Graduate As Auladians Playschool Dah Budak Ni!

Graduate As Auladians Playschool Dah Budak Ni!  (4)

Selamat dah setahun yang pertama di playschool di Genius Aulad! Smile Alhamdulillah… The 1st year is down, sekarang tingga nak buka buku baru untuk tahun yang seterusnya pula. Ada lagi 2 tahun di preschool – In Shaa Allah, tak cari yang lain dah dan tak curang dengan yang lain lagi dah… Planning and will stay at Genius Aulad sehingga tiba masanya untuk jejakkan kaki di sekolah rendah nanti. Graduate as Auladians Playschool dah budak ni! Cepat betul masa berlalu… Lebih kurang 12 hari jer lagi umur nak genap 4 tahun. Big boy already!

Sebagai penutup tahun pertama di playschool, Sabtu lepas buat pertama kalinya Kak Fa dan suami menghadiri graduation day dan juga end of year concert Genius Aulad cawangan anak Kak Fa ditempatkan. Pengalaman pertama sebagai mak-mak. Smile. Lepas ni ada 2 lagi graduation day dan juga end of year concert yang nak kena attend, In Shaa Allah.

Graduate As Auladians Playschool Dah Budak Ni!  (1)

Beria Kak Fa bersolek bagai semata-mata teruja sebab pengalaman pertama kali dan teruja nak tonton persembahan anak. Ha ha ha… Open-mouthed smile Over sangat! Tapi tak adalah sampai beli baju baru sepertimana yang Kak Fa berangan tu. Bajet tak dak… Ha ha ha… Open-mouthed smile Pakai jer apa yang ada dalam almari tu ha… Asalkan presentable sudah… Duduk dalam dewan UiTM tu pun boleh tahan… Paling depan sekali Mommy Firash ni duduk… Well, because I know my son dan sebenarnya boleh anticipate pun apa akan terjadi… Ha ha ha… Open-mouthed smile

Firash involve dengan dua persembahan hari tu. Pertama – Solat Maghrib performance.

Graduate As Auladians Playschool Dah Budak Ni!  (3)

Ada cerita kelakar tentang persembahan yang pertama ni. Sewaktu mula-mula keluar dia ok untuk perform solat Maghrib tu… Tapi bila dah keluar jer dari pentas, ada reaksi terkejut sedikit dari muka dia bila di hadapan, dia lihat ada ramai parents yang sedang duduk di dewan atau auditorium yang berkenaan. Nak tau apa jadi? Smile with tongue out… Dia patah balik nak masuk belakang pentas. Tak nak… Maka tinggallah kawan-kawan lain yang menyempurnakan solat Maghrib yang berkenaan. Mommy? Ha ha ha… Open-mouthed smile Senyum jerlah mampu dan sememangnya dah agak dah pun….Boleh tengok di sudut pentas tu yang tengah berkepit dengan Aunty School... 

Graduate As Auladians Playschool Dah Budak Ni!  (2)

Untuk persembahan yang kedua pula, lagu Baby Shark Doo Doo Doo… Yang ni tak adalah dia patah balik masuk belakang pentas. Kak Fa terpaksa duduk depan pentas tu dan instruct dia untuk stand up with friends. Ha ha ha… Open-mouthed smile Siap tanya dia lagi… Firash nak ikut Mommy tak?  Barulah dia nak berdiri atas pentas tu. Tu pun dah cukup bagus dah bagi Kak Fa… Walaupun, dia buat hal dia sendiri jer dan dia buat sikit-sikit jer, sedangkan di rumah dialah paling expert melakukan aksi Baby Shark Doo Doo tu… Nak tengok tingkah laku dia di atas pentas… Jap Kak Fa tempek sedikit dari laman Instagram Kak Fa…






Ikut suka kaulah nak! Redhakan jerlah … Ada juga dia mentioned, Firash malu… Ya, Mommy faham. Tak apa, there is still next time kan? Winking smile Sampai principal say sorry sebab takut Kak Fa frust bila Firash tak nak cooperate buat performance. Tak apa… Kak Fa faham sangat dah dengan Firash tu… Tau sangat dah dia macam mana dan dah boleh anticipate dah apa yang akan jadi… Maybe he’s still not ready yet untuk semua ni. In Shaa Allah, as time goes by maybe he would be better and better by days kan? Apa yang penting, Kak Fa terus support dan motivate dia.

Alhamdulillah once again… Kak Fa tenang dan happy bila Firash serasi dengan Genius Aulad dan semakin banyak progress dari sehari ke sehari. In Shaa Allah, Kak Fa doakan semoga Firash akan jadi semakin berkembang dengan baik untuk 2 tahun lagi pengajian di Genius Aulad. Amin.

*Musim graduation day dan end of year concert kanak-kanak tadika sekarang ni… Parents semua sibuk dengan event akhir tahun tadika. Smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Graduate As Auladians Playschool Dah Budak Ni!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 14, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia