ELECTRIC NAIL TRIMMER–Tak Perlu Susah-Susah Lagi!

Farah Waheda Wahid
1
ELECTRIC NAIL TRIMMER - TAK PERLU SUSAH-SUSAH LAGI!
Kredit: Gambar diubahsuai dari Google

Hari tu… Secara tak sengaja sewaktu tengah-tengah layan skrol Instagram… Kak Fa ternampak satu posting dari Amyra Rosli yang sedang mengemaskan kuku bayi comel yang baru dilahirkan beliau. Smile… Tiba-tiba jadi kagum dengan alat yang dikenali sebagai ELECTRIC NAIL TRIMMER yang digunakan oleh Amyra Rosli. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Jujur Kak Fa beritahu, memang baru pertama kali Kak Fa lihat ELECTRIC NAIL TRIMMER untuk tata rias bayi dan anak kecil. Tiba-tiba rasa macam wahhhh sangat! Iyalah… pengalaman Kak Fa dulu, sewaktu anak Kak Fa lahir, Kak Fa seriau betul nak ketip kuku anak Kak Fa. Boleh rujuk balik entri lama Cara-Cara Memotong Kuku Bayi. Al-maklumlah orang tak ada pengalaman menjadi ibu dan al-maklumlah semuanya kena belajar dari bawah…Macam tulah gayanya kan? Pasti ada yang melalui fasa yang macam ni juga! Kak Fa pasti! Kak Fa juga tak pasti sewaktu tahun 2013, sewaktu anak Kak Fa dilahirkan dah wujud ke belum ELECTRIC NAIL TRIMMER ni? Mungkin ada kot? Kak Fa yang tak perasan… Muahahaha… Open-mouthed smile Ketinggalan kebelakangan sekejap Kak Fa rasa ni ha! Tapi dengan adanya ELECTRIC NAIL TRIMMER – tak perlu susah-susah lagi!

Untunglaaa… ibu-ibu yang baru melahirkan dan ibu-ibu yang bakal melahirkan sebabnya dah ada gajet berdasarkan kemajuan teknologi seumpama ini. Fantastic! Haaa… macam tu sekali kau! Tahap kekaguman dengan gajet ibu-ibu dan bapa-bapa yang satu ni. Nak tengok bagaimana sebenarnya ianya berfungsi secara lebih dekat? Jom lihat petikan video dari YouTube yang Kak Fa gali pagi tadi…


Nampak tak? Nampak tak? Suka! Suka! Suka! Memang tak perlu risau langsung kalau terketip daging ke? Mencederakan bayi dan anak kecil ke? Ha ha ha…. Open-mouthed smile Jakunnya Kak Fa! Alamak haiii! Haaa…gelaklah gelaklah… Gelaklah puas-puas oiii… Memang jujur Kak Fa baru tau… Hu hu hu…. Crying face Sedih jap ketinggalan ke belakang… Wakakaka…. Open-mouthed smile. Tapi best lah gajet ni… Bukan setakat bayi dan anak-anak kecil jer boleh pakai… Malah yang dewasa  macam Kak Fa dan anda pun boleh pakai. Senangnya kerja!

Ada bermacam jenis jenama yang boleh didapati di pasaran. I am pretty sure yang kalau anda log on to Lazada Malaysia dan taip jer perkataan ELECTRIC NAIL TRIMMER, dah boleh jumpa dah dan dah boleh pilih puas-puas dah dari range harga yang paling rendah sehingga yang paling mahal. Pilih jer mana yang nak. Tak pun, kalau nak walk-in boleh jer kot beli di HappiKiddo macam yang Amyra Rosli gunakan untuk bayi dia tu. Memang kalau duduk dalam tempat ibu-ibu, boleh jadi tak fikir dua tiga kali dah… Memang nak beli jer ELECTRIC NAIL TRIMMER ni… Macam memanggil-manggil pula Kak Fa rasa.

Kelebihan ELECTRIC NAIL TRIMMER

  • Tidak akan melukakan kulit bayi dan anak-anak kecil yang halus umpama kulit bawang.
  • Award winning item yang sudah terbukti selamat, efektif dan teruji.
  • Mudah untuk dibawa ke mana-mana.
  • Boleh disesuaikan mengikut umur bayi dan anak kecil.

Memang tulah point utamanya…. Terpanggil-panggil ni ha nak ada satu ELECTRIC NAIL TRIMMER… (tapi tak tau bilalah pula… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Apa lagi? Yang baru melahirkan, yang bakal melahirkan, yang baru hamil tu… bolehlah perlahan-lahan survey dan simpan satu unit di rumah masing-masing. Kalau dah ada yang memudahkan kenapa pilih yang menyusahkan. Ya tak? Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !