Resipi Kek VIRAL | Kek 2 Bahan

Farah Waheda Wahid
1
RESIPI KEK VIRAL_KEK 2 BAHAN

Projek hujung minggu yang baru sahaja berlalu akibat diseru tak habis-habis oleh blogger Maria Firdz … Sehinggakan Kak Fa bagai dipanggil-panggil untuk mencuba Resipi Kek VIRAL | Kek 2 Bahan. Open-mouthed smile. Biasanya Kak Fa ni tak berapa nak rajin mencuba resipi-resipi baru sangat. Bergantung kepada mood juga. Akan tetapi disebabkan oleh ianya adalah kek coklat dan kemudiannya moist pula tu keadaannya – memang favourite Kak Fa… Makanya, Kak Fa merajinkan diri untuk menghasilkan Kek VIRAL | Kek 2 Bahan. Bahan-bahan pun mudah ajer… Bukannya susah pun! Tak susah pun habislah Kak Fa kerjakan biskut OREO anak Kak Fa… Smile with tongue out

Ala… Pinjam dulu, kemudian nanti Kak Fa pulangkan semula. Sama juga kan? kan? kan? Ada yang dah mencuba resipi kek VIRAL | kek 2 bahan ni? Ke ada yang dah tinjau-tinjau tapi belum ada seru atau kelapangan lagi nak mencuba? Cubalah! Rugi kalau tak cuba! Sebab rasanya memang sangat sedap. Dah lah mudah. Lepas tu sedap pulak. Tak perlu banyak bahan. Tak perlu banyak modal sangat. Bahan-bahan pun mudah sangat nak cari. Dekat Speedmart, 7-Eleven semua ada. Kedai runcit biasa pun ada. Lagipun, nampak-nampak gayanya… Anak Kak Fa yang jarang nak makan kek pun jadi berulang-ulang kali makannya. Smile. Nampaknya senang kerja Mommy dia kalau nak buat kek. Buat kek 2 bahan jer pun dah cukup!

Kalau belum cuba dan nak mencuba… Meh sini, Kak Fa kongsikan video kek 2 bahan ni untuk tatapan semua.


Senang Kak Fa kongsikan dalam bentuk video. Supaya senang hadam. (Ala… Kalau bergambar pun bukannya susah nak hadam pun sebabnya kek 2 bahan ni memang mudah!). Sebenarnya, yang Kak Fa tunjukkan ni tanpa topping… Jika anda nak letakkan topping pun boleh. Ikut selera dan juga kesesuaian anda. Ada topping lagi merecik kot? Kak Fa tak letak topping sebab just nak rasa jer buat pertama kali. Bila dah rasa ni, macam Kak Fa nak memperakui yang kek 2 bahan ni boleh dibawa ke tengah. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Lepas ni raya ke? ada apa-apa majlis dekat school Firash ke? ada apa-apa acara makan-makan or pot luck ke… Siaplah… Paling mudah… Kak Fa cuma sediakan kek 2 bahan ni jer. Bukannya susah kan? Winking smile

Yang jujurnya, sekali dah buat, sekali dah makan – memang akan terasa nak buat kali kedua ketiga keempat. Makan pun tak jemu. Terima kasihlah pada yang berkongsi resipi yang kreatif ni! Terima kasih banyak-banyak… Memang betul-betul praktikal dan menjimatkan kos.

*Pssst… Yang belum subscribe pada YouTube Channel Kak Fa… Jika sudi bolehlah mula subscribe YouTube Channel Kak Fa di pautan INI. Sebenarnya, Kak Fa di dalam perancangan nak lebih aktif di YouTube Channel dalam masa terdekat akan datang. Tapi tak tau bilalah kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile In Shaa Allah… Kak Fa masih di dalam perancangan nak mencuba tapau jadi vlogger juga jika ada talent lah! Ha ha ha… Winking smile Kak Fa cuba! Kalau tak… Kak Fa stick jerlah sebagai blogger. Toksah nak berangan jadi vlogger sangat aihhh… Boleh sebenarnya…Cuma nak hilangkan rasa malu tu jer… Nak kata malu taklah malu sangat… Boleh jer sebenarnya… Sebenarnya antara nak dan tak nak jer… Dan juga faktor kelengkapan untuk menjadi seorang vlogger… Gittewlah… Apa-apa pun, kita doa yang baik-baik jer… Heee…

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !