Home » , , , , , , » HARI JADI–Bukan Sekadar Tiup Lilin Bagi Anak

HARI JADI–Bukan Sekadar Tiup Lilin Bagi Anak

HARI JADI - BUKAN SEKADAR TIUP LILIN BAGI ANAK

3 hari 21 jam 15 minit 22 saat menuju ke hari kelahiran anak Kak Fa yang ke-4 dan 1 hari 21 jam 14 minit 33 saat menuju ke hari kelahiran Kak Fa yang ke-35 – saja jer nak beritahu… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Kak Fa memang sangat-sangat particular dan sangat-sangat menekankan kepentingan untuk mengingati sambutan-sambutan yang penting di dalam keluarga. Itulah Kak Fa yang sebenarnya. Tapi entri ni, not yet about our birthdays… Entri ni nak ajak semua ibu bapa di luar sana baca mengenai HARI JADI – Bukan Sekadar Tiup Lilin Bagi Anak. Yes! Birthday is not all about blowing the candles ya. It is beyond that… More than blowing a candle.

Ada sesetengah orang tak berapa nak sambut sangat HARI JADI. Tak kira HARI JADI sendiri ke? HARI JADI anak ke? HARI JADI suami atau isteri ke? Well, itu hak masing-masing kan? Setiap individu punya cara yang berbeza-beza untuk menyambut HARI JADI. Tak ada salahnya pun… Nak sambut ke? Tak sambut ke? Pilihan masing-masing. Cuma kebanyakan ibu bapa akan sekurang-kurangnya belikan kek dan juga mengadakan aktiviti meniup lilin demi meraikan HARI JADI anak-anak masing-masing. Syukur Alhamdulillah. Yang Kak Fa nak beritahu kenapa HARI JADI tu bukan sekadar tiup lilin untuk anak.

Kenangan Manis Buat Anak

HARI JADI bukannya berlaku setiap hari. Setahun sekali jer. Jadi apalah salahnya mencipta moment bersama anak yang akan menjadi kenangan manis buat anak selamanya. Percayalah. Hatta, sambutan yang kecil sesama isi rumah sahaja pun, anak-anak akan ingat sehingga bila-bila yang ibu bapa mereka tidak lupa hari istimewa mereka. Cipta moment, cipta kenangan, cipta ingatan. Sense of belonging. Kita sendiri pun kalau ada yang menyambut HARI JADI kita akan rasa sangat bahagia serta gembira kan?

Langkah Awal Untuk Mendidik Anak Berkongsi Dan Bersosial

Jangan pernah anggap sambutan HARI JADI untuk anak adalah sesuatu yang sia-sia ataupun membazir. Salah tu! Sebenarnya, sambutan HARI JADI untuk anak tidak kira kecil mahupun besar-besaran boleh digunakan sebagai medium untuk anak-anak belajar berkongsi dengan rakan-rakan sebaya, orang lain atau sesama ahli keluarga. Moment makan bersama, menyanyi dan bermain bersama dengan rakan-rakan atau sesama ahli keluarga yang lain itu dapat membuatkan anak-anak memahami bahawa berkongsi itu adalah indah. Secara tidak langsung, kita juga menyulam di dalam mendidik anak skil bersosial yang sihat. Baik di dalam hubungannya bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan yang berada di dalam lingkungannya.

Mendidik Anak Untuk Belajar Bertanggungjawab

Sedari kecil, tidak kira status anak itu, anak sulung, anak kedua, anak ketiga, anak keempat, anak kelima mahupun anak tunggal, memang ibu bapa harus mendidik anak untuk mula bertanggungjawab di atas beberapa perkara. Moment HARI JADI adalah salah satu medium yang boleh digunakan di dalam mendidik anak untuk belajar bertanggungjawab. Sebagai ibu bapa, kita boleh meminta kepada anak untuk memilih siapa di antara rakan-rakan yang ingin dijemput ke majlis HARI JADInya (jika melakukan majlis) ataupun konsep sambutan yang macam mana? Kek yang macam mana? Secara tak langsung, kita boleh suntik untuk membuatkan anak faham… Apa sahaja keputusan yang mereka telah buat adalah sebuah tanggungjawab yang harus dijalankan.

Mendidik Anak Untuk Menghargai  Setiap Orang Yang Hadir Dalam Hidup Mereka

Sambutan HARI JADI adalah peluang untuk membimbing anak-anak untuk menghargai setiap orang yang hadir dalam hidup mereka. Bermula dengan HARI JADI sesama ahli keluarga. Konsepnya, mereka perlu menghargai setiap orang yang hadir di dalam hidup mereka.

Melatih Anak Untuk Sentiasa Bersyukur

Peluang ni! Peluang nak didik anak untuk sentiasa bersyukur dan belajar untuk bersyukur. Syukur kepada Allah yang telah memberikan kehidupan dan juga segala rezeki ke atas diri mereka. Supaya mereka tidak pernah lupa untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Winking smile

Banyak perkara kan? Disebalik tiup lilin? Bukan semata-mata untuk tiup lilin sahaja tetapi lebih dari tu. It’s the patty patty things in life that matters actually. Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel HARI JADI–Bukan Sekadar Tiup Lilin Bagi Anak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, November 22, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia