DETOKS GAJET Pada Anak–Cara Kak Fa!

DETOKS GAJET PADA ANAK - CARA KAK FA!  (1)
Kredit: Gambar diubahsuai dari Google

Sebenarnya kan, kalau boleh, kalau bolehlah ya? Jangan sesekali mulakan… Smile. Tapi tak mudah sebenarnya bagi parents zaman kini untuk elakkan diri dari mula memberikan anak gajet. Kak Fa lah salah seorang tu! Tak ada nak sorok-sorok punya dan tak ada nak berselindung pun dengan konon-kononnya Kak Fa jatuh dalam kategori ibu yang tak berikan anak gajet. Kak Fa mengaku sejujur-jujurnya yang hati dan jiwa Kak Fa tak kuat untuk tak beri gajet langsung pada anak Kak Fa. Kak Fa memang beri gajet pada anak Kak Fa. Tipulah kalau Kak Fa kata yang Kak Fa ni tak beri gajet pada anak Kak Fa. Nampak sangat membongak bila ada jer antara posting Kak Fa di laman Instagram dan Facebook serta blog menunjukkan gambar Firash sedang bermain atau melihat gajet. Ya tak? Bila dah terbiasa dengan gajet – bila pemantauan semasa ke atas perkembangan anak dilakukan – bila usia anak semakin meningkat… Mulalah Kak Fa secara beransur-ansur nak renggangkan gajet tu pada anak. Jom ikuti DETOKS GAJET pada anak – cara Kak Fa!

Challenging. Menguji kesabaran. Menguji ketabahan. Tak mudah. Kadang-kadang geram pun ada! Syarat paling utama KENA BANYAK-BANYAK BERSABAR dan KENA TAHAN TELINGA. Serius! Iyalah… Bila ibu bapa dah membiasakan anak dengan gajet, sekali kau tarik balik gajet, tentu ada reaksi negatif dari anak. Mengamuk, tantrum, tunjuk perangai, baling barang, menangis tak henti, meminta berkali-kali itu semua asam garam yang akan dihadapi oleh ibu bapa bila mereka decide nak detoks gajet pada anak. Kena detoks… Tak boleh tak detoks! Sebab kesan gajet tu sememangnya besar kepada anak-anak. Beracun gajet tu kepada anak-anak!

Macam anak Kak Fa – kebiasaannya aktiviti gajet dia adalah menonton YouTube for Kids – mula-mula rasa macam tak bersalah ajer… Ha ha ha… Open-mouthed smile Sebabnya Kak Fa rasa macam Kak Fa masih boleh kawal lagi Firash dan yang kedua Kak Fa rasa, Firash pun tak adalah menonton secara berlebihan. Walhal kan… Itu mungkin I am living in denial jer… Smile with tongue out.

Permulaan Firash Dengan Gajet

Nak kecam – silalah kecam. Memang silap Kak Fa pun! The truth is – Firash memang kenal dengan gajet sejak lahir lagi. Jangan tiru dan buat macam Kak Fa! Sebelum umur setahun pun dah expert dengan gajet. Tau nak pilih aplikasi yang mana dengan sendiri, tau nak buka aplikasi, faham apa yang ditonton. Kalau televisyen tu… Memang Firash kurang dengan televisyen. Sangat-sangat jarang. Kadang-kadang kau bukalah channel Disney Junior ke? Ceria ke? Dia hanya akan tengok kalau ada Thomas and Friends sahaja. Bila dah up sikit usia setahun, dia dah mula dengan macam-macam tontonan di YouTube for Kids.

Kak Fa tak nafikan sebenarnya dengan menonton YouTube for Kids, banyak membantu vocabulary dan juga pengenalan kepada numbers, alphabet, phonics, shapes dan banyak lagi kepada Firash. Firash banyak belajar dari YouTube for Kids yang ditonton olehnya setiap hari. As a Mom, of course Kak Fa happy bila nampak banyak development and progress pada Firash. Tapiii… I do know… Ada limitation perkembangan skills yang Firash perlu ada yang tak dapat diberi oleh gajet. Knowledge and learning interactively, maybe yes… Tapi untuk skills – gajet tak dapat beri kot?

Yeah…sekarang dunia digital… Sedangkan Kak Fa kerja cari makan pun bergelumang dengan gajet tetapi I can’t live in denial anymore! Semua orang pun tau yang gajet adalah tidak sihat untuk perkembangan anak-anak. Tapi masih lagi buat kan? Termasuk Kak Fa! Suami pun dah mula buka mulut. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Ya sayang… I know it’s my fault and I am working very hard in a smart way to fix it! Trust me!

Kesan Kepada Kesihatan Mata

Bila Kak Fa lihat ada di antara anak-anak kecil seawal usia 4-5 tahun yang sudah berkaca mata – hati terdetik dan mula rasa risau. Sepanjang-panjang Firash dengan gajet memang Kak Fa akan kurangkan display brightness tetapi rasa risau tu tetap ada. Jadi terfikir, sebelum terlewat atau terlambat, memang Kak Fa kena detoks gajet pada Firash.

Perkembangan Pertuturan

Bagi yang pernah mengikuti Bubblynotes.Com, Kak Fa yakin yang ada di antara anda terperasan yang Kak Fa pernah memuatnaik beberapa entri di mana Kak Fa ada menyatakan Firash ni late talkers. Kawan-kawan sebaya dah laju lancar bertutur tetapi Firash agak lewat sedikit pertuturannya. Kak Fa monitor pertuturan Firash very closely – Alhamdulillah for now nampaknya berkembang semakin baik. Loyar buruk dengan Mommy pun pandai dah sekarang. Gajet sebenarnya memberikan hiburan pada satu arah. Betul interaktif. Tapi gajet boleh ajak anak bertutur ke? Kak Fa perasan perkembangan pertuturan Firash semakin baik bila Kak Fa tak freely give gadget as and when he likes. Sejak Kak Fa decided to control gadget hour dia. Which refers to sejak dia memulakan alam tadikalah. Darnnn! I should have start earlier right? Crying face

Yang benar-benar interaktif sebenarnya adalah bila mana kita bermain dengan anak dan berbual bicara dengan anak. I guess as much, Firash condition is not that bad or worse sebab Kak Fa kerap bermain dan ajak Firash berborak. Just imagine… Kalau Kak Fa tak rajin bermain dan berborak dengan Firash…Hanya gajet jer dunia dia… Memang confirm sampai la ni pun Firash maybe ada masalah speech delay. Kan?

Kesan Kepada Kemahiran Tangan

Sila perhatikan anak-anak yang hidupnya dengan gajet. Anak masih susah menggunakan gunting? Boleh melipat kertas dengan baik atau tidak? Kalau mereka sedang melukis atau mewarna, sekuat manakah tekanan tangan anak? Apa kaitannya dengan gajet? Macam ni, kebiasaannya kalau anak-anak hidup dengan gajet sahaja, tangan dan jari-jemari perlu bekerja keras. Sebab dengan gajet,kemahirannya… cuit sikit paparan skrin terangkat, slide kanan kiri untuk mewarna dan menggunting. Kannn?

Kesan Kepada Ketangkasan Koordinasi Mata Dan Tangan

Disebabkan terbiasa melihat ke satu arah sahaja pada skrin gajet dan bermain – tak cukup sebenarnya untuk melatih koordinasi mata dan tangan dengan baik. Syukurlah… Firash tak sampai ke tahap itu. Masih boleh bermain tangkap bola. Koordinasi mata dan tangan Firash is in a good state cumanya konsentrasi Firash masih lagi perlu diperbaiki.

Masalah Konsentrasi

Dah terbiasa kan dengan gajet? Bila anak-anak biasa dengan gajet, anak-anak akan mudah distract. The only time yang mereka akan fokus sepenuhnya sampai panggil nama pun buat tak kisah jer adalah bila mana mereka menghadap gajet. Benda-benda lain jadi short attention span. Jangan pandang ringan bila alaa memanglah baru 3 years plus ikut bulan, ikut tahun 4 tahun… Memanglah age macam ni short attention span. Hu hu hu… Bahaya kalau fikir macam tu.

Adult Content

Kak Fa memang kawal sesangatlah tentang adult content ni… Sebabnya? Alaaa…takkan tak tau… Video Princess Elsa dan Spiderman pun boleh melucah di YouTube… Bahaya! Memang Kak Fa alert benda ni… Setiap kali Firash dengan gajet, memang Kak Fa duduk sebelah sibuk nak tengok apa yang dia buat dengan gajet. Kak Fa kan seorang Mommy yang sibuk? Semua nak ambik tau! Ha ha ha… Open-mouthed smile Sampaikan anak tak ada ruang privasi langsung!

Kesihatan Jiwa

Anak-anak yang bergantung dengan gajet akan mudah rasa marah jika keinginan mereka tidak dipenuhi. Kak Fa dah tengok sendiri dengan mata kepala sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Perasaan sabar tu kurang sikit. Mak dia yang nak kena banyak-banyak bersabar oiii…. Lambat loading video bising menangis… Coverage tak ada, baling gajet… Kau ghase? Ha ha ha… Open-mouthed smile Stress tak agak-agak Mommy dia ni? When people feel an uncomfortable sense of withdrawal when not online, we know that the relationship with technology is not being managed properly – Dr. Graham dari Capio Nightingale Hospital – sebuah hospital mental yang terletak di Central London. Tak berlaku pada anak-anak jer ya? Tetapi berlaku juga pada orang dewasa.

So Apa Cara Kak Fa Detoks Gajet Pada Firash?

As I said earlier… Challenging. Memang sangat-sangat challenging… But worth it! Cumanya pasti ada pengorbanan yang perlu dilakukanlah…

Jika Ada Kerja Yang Perlu Diselesaikan Menggunakan Gajet

Kak Fa lah tu… Hidup bergelumang dengan gajet. Baik kerja pejabat mahupun kerja sebagai blogger. Memang banyak jer kerja yang perlu diselesaikan menggunakan gajet. Memang gajet tak boleh lari dari Kak Fa. Pendek kata, bukan Firash yang bergantung dengan gajet… Mak dia ni yang lagi parah bergantung dengan gajet. Knowing that facts – Kak Fa terpaksa elakkan gajet jika berada di hadapan Firash. Children see children do. Bila dia lihat kita pegang telefon, dia pun tentu nak. Jadi… Pengorbanan seorang emak walaupun ada kerja yang perlu diselesaikan – Kak Fa elakkan pegang gajet seperti laptop dan telefon pintar di hadapan anak. Bila dia tak nampak, maka dia pun tak minta.

Pssstt… sebab tu jarang nampak Kak Fa update status ke? Komen sana komen sini ke di Facebook. Like sana like sini ke di Facebook or any other social media… Sebab nilah… Ada masa-masa jer Kak Fa muncul dan timbul. Kan? Kan? Kan? Bukan sebab Kak Fa sombong ke apa? Bukan sebab Kak Fa kekwat ke apa? Bukan sebab Kak Fa bajet diva ke apa? Tak ada maknanya ok? Sebabnya masa Kak Fa bersama gajet adalah sangat limited dan ada waktu-waktu tertentu jer Kak Fa mampu menghadap. Lepas tu bila dah ada curfew waktu… Makanya tak semualah Kak Fa dapat berinteraksi. Ha ha ha… Open-mouthed smile Ya ampunnn…

Kalau ada tu, memang sama ada dia sedang nap ataupun tidur. Ataupunnn… Kak Fa bawa telefon masa tandas. Ooopsss… Smile with tongue out

Sediakan Bahan, Ruang Dan Masa

DETOKS GAJET PADA ANAK - CARA KAK FA!  (4)
Kak Fa kena rajin sediakan bahan, ruang dan masa. Memang kena cari bahan-bahan aktiviti ataupun aktiviti apa yang Kak Fa boleh lakukan dengan Firash. Apa saja yang adalah. Kak Fa tak harapkan Firash untuk explore sendiri apa yang dia nak buat kalau tak pegang gajet. At least ada bahan, ruang dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk divert attention Firash dari gajet.

Aktiviti Riadah Luar Rumah

DETOKS GAJET PADA ANAK - CARA KAK FA!  (3)
Terpaksalah rajin bawa dia keluar walaupun tak jauh. Dekat-dekat kawasan rumah. Swimming ke? Ini memang dia betul-betul boleh lupakan gajet. Playground ke? Apa sahaja yang terlintas dalam pemikiran Kak Fa ni supaya dia tak teringat pada gajet. Tak kemampuan dah mak dia ni nak tengok mata dia fokus pada skrin jer.

Catu Gajet

DETOKS GAJET PADA ANAK - CARA KAK FA!  (2)
Dah hampir 2 tahun dah Kak Fa mula catu gajet pada anak Kak Fa. Tapi ada masa-masa dia menangis dan tantrum juga. Tu yang Kak Fa kata kena kental, kena tahan telinga. Memanglah bising rumah. Ada possibility jiran marah juga… Ha ha ha… Open-mouthed smile Tapi… kena tahan juga hati ni. Demi nak detoks gajet pada anak. Biarlah menangis macam mana sekalipun. Lama-lama nanti diamlah tu. Well… Memang betul ada ibu yang tak akan sampai hati. Tapi Kak Fa terpaksa sampaikan juga hati Kak Fa ni walaupun kasihan pun ada. Tu baru sikit tu…. Next year, Kak Fa dah plan dah pun… So, Firash ada sampai Disember ni jer… Kak Fa dah outline-kan yang on 2018, Firash hanya boleh dan dibenarkan bermesra dengan gajet Sabtu dan Ahad sahaja. School days… Minta ampun, minta maaf… Mommy takkan kasi pun… Mintalah macam mana sekalipun.

Dari apa yang Kak Fa lakukan…Memang Kak Fa dah nampak progress detoks gajet. Bagi Kak Fa, eloklah sebelum terlewat. Well, we all want to be the best mother but we all are not perfect. Contohnya Kak Fa ni lah… Kesilapan Kak Fa membiasakan sehingga anak terbiasa dengan gajet. Mulakan tu memang sekejap tetapi proses detoks tu dah ala-ala proses potty training juga… Ha ha ha… Open-mouthed smile It takes a while dan menuntut banyak kesabaran. Mana-mana anak-anak yang dah mula keterbergantungan dengan gajet tu… Rasanya elok mulakan detoks gajet dari sekarang sebelum terlewat dan sebelum ianya mempengaruhi perkembangan mereka. Yang tu jugalah Kak Fa lakukan secara perlahan-lahan bila Firash dah cecah 2 tahun dan kini Kak Fa nampaknya seakan lebih agresif dengan aktiviti digital detox Firash ni ha… Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel DETOKS GAJET Pada Anak–Cara Kak Fa!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 16, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. boleh guna tips ni. sekarang sha tengok kebanyakkan ibu bapa memang bagi gadget je kat anak anak supaya dorang senang nk buat kerja

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia