Kak Fa suka sangat dengan Pulau Pinang. Ini yang nak cerita ni. He he he... Bacalah... Inilah ceritaku tentang Pulau Pinang!  Winking smile

It has been few years dah Kak Fa tak turun Pulau Pinang. The last time that I went to Penang pun, cuma a day trip jer. Rasa macam tak puas. Pergi seorang diri pula tu. Kalau boleh Kak Fa ni berhajatlah nak bawa keluarga Kak Fa bercuti ke Pulau Pinang dan berjimba di Pulau Pinang bersama. Apalah ertinya bercuti sekiranya berseorangan kan? Winking smile Betul tak? Dari sisi Kak Fa, Pulau Pinang adalah unik! Unik seunik-uniknya... Kak Fa bukan orang Pulau Pinang ok? Sampai beria nak up Pulau Pinang... Tapi Kak Fa memang secara personally rasa Pulau Pinang ni unik atas alasan tertentu Kak Fa tersendiri.

RINDUNYA PULAU PINANG! KENA CEK TRAVELOKA KE NI (2)

Apa yang uniknya Pulau Pinang di mata Kak Fa? Jom Kak Fa huraikan satu persatu!

Syurga Makanan

RINDUNYA PULAU PINANG! KENA CEK TRAVELOKA KE NI (3)
Kredit: Gambar dari Google

Kak Fa rindu sangat nak makan macam-macam di Pulau Pinang. Bagi Kak Fa, Pulau Pinang adalah syurga makanan yang paling awesome! Macam-macam makanan sedap yang boleh didapati di Pulau Pinang dan rasanya tak sama di tempat lain. Rojak Pasembor, Nasi Kandar, Laksa, Cendol, Char Kuey Teow, Popia Basah, Rojak Buah, Mee Goreng Mamak, Murtabak, Ikan Bakar dan banyak lagi. Jujur Kak Fa katakan, tak sama rasanya dengan tempat lain. Masakan dan rasa makanan di Pulau Pinang memang sangat unik. Boleh jadi terbayang-bayang ok?

Tempat-Tempat Unik Pulau Pinang

RINDUNYA PULAU PINANG! KENA CEK TRAVELOKA KE NI (4)

The last time I went to Penang... Kak Fa dah lawat semua tempat-tempat yang Kak Fa paparkan di dalam gambar di atas. Bukit Bendera, Muzium Burung Hantu, Padang Kota Lama, Peranakan Mansion dan juga Fort Cornwallis. Tapi pada waktu tu Kak Fa tak sempat nak habiskan dan luangkan masa di Street Art dan juga 3D Trick Art Museum.

RINDUNYA PULAU PINANG! KENA CEK TRAVELOKA KE NI (5)
Kredit: Gambar dari Google

Teringin sangat sebenarnya nak ke 3D Trick Art Museum dan tambah koleksi gambar-gambar yang best di Instagram Kak Fa. Ha ha ha... Open-mouthed smile ... Biasalah... Blogger kan memang macam tu? Suka update gambar-gambar yang cantik-cantik, tempat yang cantik-cantik di laman media sosial. Sambil-sambil tu bolehlah dapat bahan untuk berblog. Bukan senang tau jadi blogger... Ha ha ha... Open-mouthed smile Bila tiba saat tepu tu, memang perlu ke sesuatu tempat untuk mencari ilham intipati pengisian blog. Kalau boleh kita naklah kepelbagaian kan? Kalau asyik-asyik itu, asyik-asyik itu, bukan setakat orang yang baca pun boring... Diri sendiri sebagai blogger pun boleh jadi boring... Serius!

Sambung kepada teringin nak buat di Pulau Pinang tu nanti, Kak Fa teringin nak pergi tempat-tempat yang Kak Fa belum sempat lawat seperti Cheong Fatt Tze Mansion, Escape Adventureland, Made in Penang Interactive Museum, Penang Khoo Khongsi dan juga Wat Chaiya Mangkalaram.

Hotel Di Pulau Pinang

RINDUNYA PULAU PINANG! KENA CEK TRAVELOKA KE NI (6)
Kredit: Gambar dari Google

Kalau dah turun Pulau Pinang... A day trip won't be enough! I had a day trip last time... Back in few years ago... Memang rasa tak puas walaupun sehari suntuk dah berjalan ke sana ke mari. Bila tiba rasa nak balik terasa macam alaaa sangat! Ha ha ha... Open-mouthed smile ... Rasa tak nak balik jer... Tapi kena balik... Sebab peruntukan yang diberikan memang sehari jer... Kalau boleh lebih memang nak lebih jer... Sebab ada macam-macam lagi yang Kak Fa nak explore.

Part of it, adalah hotel di Penang semuanya menarik dan unik. Terutamanya Lexis Suites Penang yang menawarkan indoor plunge pools dan katil premium di setiap bilik. Lexis Suites Penang ni memang antara hotel yang popular di kalangan para pelancong Pulau Pinang. Selain indoor plunge pools, terdapat outdoor pool yang bersebelahan dengan Roselle Coffee House dan beberapa restoran yang menawarkan makanan antarabangsa. Seronok ni! Memang teringin... Bolehlah anak Kak Fa berendam sampai kecut! Memandangkan dia suka sangat mandi di swimming pool. Winking smile ... Bagi dia rasa bercuti sebenarnya macam mana. Sebelum ni tak pernah berpeluang dan berkesempatan untuk bawa dia cuti ke mana-mana. Kesian dia.

Senang Pergi, Senang Balik

Nak ke Pulau Pinang pun bukannya susah mana. Ada 3 option untuk Kak Fa, iaitu sama ada Kak Fa memilih untuk menaiki kapal terbang - 45 minit jer pun nak sampai Pulau Pinang tu. Direct flight - tak perlu susah payah Kak Fa nak tukar-tukar flight. Pihak Malaysia Airlines pun menawarkan 20 penerbangan sehari setiap hari untuk ke Penang. Bajet airlines seperti Air Asia dan Firefly pun available dengan competitive rates.

Ataupun sebenarnya Kak Fa boleh memandu sendiri. Alaaa... dalam 4-5 jam bolehlah sampai. Kalau terus jer tak berhenti-henti maybe dalam 3 jam setengah dah boleh sampai? Tapi mustahil langsunglah kan kalau tak berhenti. Tambah-tambah ada anak kecil. Memang confirm akan berhenti punya!

Kalau nak rasa pengalaman menaiki bas pun boleh... Tak ada hal... Tak ada siapa nak melarang... Seronok juga sekali-sekali naik bas kan? Dari Kuala Lumpur bas akan bergerak ke Pulau Pinang melalui Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Terminal Sungai Nibong. Perjalanan dengan bas memakan masa 5.5 jam dan harga tiket lebih kurang RM 30/40 bergantung kepada operator bas.

Walaupun kita rasa kita tahu banyak mengenai sesuatu tempat tu, kadang-kadang kita boleh jadi tak tau juga. Cuba-cuba lihat Infografik Unseen Malaysia ni - Kak Fa dah lihat sebab tu Kak Fa nak anda lihat juga... Dalam kita rasa kita tau semua, sebenarnya bila kita tengok betul-betul ada terselit satu dua yang kita terlepas pandang.


Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations
Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations. View the interactive version here

Infografik ni lah sebenarnya yang jadi panduan Kak Fa dalam perancangan ke Pulau Pinang dalam masa terdekat ni nanti. Memang pada Kak Fa, TRAVELOKA betul-betul membantu dan banyak membantu di dalam perancangan perjalanan serta percutian Kak Fa. Sebab tu Kak Fa tak curang pada yang lain. TRAVELOKA di hatiku, di jiwaku dan dimindaku... Sebab dengan TRAVELOKA hidup Kak Fa jadi sangat-sangat senang dan tak perlu pening-pening lagi kalau nak travel.

Wehooo! Penang here I come! Tunggu Kak Fa datang! Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bila part makanan, rasa terliur je. Pulau Pinang ni kira macam syurga dunia jugak sebenarnya. Bilalah ada rezeki nak kesana :)

    ReplyDelete
  2. Wah, Qekra pun salah 1 wish list nak ke pulau pinang. lama dah tak ke sana..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !