Home » , , , , , , , , » KICK THE BOTTLE!–Thinking Of Weaning Off The Bottle…

KICK THE BOTTLE!–Thinking Of Weaning Off The Bottle…

KICK THE BOTTLE!–Thinking Of Weaning Off The Bottle…  (2)

Kalau ikut-ikutkan – Mommy Firash sewaktu berada di Sekolah Rendah – Darjah 2 baru putus botol susu. Open-mouthed smile. Tapi seelok-eloknya Firash tak payahlah ikut Kak Fa kan? Nak tunggu Darjah 2 baru nak putus botol susu. Apa yang Kak Fa telah lalui, Kak Fa perbaiki pada Firash. Biar Firash lebih better dari Kak Fa. Ha macam tulah lebih kurang… Smile KICK THE BOTTLE! – Thinking of weaning off the bottle… Asyik terfikir-fikir jer sejak-sejak dua tiga minggu lepas. Sampai saat menaip entri ni pun masih tak berhenti berfikir lagi… Ha ha ha… Open-mouthed smile

Itupun sebenarnya kalau nak ikutkan saranan PAED, kanak-kanak sepatutnya berhenti menyusu dengan botol susu pada sekitar lingkungan umur 12 bulan. Tapi… Ramai kanak-kanak tak berhenti pun menyusu dengan botol susu pada usia sekitar 12 bulan. Kan? Entah…Kak Fa rasa memang ramai tak dari ya. Open-mouthed smile. Kata Art Nowak – seorang professor di Departments of Pediatric Dentistry dan juga seorang PAED di University of Iowa:

Prolonged bottle drinking can damage baby teeth. Mobile toddlers tend to tote their bottles around, drinking on the go, as opposed to infants, who are usually fed in a parent’s arms, with the bottle being removed as soon as the feeding session is over. If the bottle contains anything other than water, what you have is an acidic solution that is washing over the teeth and decalcifying them, which can lead to cavities.

Manakala, menurut Suzanne Corrigan, MD seorang PAED di Irving, Texas:

Bottle drinkers tend to ingest more milk – typically up to 32 ounces a day. Toddlers only need two to three servings of dairy a day, equivalent to 16 to 24 ounces of milk. While milk is a healthy food, kids who drink too much of it may not want to eat enough solid food, missing out on important nutrients like iron.

Memang ya pun… Kalau ikut-ikutkan usia Firash sekarang… Sepatutnya dia cuma minum segelas susu pada waktu pagi dan segelas susu pada waktu malam. Akan tetapi disebabkan masih bergantung dengan botol susu dan kurang makan ataupun tak mau makan… Frekuensi dia menyusu tu memang sangat kerap walaupun usia dia dah 4 tahun sekarang ni. Kekerapan tu hampir sama macam bayi. Open-mouthed smile Ha ha ha… Sebab tu spending Kak Fa on formula milk sebulan graf-nya tak pernah turun-turun. Kata orang bila anak dah semakin membesar sudah tak makan banyak kos. Silap tu! Berkemungkinan bertambah atau kos yang dikatakan dapat dijimatkan itu akan digantikan dengan kos yang lain. Tak lari jauh pun… Jujurnya the cost of raising a child memang tinggi pada zaman kini. Oopss ini bukan merungut tetapi ini adalah kenyataan ya? Kenyataan yang perlu diakui.

Habis tu? Macam mana ek? Macam mana nak pisahkan botol susu ni? Apa strategi yang Kak Fa ada ya?

KICK THE BOTTLE!–Thinking Of Weaning Off The Bottle…
Kredit: Sumber dari Google

Kurangkan Jumlah Bancuhan Susu Di Dalam Botol

Ini untuk peringkat permulaan. Langkah pertama – kena mula kurangkan jumlah atau kekerapan bancuhan susu di dalam botol. Catu pemberian susu formula melalui botol.

Sorok Botol Susu

Bila nampak depan mata – for sure akan minta susu di dalam botol. Sebab dah terbiasa kan? Jadi sangat eloklah kiranya sebelum nak wean off atau semasa di dalam latihan untuk wean off menyusu melalui botol – mak-mak cari satu spot yang anak tak dapat nak jangka atau cari untuk sorok botol susu tu. Merengek dan berulang-ulang meminta susu di dalam botol tu memang akan terjadi, tetapi kena buat tak kisah jer. Maybe cuba pujuk, maybe cuba cakap pada anak tapi sometimes it’s best untuk buat-buat tak dengar permintaan nak menyusu melalui botol tu. Bergantung kepada tahap keseriusan situasi anak pada waktu dan ketika itu. Kalau dah sorok botol susu tu, at least boleh beritahu dia yang dah jadi kanak-kanak besar yang tak boleh minum susu di dalam botol. Lagipun botol susu dia dah tak ada dah. Macam mana nak bancuh dan menyusu dengan botol?

Sippy Cup

Bukan satu, bukan dua sippy cup Firash kat rumah tu. Lebih dari 3 sippy cup dia ada. Macam-macam jenama, macam-macam bentuk, macam-macam saiz. Semuanya hasil koleksi dari door gift serta tugasan blog Kak Fa. Pilih jer nak pakai yang mana satu. Tapi… Mentaliti dia adalah sippy cup tu untuk dia minum air sejuk ataupun fresh orange. Open-mouthed smile. Disebabkan itu, Kak Fa telah memikirkan satu strategi dan nak melaksanakan satu strategi di mana In Shaa Allah… Bermula Januari 2018 ni nanti, Kak Fa nak gantikan susu formula yang dibancuh di dalam botol susu kepada sippy cup. Kalau nak minum susu… You like it or not, terpaksa minum juga kan? Yang mana daripada strategi atau cadangan tips Kak Fa yang pertama ini membawa kepada sulaman strategi atau cadangan tips yang kedua Kak Fa di bawah.

Tidak Memberikan Pilihan

Bermaksud… Kalau nak wean off anak dari botol susu – jangan berikan anak pilihan untuk memilih sama ada untuk menyusu dengan botol susu ataupun sippy cup. Tetapkan satu saja pilihan yang mereka ada. Macam Kak Fa katakan terlebih dahulu di dalam tips yang pertama, you like it or not, kalau nak minum dah tak ada pilihan akan terpaksa minum juga kan? Kan? Kan? Kan? Ibarat macam kondisi Kak Fa ni sekarang… Perut lapar merengat ya ampun dan nak makan, tapi tak boleh nak makan sebab komitmen kerja yang tinggi. Jadi bila dah tak ada pilihan…biskut kering pun jadilah. Samalah konsep tu… Nak sangat menyusu, tetapi tak ada susu dalam botol susu yang ada cuma susu dalam sippy cup. Jadilah dari tak ada ya tak? Kak Fa yakin…lama kelamaan Firash akan terbiasa dengan keadaan sebegini.

Tegas Dengan Pendirian

Once you’ve decided and said it – you need to hold firm to your decision and no turning back kaedahnya. Winking smile. Bila dah kata nak wean off bottle dari anak kenalah tegas dengan pendirian diri sendiri. Jangan berubah hati pula. Biasalah mak-mak kan? Mudah kesian, tak sampai hati segala bagai. Kak Fa pun ada tu. Tapi kena set mentaliti jer lah. Nak tak nak, mak-mak pun kena berkorban rasa dan tahan hati. Untuk kebaikan anak juga. Kalau tak tegas dengan pendirian makanya memang objektif sebenar tidak akan dapat dicapai sampai bila-bila pun.

Kak Fa nak cuba apa yang Kak Fa dah outline di dalam entri ni dulu… Tapi Kak Fa positif yang Firash boleh ikut planning Kak Fa ni… Untuk anak Kak Fa sendiri, macam nilah planning Kak Fa. Buat permulaan untuk tahun 2018 nanti – ahaksss Parenting Goals 2018 nih! Open-mouthed smile Kak Fa plan nak buat semua tips-tips yang Kak Fa dah kongsi di dalam entri ni dan kemudiannya, untuk waktu malam sewaktu tidur – Kak Fa tak akan terus tarik botol susu tu macam tu jer… Cuma Kak Fa akan kurangkan kekerapan menyusu sewaktu sedang tidur di waktu malam. Dari kebiasaannya pukul 12.30 tengah malam sebotol, pukul 3.00 pagi sebotol dan pukul 5.00 pagi sebotol – Kak Fa plan untuk berikan pukul 3.00 pagi sebotol jer… Smile. In Shaa Allah, Kak Fa positif yang Firash boleh ikut susun atur Kak Fa dah rancangkan ni. Winking smile

*If dapat wean off bottle by the age 5 years on November 2018. Alhamdulillah… Memang cantik sangat dan pecah rekod Kak Fa dah tu! Rolling on the floor laughing

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel KICK THE BOTTLE!–Thinking Of Weaning Off The Bottle…, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 30, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia